Photo by Darina Belonogova from Pexels

Ramai di antara kita yang mungkin mengalami masalah kurang tidur disebabkan berjaga hingga ke lewat malam. Tak sangka tambah sejam waktu tidur rupa-rupanya dapat turunkan berat badan!

Tapi, lepas dengar fakta ini pastinya anda akan lebih bersemangat untuk tidur awal dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Apakah itu?

Photo by Александар Цветановић from Pexels

Antara tidur dan pengambilan kalori

Satu kajian mendapati bahawa dengan menambah waktu tidur selama satu jam setiap malam boleh membantu menyingkirkan 270 kalori setiap hari, bersamaan dengan tiga biskut coklat. Wow!

Ini bererti, selama tiga tahun ia boleh mengakibatkan penurunan berat badan sebanyak 26 paun (kira-kira 11 kg).

Kajian ini telah dimulakan oleh sepasukan saintis dari Universiti Chicago untuk mengenal pasti kaitan antara tidur dan pengambilan kalori dalam kalangan 80 individu yang mempunyai berat badan berlebihan berumur 21 hingga 40 tahun.

IKLAN
Photo by Tan Danh from Pexels

Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Internal Medicine itu menyaksikan para peserta menerima beberapa petua berguna tentang bagaimana mahu mendapat tidur yang lena setiap malam.

Antara cara-caranya ialah dengan memalapkan lampu dan tidak melihat telefon bimbit atau komputer riba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur. Mampu tak sis?

Di samping itu, jika tabiat tidur yang sihat dikekalkan dalam tempoh lebih lama, ia akan membawa kepada penurunan berat badan yang signifikan secara klinikal dari masa ke masa.

IKLAN

Diet ketat

Menurut penyelidik Esra Tasali, kajian itu sengaja mengelak daripada mengenakan diet ketat atau menetapkan gaya hidup tertentu ke atas peserta kerana saintis “hanya mahu memanipulasi tidur” dan peserta “boleh makan apa sahaja yang mereka mahu”.

“Kami hanya melatih setiap individu tentang menjaga waktu tidur yang baik dan memberikan nasihat yang disesuaikan dengan perubahan yang boleh mereka lakukan untuk meningkatkan kualiti tidur mereka,” jelasnya.

IKLAN

Oleh itu, berhentilah skrol skrin telefon anda sebelum tidur jika mahu dapatkan tidur yang berkualiti dan berat badan yang ideal.

Photo by Pixabay from Pexels

sumber: Astro Awani

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/WgShFZC4X6o

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI