Anda semua tahu betapa sukarnya untuk membuang lemak berlebihan terutama di bahagian perut. Usia remaja telah berlalu, metabolisme anda juga akan berlalu dengan pantas.

Tetapi walaupun bagi anda yang telah membentuk gaya hidup aktif dan tabiat pemakanan yang sihat, menyingkirkan lemak perut yang degil itu boleh menjadi satu cabaran yang nyata. Tetapi jangan risau, mungkin beberapa teknik ini akan membantu anda mencapai misi membuang lemak di bahagian perut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Perkara Ini Punca Anne Ngasri Berjaya ‘Buang’ 11 Kilo Lemak Agar Kekal Langsing!

Teknik Urutan Kaum Cina

Urutan ini perlu anda lakukan selama dua minit dua kali sehari. Ia berfungsi sebagai senaman dalaman yang membersihkan dan menyahtoksik kawasan tersebut serta mencairkan lemak.

IKLAN

Anda perlu faham bahawa teknik ini sahaja tidak akan berjaya jika anda penggemar makanan segera dan minum soda setiap hari. Tetapi ia berkesan untuk mereka yang kerap bersenam tetapi masih tidak dapat menghilangkan lemak perut.

Arahan urutan:

Anda disarankan agar melakukan teknik ini dua kali sehari: sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.

  • Berbaring telentang di atas permukaan yang rata.
  • Gosok tangan anda dengan kuat sehingga ia terasa panas.
  • Letakkan sebelah tangan anda rata pada pusar anda.
  • Mulakan perlahan-lahan menggosok perut dengan tekanan lembut dalam bulatan kecil mengikut arah jam di sekeliling pusar dan secara beransur-ansur besarkan bulatan. Setiap bulatan perlu mengambil masa antara 1 dan 2 saat.
  • Fokus pada haba yang mula berkumpul di kawasan perut.
  • Teruskan selama dua minit, kira-kira 40-50 bulatan. Adalah penting untuk memastikan perut anda hangat semasa melakukan senaman.

Mencairkan lemak bukanlah satu-satunya kelebihan yang ditawarkan oleh teknik ini. Ia juga meningkatkan penghadaman, mempercepatkan metabolisme, dan meningkatkan peredaran darah di kawasan perut sambil merangsang organ perut. Dan perkara yang terbaik ialah anda tidak perlu bangun dari katil!

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Jom Buang Lemak! Tukar ‘Air Manis’ Kepada 4 Jenis Teh Ini Je Sis

Elakkan menggunakan teknik ini:

  • Sejurus selepas makan berat;
  • Jika mempunyai batu pundi kencing, buah pinggang atau pundi hempedu
  • Jika menghadapi hipertensi
  • Anda hamil
  • Mempunyai hernia;
  • Mempunyai ulser usus atau perut
  • Mengalami keradangan rahim, pundi kencing, ovari, atau tiub fallopio.

Dhanurasana (posisi yoga)

IKLAN

Postur tunduk sesuai untuk menguatkan teras dan mengetatkan otot perut. Ia menawarkan regangan badan penuh yang meningkatkan tenaga dan menggalakkan penghadaman yang mudah.

Cara lakukan:

  • Baring telentang di atas tikar dengan kaki dilunjurkan dan tangan ke sisi.
  • Bengkokkan lutut anda ke atas sambil mencapai lengan anda ke belakang untuk memegang buku lali atau kaki.
  • Pegang kedudukan selama 15-30 saat sambil bernafas secara normal.
  • Hembus nafas dan kembali ke posisi baring membenarkan badan anda berehat selama 15 saat.
  • Ulang 5 kali dengan masa rehat di antara setiap kedudukan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

SUMBER: BRIGHTSIDE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI