Sunscreen merupakan antara item kecantikan paling penting yang perlu dimiliki oleh setiap wanita kerana kita tidak dapat mengelakkan diri daripada terkena sinaran UV pada setiap hari yang sememangnya boleh menjejaskan kesihatan kulit wajah kita.

Jika masih buntu tak tahu nak pilih yang mana satu, ikutilah panduan yang dikongsikan oleh Zatul ini bagi memilih sunscreen yang sesuai mengikut kondisi kulit anda. Bukan itu sahaja, dia juga turut berkongsikan cara yang betul untuk menggunakannya. Mudah sangat!


.

Sunscreen
(Penghalang cahaya matahari)

Zatul ada tanya tadi, Korang pakai Sunscreen macam mana??

A. Dot dot dot je
B. 2 jari
C. 2 ruas jari
D. Besar duit 50 sen
E. Tak pakai sunscreen

IKLAN

The answer is B,C,D

Jangan pulok main dot dot & tak pakai langsung pulak

Actually, yang betul nyer korang kena pakai 2 jari bersamaan besar duit 50 sen tu.. Tapi sekarang dah banyak sunscreen, dengan pelbagai texture. Soo, kalau Sunscreen yang jenis gel atau cream. Pakai dalam 2 jari/ 2 ruas. Kalau watery, macam milk. Pakai sebanyak 50sen.

IKLAN

“Tak selesa pakai banyak? Nanti muka jadi berlengas? Nanti muka jadi putih?”

Jadi korang kene lah cari sunscreen yang sesuai dan selesa bila korang pakai. Ramai yang pakai dot dot macam pakai moisturizer & foundation. Sebab takut tak selesa dan belengas. Kalau korang apply sikit, nanti tak cukup lah coverage SPF yang korang dapat pon berapa % jer dari total SPF yang sebenar.
Pakai banyak, takut muka putih atau pun whitecast kuat sangat. Don’t worry too much All the whitecast ni akan hilang bila sunscreen dah betul- betul set & blend well.


.

IKLAN


.


.


.

kredit: facebook IzZahtul Atirah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI