Ramai yang kurang pengetahuan mengenai penjagaan vagina atau selalu kita panggil Miss V. Bukan seperti anggota tubuh yang lain, bahagian ini sangat sensitif dan perlukan penjagaan yang rapi.

Namun begitu, ia tidak bermakna kita perlu menggunakan produk khas untuk mencucinya. Seperti yang dijelaskan oleh Dr.Amalina Bakri melalui instastory di akaun media sosialnya, memadailah hanya dengan menggunakan air sahaja.

Apa pendapat Dr. mengenai pencuci wanita? Boleh ke guna setiap hari?

Kita tidak perlukan pencuci wanita dan tolong jangan masukkan apa-apa ke dalam vagina seperti jamu! 

Anda boleh mencuci vagina dengan air kosong sahaja ataupun sabun tanpa wangian. Tolong elakkan daripada menggunakan sabun dengan wangian, gel dan antiseptik  kerana ia boleh menjejaskan keseimbangan bakteria dan juga kadar pH di dalam vagina dan menyebabkan iritasi.

Ia adalah sesuatu yang normal apabila keluar cecair berwarna putih (keputihan) ataupun tidak berwarna daripada vagina anda.

Lepas baca penerangan daripada Dr.Amalina ini, diharapkan kaum wanita di luar sana lebih memahami akan hal ini dan tidak terpedaya lagi dengan produk-produk pelik yang dijual yang dikatakan bagus untuk Miss V kita. Nanti lebih melarat pula jadinya. Jadilah masyarakat yang bijak sis!

kredit: instagram @dramalinabakri