Menyertai misi kemanusiaan sememangnya bukan satu perkara yang kecil apatah lagi jika di bumi bergolak seperti di Syria. Tak semua yang mempunyai keberanian sebegitu. Namun tidak bagi artis popular iaitu Heliza Helmi.

Demi membantu rakyat di sana, Heliza serta adiknya Hazwani tekadkan semangat dan meletakkan sepenuh pengharapan mereka pada Allah SWT. Kesempatan bertemu dengan Heliza digunakan dengan sebaiknya apabila dia rancak bercerita mengenai pengalamannya di sana.

Mengunjungi bandar berhantu

“Sebenarnya, banyak yang Kak Ja (Heliza) nak cerita. Salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila kami mahu pergi ke bandar Aleppo, bandar paling bahaya apabila dibedil 40 bom dalam sehari. Namun, team kata tak boleh pergi kerana terlalu bahaya. Jadi , kita tukar lokasi ke kawasan lain iaitu Kafr Zita.

Tempat ini pun bahaya jugak. So, bila pergi sana kami terkejut, sebab dah macam bandar berhantu. Tiada orang pun yang duduk di situ. Sunyi sepi namun ada beberapa buah keluarga yang kami jumpa di sana. Kami tanyakan pada mereka, ‘Kenapa masih duduk di sini? Tak takut mati ke?’ Tetapi jawapan yang diberikan oleh mereka sangat megejutkan kami…

Kenapa perlu takutkan kematian?

‘Kenapa nak takut mati?’ Dia tanya balik pada kita. Sudah tentulah kita takut kerana kita tahu dan fikirkan persediaan, amalan kita ini bagaimana. Mereka kata, Allah is waiting for us. Kenapa kita takut mati? Sedangkan Allah ada 100 rahmat. 1 itu dia campakkan ke dunia dan kita dapat pelbagai jenis nikmat daripadanya. Di syurga nanti kita akan dapat 99 lagi rahmat. Sungguh tak terbayang betapa besar dan banyaknya nikmat di syurga nanti. Jadi, kami bertambah semangat kerana sebelum pergi itu kami sudah niat kalau ada rezeki mati syahid, biarlah syahid itu yang Allah terima.

Pergi ke sana ibarat one way ticket. Pergi pasti, pulang itu belum tentu. Sebab kita akan berhadapan dengan bom, sniper. Kematian menghampiri kita di sana. Jadi, pada waktu itu kami memang bertekad mudah-mudahan Allah kurniakan mati syahid. Dan bila terdetik di hati sahaja perkara itu, tiba-tiba walkie talkie kami terus berbunyi suruh lari sebab akan ada satu roket peluru berpandu yang akan letupkan objek bergerak.

Dan saat itu sebenarnya kamilah objek bergerak itu kerana kami berada dalam van yang sedang bergerak dan waktu itu kami baru berniat untuk mati syahid. Kalau anda, anda akan berlari ke atau terus di situ?  Kita fikir nak lari ke bagaimana. Tapi kami lari jugalah masuk ke dalam van, terus pecut tapi waktu itu pemandu van bawa dalam keadaan zig-zag dan bukannya lurus. Kami tanya kenapa dan dia kata ada dua serangan. Di udara dan juga di darat. Itu bagi mengelakkan daripada terkena agar sasaran mereka tersasar. Masa sedang pecut itu tiba-tiba van itu berhenti. Dia kata sudah tidak boleh pecut kerana takut dibom jadi terpaksa sembunyi.

View this post on Instagram

Kenapa Abang @acongsweetchild nangis? _ _ Sungguh mulia hatimu. Masa tu beliau sedang video call dengan orang Singapura, namun sanggup berhenti seketika untuk memberikan pesanan #RescueSyria ini _ Sahabat artis lain boleh sama sama buat video dan tag kami tanda sokongan #RescueSyria kerana kita semua merupakan Duta Ummah _ Doakan ,Viralkan, Take Action, agar target 6 Juta kita tercapai dalam masa 2 minggu ini _ Bantuan terdesak yg diperlukan: – RM200 bantuan selimut – RM2,500 satu khemah pelarian (Urgent!) – RM500 bantuan ubat-ubatan – RM200 bantuan food pack utk 1 bulan – RM250 bantuan alat pemanas – RM250 bantuan keperluan baju winter ————————————– 2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM) ————————————— 1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX): . INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com . ATAU . 2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 . Jazakumullahu khairan kathira _ Dr. @SaniArabyAlKahery Ketua Misi Bantuan Kecemasan RescueSyria (MAPIM) _______________________________ _ @hazwanihelmi @mapimofficial _ 💪🏻 : Tag Sahabat Anda dan Komen #rescuesyria _ #rescueSyriaMission #TheHelmis

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Terpaksa sembunyi dalam kubur

Turun sahaja dari van itu kami tak tahu nak sembunyi di mana kerana tempat itu ibarat padang jarak, padang tekukur. Tiada tempat untuk sorok pun. Tidak logik. Dia kata teruskan berjalan. Bila terus berjalan kami jumpa satu kawasan yang memang lebar dan dalam. Dia kata kita akan sembunyi di sini. Waktu mereka suruh sembunyi di situ, Kak Ja tengok reaksi muka mereka semua terkejut. Eh biar betul?

Ini namanya kubur. Mereka memang sudah gali besar dan dalam. Dia kata sembunyi dalam liang lahad. Tak pernah dalam hidup kita tiba-tiba masuk ke dalam liang lahad saat masih hidup. Iyelah, kita bukan penggali kuburkan saja-saja nak masuk ke dalam itu. Jadi, pertama kali saat Kak Ja jejak kaki ke dalam liang lahad, waktu itu kita sudah muhasabah diri kalau Allah cabut nyawa waktu itu, banyak lagi benda yang kita belum minta ampun dan kebaikan yang belum lagi kita buat. Kita sebagai umat nabi Muhammad SAW yang tak tahu lagi akan dapat syafaat di akhirat atau tidak. Mudah-mudahan kita akan menerimanya.

View this post on Instagram

KEPADA ANDA YANG MEMPUNYAI RASA PRIHATIN _ Baca , sebarkan dan lakukan tindakan ! _ Dikhabarkan musim sejuk kali ini merupakan yang terburuk dalam 10 tahun ini. _ Bayangkan, kita berada dalam kesejukan -6 yang boleh mencapai -12 , namun alat pemanas tiada, baju tebal tiada, dan kita hanya bertemankan lantai tanah dan berdindingkan plastik khemah? Boleh bayangkan bagaimana rasanya? _ Sedangkan aircond paling sejuk pun kita sudah mengigil mencari selimut.. inikan pula suhu seperti ini _ Rayuan untuk #6millionmission _ Bantuan seterusnya adalah utk menghantar bntuan di dlm Syria khususnya di Idleb, Hama, Pinggir Aleppo, Azaz, Babulhawa dan juga di pergunungan Beqaa di lebanon. Tinggal beberapa hari sahaja lagi team akan terbang semula utk laksana misi #RescueSyria kali ke-10 (Fasa 2) . Berikut bantuan terdesak yg diperlukan: – RM200 bantuan selimut – RM2,500 satu khemah pelarian (Urgent!) – RM1000 bantuan ubat-ubatan – RM200 bantuan food pack utk 1 bulan – RM250 bantuan alat pemanas – RM250 bantuan keperluan baju winter ————————————– 2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM) FASA II FEB 2019 ————————————— 1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX): . INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com . ATAU . 2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 . Untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut boleh menghubungi pihak MAPIM Malaysia menerusi talian hotline 1300-888-038 (9am-6pm Isnin-Jumaat)atau menghantar email kepada [email protected] . Jazakallah Dr @saniarabyalkahery Ketua Misi Bantuan Kemanusian RescueSyria (MAPIM)

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Dipendekkan cerita, kemudian ketua kami suruh keluar dari situ dan masuk semula ke dalam van. Kami pun mengikut arahannya. Tiba-tiba, kami ditahan oleh seorang lelaki yang kami hanya nampak matanya sahaja. Dia suruh berhentikan kereta dan turunkan tingkap. Kami pun turunkanlah dan terkejut melihatnya memegang senapang. Cerita tanha kubur tadi tidak habis lagi. Kami sudah fikir memang riwayat hidup kami tamat di sinilah. Mungkin di situ juga akan mati. Kemudian lelaki itu bersuara, ‘Keluarlah kamu dari kawasan ini, ianya tidak selamat untuk kamu. Namun kamu tolonglah doakan untuk kami’.

Tuhan bagi peluang untuk terus hidup…

Siapakah orang itu? Dialah mujahidin pejuang agama Allah yang mempertahankan tanah Syria pada waktu itu. Dia suruh kami orang Malaysia selamat diri dan keluar. Kami keluar dengan linangan air mata. Ya Allah, selamatkanlah mujahidin Ya Allah. Beberapa minit kemudian, terus bom meletup di belakang itu. Tempat yang kami lalui itu sudah dibom. Maknanya, Tuhan beri kami sedikit ruang waktu bagi kami keluar dari tempat itu sebelum dibom.

Itulah cabaran setiap kali melakukan misi kemanusiaan. Kita akan berdepan dengan pelbagai kejadian yang tak dijangka seperti berdepan dengan sniper dan senapang. Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa. Ikutkan, memang sudah tamat riwayat hidup. Kalau di Gaza, kita berdepan dengan kereta kebal helicopter Appachi. Di Syria pula dengan bom barrel. Bom itu ada kaca, pisau, paku dan segala benda tajam di dalamnya kerana mereka mahukan kita terbunuh dalam keadaan terseksa. Mereka akan lepaskannya di udara. Jadi, sesiapa yang terkena tidak kiralah budak-budak pun memang akan terburai segala isi perut. Begitu kejam sekali.

Orang bertanya pada Kak Ja, ‘Heliza tak takut mati ke?’ Takut itu memanglah takut tetapi tiada daya upaya melainkan Allah sahaja yang beri kekuatan yang membuatkan kami teruskan perjuangan ini kerana pada akhirnya kita akan mati juga. Kita mahukan mudah –mudahan kematian itu adalah kematian yang diredhai,” jelas Heliza lagi sebelum mengakhiri bicara.

Ternyata sangat menyentuh hati apabila mendengar kisah pengalaman daripada Heliza ini. Begitu kuat sekali penduduk di sana yang berkorban di jalan Allah. Tidak semua mempunyai kekuatan sebegitu. Moga mereka di sana terus berada dalam lindungan Tuhan dan dikeluarkan daripada kesengsaraan hidup. Amin.

Tinggalkan Komen