Sebagai seorang hijabi, mestilah kita suka melaram bukan? Namun, kadang kala stress datang melanda apabila mekap yang dipakai melekat di tudung. Bukan apa, susah untuk menghilangkan kesannya. Seperti juga kesan minyak di tudung, penat ditonyoh dengan sabun namun tak mahu juga hilang.
Kini, hijabi semua jangan risau. Dengan hanya bermodalkan RM 2, anda boleh menghilangkan kesan degil minyak di tudung. Ikuti tips yang telah dikongsikan di Instastory ini. Pasti bermanfaat buat semua.
Mudahnya cara dia!
Seperti biasa,diimport dari IG haha. Maaf kalau lebih banyak spend masa buat tutorial di IG story dari di Facebook. Dari semasa ke semasa hani akan import semua tutorial dari situ ke Facebook supaya lebih ramai dapat manfaat mana yang boleh (InsyaAllah haha). Btw, Autocorrect buat lawak malam-malam ni. Taip sagat dia keluar sangat. Enough dgn hani punya bebelan, Silakan belek gambar satu-satu ya. Semoga bermanfaat.
Mesti semua pernah alami perkara sebegini kan?
Beli dekat kedai Eco je rupanya. Jimat dan mudah!
Akhirnya siap!
Semudah ABC sahaja rupanya langkah yang ditunjuk. Hijabi semua bolehlah mencuba ini di rumah. Tak perlu stress mengenai tudung kotor dah selepas ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Langkah Selamat Ini, Untuk Kekalkan Tudung Yang ‘LETOP’ Tidak Pudar Sebelum Waktu.
Pasti para hijabi mempunyai banyak koleksi tudung di rumah. Daripada koleksi tudung bawal ke shawl, pashmina, sifon, silk dan sebagainya. Namun selepas memakainya, tahukah anda cara yang sesuai untuk mencuci tudung agar tahan lama, tak cepat rosak dan warnanya terpelihara?
Jangan biarkan koleksi tudung bawal dan shawl yang letop pudar sebelum waktu. Ikuti aturan tip ini supaya himpunan tudung anda terjaga dan tahan lebih lama, lagi-lagi shawl yang berjenama dan boleh tahan harganya.
1. JANGAN SENTAL
Untuk mencuci tudung, harus diingatkan, tudung tersebut tidak diramas – ramas. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
2. PELEMBUT
Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.
3. ELAKKAN MESIN BASUH
Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. Cukuplah sekadar cuci pelembut dan tidak menyentalnya.
4. PENGASINGAN
Biasakan diri untuk mencuci tudung bersama tudung sahaja dan tidak mencampurkan dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung. Maka untuk mengelakkan hal ini berlaku, asingkan tudung sebelum mencuci dan basuh tudung sahaja.
5. GANTUNG
Sebaiknya gantung tudung anda. Kebanyakkan dari kita suka lipat dan kadang-kala ia memberikan kesan pada corak tudung.
BACA ARTIKEL INI:
Seperti baju juga, sekiranya tudung yang dibeli mempunyai label aturan membasuh, anda dinasihatkan agar dibasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di’rosakkan’.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pilih Jeans Sepadan Saiz Tubuh. Awas, Salah Pilih Gaya Anda Bertukar Jadi Hodoh. Ini Panduan Lengkap!
Tidak mudah memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan wanita yang mempunyai pelbagai saiz. Jika berbadan kecil, memang tidak jadi masalah.
Tetapi sebaliknya jika hijabi mempunyai pinggul yang berisi. Memang agak sukar memilih seluar yang berpadanan.
JIka tersalah pilih akan menyebabkan si pemakai serba tak kena pada padangan orang lain. Lebih sakit hati jika seluar itu dibeli dengan harga yang mahal. Tentu tidak berbaloi rasanya menyimpan duit untuk membeli jean yang disukai, tetapi hasilnya mengecewakan.
Di sini admin nak kongsi sedikit panduan yang mungkin boleh membantu anda, wahai hijabi memilih seluar jeans yang tepat.
Tetapi perlu diingatkan jangan sesekali memilih yang ketat ataupun koyak. Pilih yang selesa dan berpadanan dengan gaya anda.
1. KENAL PASTI UKURAN ANDA
Pertama sekali, anda perlu tahu ukuran anda. Cara yang paling mudah untuk mengetahui ukuran adalah dengan mengambil salah satu jeans atau lain-lain seluar yang anda rasakan paling sesuai anda guna setiap hari.
Antara kriteria yang lebih terperinci untuk mengukur saiz jeans terutama bagi yang membeli secara atas talian ialah :
• WAIST (UKURAN PINGGANG)
Letak jeans anda di atas permukaan yang rata dan tarik pinggang seluar tersebut antara kiri dan kanan, jangan tarik terlalu kuat biarkan ia dalam keadaan biasa tidak berkedut dan tidak regang terlalu kuat.
Ambil pita pengukur dan ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar, dapatkan ukuran dan didarab dengan 2. Sebagai contoh anda ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar 15inci, jadi ukuran sebenar ialah 30inci.
• INSEAM (UKURAN PANJANG DARI CAWAT KE KAKI)
Ukuran ini tidak berapa penting kerana ukuran dari pinggang ke kaki adalah lebih penting kerana ia merupakan panjang jeans keseluruhan.
• LEG OPENING / HEM (BUKAAN PADA HUJUNG KAKI)
Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• UPPER THIGH (UKURAN BUKAAN PAHA)
Ukuran diambil dari sebelah kiri bawah cawat ke kanan. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• KNEE (UKURAN BUKAAN LUTUT)
Ukuran diambil dari aras lutut. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
• FRONT RISE ( UKURAN PANJANG BAGI CAWAT HADAPAN)
Diukur di bahagian hadapan jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
• BACK RISE (UKURAN BAGI PANJANG CAWAT BELAKANG)
Diukur di bahagian belakang jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
2. KENALPASTI BAJET ANDA
Berat denim adalah satu aspek penting yang menentukan kualiti dan ketahanan. Oleh itu, lebih tinggi berat denim (17 oz. dan ke atas) secara tradisinya lebih mahal. Terdapat juga perbezaan harga yang besar antara jeans buatan tangan dan yang dibuat di kilang pengeluaran besar.
Harga jeans antara RM300 sehingga mencecah harga ribuan ringgit dimana harga jeans dipengaruhi oleh antaranya berat jeans, buatan, teknik pembuatan, kualiti jeans tersebut.
3. KENALPASTI TAHAP PERUBAHAN JEANS
(SANFORIZED DAN UNSANFORIZED)
Sanforized jeans merupakan jeans yang telah melalui proses rawatan dimana tahap pengecutan jeans yang minimum apabila ia sekali basuh (one-washed). Sanforized jeans akan mengecut antara 1% – 5% atau antara 0.5 inci-1 inci sahaja.
Manakala Unsanforized jeans yang tidak melalui proses seperti Sanforized jeans dimana jeans tersebut akan mengecut antara 7%-10% atau 1.5 inci-3 inci setelah dibasuh (one-washed).
4. SAIZ PADA TAG
Kebanyakan saiz pinggang sebenar jeans tidak sama seperti yang dinyatakan di tag. Sebagai contoh, jika pada tag tertera 30, maka saiz sebenar jeans 30.5 inci @ 31 inci.
5. MEMILIH BENTUK ‘CUTTING’ YANG SESUAI
Terdapat banyak jenis cutting jeans antaranya REGULAR, SLIM, TIGHT, SKINNY, TAPERED, LOOSE.
PANDUAN VIDEO INI JUGA ANTARA TIP UNTUK PILIH JEANS SESUAI DENGAN SAIZ ANDA
CARA UBAH SUAI JEANS LAMA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kesalahan Hijabi Yang Tidak Begitu Mengambil Berat Tentang Penjagaan Rambut Berbanding Mereka Tidak Bertudung. Hijabi Perlu ‘Take Note’!
Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung, hijabi lebih memerlukan rawatan rambut kerana ia sering dilitupi oleh tudung. Kelemumur dan rambut gugur antara masalah utama yang sering dialami oleh hijabi.
Masalah ini timbul dek kerana kesalahan kita sendiri yang tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan rambut. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan rambut kita. Jadi, kenal pasti apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh hijabi supaya kita tidak mengulanginya lagi.
1. Ikat Rambut Ala Ponytail
Rambut yang diikat ke belakang atau high ponytail akan menyebabkan rambut menjadi stress kerana akar rambut akan tertarik dan menegang akibat ikatan yang terlalu ketat. Sebaiknya, ikat rambut pada bahagian tengkuk atau ikat dengan rendah. Barulah rambut menjadi lebih relaks.
2. Sikat Rambut Dengan Sikat Bergigi Rapat
Sikat rambut bergigi rapat juga akan membuatkan rambut kita tertarik secara paksa dan ia tidak baik untuk rambut. Sebaliknya, pakai sikat yang bergigi jarang untuk merapikan rambut. Rambut juga tidak akan gugur.
3. Gosok Rambut Dengan Kasar
Mengeringkan rambut kadangkala menjadi satu masalah bagi hijabi kerana kita perlu mengeringkan rambut sebelum memakai tudung. Jadi, anda akan jadi sedikit kelam-kabut.
Namun, jangan menggosok rambut terlalu kasar dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut menjadi semakin tidak sihat. Seeloknya, gosok dengan perlahan dan biarkan ia kering sendiri. Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana ia juga tidak begitu baik untuk kulit kepala.
4. Tak Beri Nutrisi Pada Rambut
Setiap hijabi memiliki keadaan rambut yang berbeza-beza. Berikan nutrisi tambahan seperti serum rambut sekiranya rambut anda memerlukannya.
5. Salah Pilih Bahan Hijab
Pemilihan bahan hijab juga perlu diambil kira. Ada bermacam-macam-macam bahan hijab yang perlu kita tahu dan pilih dengan tepat. Pilih mengikut situasi. Contohnya, jika kita mahu bersukan, pilih hijab dengan kain yang tidak panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI