diet pisang

Diet makan pisang menjadi popular selepas Hitoshi Watanabe berkongsi tentang diet tersebut menerusi bukunya “The Morning Banana Diet”. Makan pisang setiap pagi boleh membantu anda menghilangkan berat badan sehingga 5kg dalam masa seminggu. Lebih menarik, diet ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk dapatkan hasil yang anda idamkan.

Caranya ialah setiap pagi anda perlu makan pisang dan minum air pada suhu bilik. Tidak perlu catu makanan. Anda boleh makan apa sahaja yang anda mahu sepanjang hari. Mudah bukan?


Selepas beberapa kali gagal dalam menurunkan berat badan, Watanabe membuat keputusan untuk merekod setiap pengalaman diet yang dia telah cuba . Hasilnya ialah “The Morning Banana Diet”.

Orang yang obesiti kebiasaannya akan dinasihatkan agar melakukan senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi tidak bagi Watanabe. Watanabe hanya meminta mereka makan pisang dan minum segelas air pada waktu pagi. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan makan apa-apa sehingga makan tengah hari.

Pisang adalah buah-buahan yang sarat dengan kanji yang aktif merangsang proses penurunan berat badan. Ianya sangat sesuai untuk dijadikan menu utama untuk berdiet.

Pantang Larang Diet Pisang

• Tidak ada syarat berapa banyak pisang yang perlu anda makan, cukup sekadar anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
• Perlu minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme badan. Kemudian, tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.
• Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah selewat-lewatnya pada jam 8 malam. Tidur awal, kerana menurut kajian tidur lewat boleh mengundang masalah obesiti.
• Sepanjang tempoh diet pisang ini, anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan, pastikan anda makan beberapa buah-buahan lain.

Apa Keistimewaaan Diet Pisang?

  1. Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga.
  2. Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.
  3. Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang.
  4. Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi anda akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda.
  5. Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.
  6. Membantu anda elak makan selepas jam 8 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam.
  7. Membantu mengurangkan pengambilan alkohol.
  8. Diet pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.

SUMBER : Petua ibu