Pelakon Veteran, Margaret Gan, yang akhirnya mendapat hidayah dan memeluk Islam di usia 79 tahun, menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali melepaskan hijabnya demi memenuhi tuntutan watak lakonan.

Malah, menurutnya meskipun jarang berlakon ekoran terpaksa membataskan watak lakonan yang sesuai dengan imej sebagai seorang muslim, namun jadual harianya kekal padat.

Tawaran Berlakon Banyak, Cuma Margaret Enggan Buka Tudung Demi Watak!

“Jadual aktiviti saya boleh dikata tetap sibuk walaupun sekarang jarang berlakon kerana watak tidak sesuai. Sebagai orang Islam dan bertudung, saya memang menolak tawaran berlakon yang memerlukan saya tidak bertudung,” ujarnya.

Margaret berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah walaupun acapkali ditawarkan watak lakonan sama iaitu watak wanita Cina, namun dia tidak akan sesekali melepaskan hijabnya demi watak berkenaan.

“Tawaran berlakon itu masih lagi diterima, tapi ada juga yang menawarkan saya watak tidak bertudung. Jadi, tak bolehlah saya nak terima sebab saya dah beragama Islam dan bertudung. Saya pun tak akan sesekali membukanya (tudung).

Jelasnya lagi, dirinya yakin dan percaya dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah pasti tetap diperoleh tanpa perlu membuka tudung.

“Macam saya, pada usia ’emas’ begini Allah bukakan hati dengan hidayah hingga rela memeluk Islam. Jadi, saya amat bersyukur sekarang dan apa lagi yang saya mahu dalam hidup ini. Allah sudah berikan saya segala-galanya,” katanya lapor media tempatan.

IKLAN

Sambutan Tahun Baru Cina Pertama Sebagai Muslim Kekal Meriah!  

Ketika ditanya berhubung sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan baru-baru ini, Margaret menyatakan rasa teruja kerana tahun ini merupakan kali pertama dia meraikan sambutan Tahun Baharu Cina sebagai seorang Muslim

Disamping itu, selain rasa teruja dan gembira, Margaret juga menzahirkan rasa syukur kerana dia dapat memperbanyakkan amalam bersedekah semasa musim perayaan berkenaan.

Artikel berkaitan: Dua Hari Setelah Peluk Islam, Aktres Perancis Marine El Himer Jejak Kaki Ke Tanah Suci Tunaikan Umrah

IKLAN

“Saya gembira meraikan Tahun Baharu Cina setiap tahun kerana menghabiskan masa bersama keluarga. Cuma, kali ini saya lebih gembira kerana banyak bersedekah. Ia membuatkan saya sangat seronok dan tenang jiwa.

“Alhamdulillah, saya juga masih dianugerahkan Tuhan menjalani kehidupan seperti biasa dengan bahagia bersama anak, menantu dan cucu, selain kesihatan yang baik serta peluang terbabit dengan banyak aktiviti kebajikan dianjurkan persatuan-persatuan yang mengajak saya menyertainya,” ujarnya.

Gembira Dapat Hafal Surah Al-Fatihah, Lebih Mudah Solat

Mengulas lanjut berhubung perkembanganya sebagai seorang muslim, Margaret kini sudah mampu membaca Surah Al Fatihah secara hafazan, meskipun diusia emas menurutnya dia dapat menghafal surah tersebut dengan baik.

IKLAN

“Sekarang saya juga sudah hafal surah al Fatihah dan boleh membacanya dengan baik.

“Ia memudahkan saya dalam bersolat, selain anak juga ada menyediakan guru untuk mengajar saya mendalami agama Islam,” jelasnya.

Sekadar info, Margaret Tan memeluk agama Islam secara rasmi pada 15 Februari lalu, sekaligus menjadikan impian anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, untuk melihat dia memeluk agama Islam menjadi kenyataan, selepas sabar menunggu bertahun-tahun lamanya.

Sumber: Harian Metro

Artikel berkaitan: Piala Dunia Qatar Jadi ‘Saksi’ Enam Sekeluarga Peluk Islam Seikhlas Hati

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI