Kewujudan tudung pleated memang memudahkan kehidupan seorang hijabi. Materialnya yang tidak perlu digosok menjimatkan masa kita untuk bersiap namun tetap membuatkan penampilan kita nampak berseri.
Namun, kadang kala timbul masalah juga apabila tudung tersebut meninggalkan kesan garisan lipatan terutama sekali ketika baru dibeli ataupun selepas dicuci.
Bagi mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba teknik yang disarankan oleh Kamalia ini. Berkongsi video di tiktok, dia telah menunjukkan bagaimana dengan hanya menggunakan pengering rambut sahaja boleh menghilangkan kesan lipatan tersebut.
Pengering rambut menjadi penyelamat situasi! Pastikan ia tidak bersentuhan ya dengan tudung kerana ia boleh merosakkan tekstur pleated tudung tersebut.
Kini semua kesan lipatan tersebut telah hilang! Mudah bukan? Jadi tak perlulah anda risau lagi mengenainya selepas ini. Ikut sahaja tip ini pasti menjadi!
Teknik ini tidak hanya terhad pada tudung malah boleh dicuba juga pada pakaian anda. Untuk video penuh tutorial tersebut, anda bolehlah melihatnya di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakai Topi Keledar Pun Tudung Elok Keras Melantun Macam Spring, Spray Ini Semua Hijabi Wajib Ada
Aduhai waktu hendak keluar rumah, masa inilah tudung ‘buat hal.’ Asyik tak menjadi sahaja. Situasi begini pastinya sesuatu yang biasa buat para hijabi terutama hijabi yang memakai tudung bawal. Usahalah tiup sana, tiup sini tapi muncung tudung tetap tidak menjadi.
Sampai bila hendak stres disebabkan tudung yang tak menjadi. Penat hembus-hembus muncung tudung tapi hasilnya hampa. Dek kerana bentuk kejadian tudung tidak memuaskan hati ada yang sampai sanggup batalkan temujanji. Sedih sungguh!
Tengok muncung tudung orang lain elok sahaja. Mulalah rasa iri hati dan hendak siasat apa yang bolehkan tudung si polan tu elok terletak. Sebenarnya ramai yang dah mula gunakan spray Mrs Iron. Memang senang bila hendak pakai tudung bila ada item ini. Hanya Spray pada tudung kemudian terus gosok dengan seterika. Mudah bukan!
KENAPA SETIAP HIJABI PERLUKAN MRS IRON?
1. Memang setiap wanita yang bertudung hendak kelihatan kemas tanpa sebarang gangguan. Kalau tudung tidak ‘menjadi’ dan kita pun jadi rimas. Tangan pulak asyik naik ke atas hendak adjust tudung. Sedikit terganggu. Hari-hari yang dilalui menjadi stres.
2. Tudung yang terbentuk rapi akan meningkatkan tahap keyakinan seorang wanita yang berhijab. Tahap keyakinan diri pula mencanak setinggi gunung Everest.
#FeedbackMrsIronMemang syok kalau dapat tudung melantun macam spring. Guna Mrs iron jurrrr😍
Posted by Fabric Starch by Mrs.Iron on Thursday, 19 September 2019
3. Menjimatkan masa. Sebab para wanita yang bertudung ini kebanyakkannya semua hendak tudung yang dipakai itu senang ‘giler’ hendak dibentuk. Dan tidak perlu bersiap lama di depan cermin.
Bagi hijabi yang menaiki motosikal pula, lagilah mencabar untuk memastikan hijab kekal cantik terletak dan muncung tudung tidak kemek atau leper.
Berikut perkongsian wanita ini yang menggunakan mrs iron spray. Tudung pun elok terletak.
Mak mak tuu. Tengah standby nak rempit g amik anak sekolah kee? Hehe.Orang kata bila pakai bawal naik motor, habis hancusss kecomelan awning tudung tu. Rebah kena tindih ngan angin dan jugak helmet.Meh kak el tunjuk betapa sadonya muncung tudung bawal yang kak el dh sembur mrs. Iron pagi tadi. Fuhh! Maintain❤️. Barulah orang kata kakak amik adik sekolahh kan.
Posted by Fitriah Azman on Monday, 5 August 2019
Tidak dapat dinafikan, tudung yang kemas dan menjadi mampu membuatkan hari-hari yang dilalui oleh hijabi menjadi lebih indah. Barulah semangat hendak bekerja atau belajar!
Sumber kredit: Fabric Starch by Mrs.Iron dan Fitriah Azman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikut 6 Rahsia Ini Kalau Nak Tudung Sentiasa Kemas, Tak Senget & Terletak Cantik Di Atas Kepala
Selain baju, pilihan hijab yang sesuai juga penting bagi memastikan kesempurnaan penampilan seseorang. Namun ada kalanya hijab digayakan macam serba tak kena dan tak terletak cantik di atas kepala.
Sebenarnya untuk memastikan hijab yang digayakan terletak cantik di atas kepala, ada aturan tertentu yang perlu diikuti.
Siapa yang tak nak nampak cantik sepanjang hari kan. Apatah lagi hijabi yang mementingkan penampilan diri sepanjang hari.
Hijabista senaraikan beberapa tip ini yang menjadikan penampilan seseorang itu tampil cantik, menarik dan kemas walaupun sibuk dengan rutin sepanjang hari. Bukan itu sahaja, malah sedap mata memandang.
1. Tudung Pastel
Pilihlah tudung berwarna polos seperti putih, kuning cair, lavender, hijau muda dan juga peach. Warna pastel ini begitu kena sekali dengan mereka yang berkulit cerah ataupun tidak. Jadi bagi yang memiliki kulit cerah tidak ada masalah untuk menggayakan tudung warna cerah atau gelap kerana tiada perbezaan ketara. Cuma jika mempunyai kulit gelap elakkan pakai tudung yang berona gelap juga.
2. Lilitan Ringkas
Cukup sekadar gaya lilitan yang ringkas. Tidak perlu gaya keterlaluan kerana yang ringkas itu sudah memadai. Tidak sukar mencari gaya bersesuaian, google saja laman youtube ataupun Instagram yang menjual produk hijab. Pasti akan diselitkan tutorial ringkas tudung yang digayakan.
3. Solekan Ringkas
Jangan lupa untuk bersolek ringkas kerana dapat menambah keayuan dirimu. Hanya calitan di bahagian tertentu seperti bibir dengan memilih gincu bibir warna pastel, sedikit pemerah pipi dan juga perapian di bahagian mata. Tak perlu cukur kening, ikut je cara selebriti Elfira Loy yang tetap kekalkan keaslian keningnya untuk tampil menawan.
4. Busana Bersesuaian
Kalau boleh pilihlah busana yang bersesuaian dengan aktiviti harian. Elakkan pakai baju yang boleh mengundang umpatan, lebih-lebih lagi tika berjumpa dengan orang ramai. Pilih yang senang untuk anda bergerak ke sana ke mari sambil lincah membuat kerja. Rasanya lebih senang memilih fabrik cotton daripada busana renda yang boleh membuat anda rasa panas pula nanti.
5. Penggunaan Kerongsang
Lagi satu yang menjadikan hijab digayakan anda terletak cantik adalah disebabkan pemakaian kerongsang yang betul. Memilih satu kerongsang besar yang diselit di tepi bahu cukup menyuntik elemen seri pada penampilan seseorang. Malah tudung digayakan juga kekal cantik dan tidak senget. Terutama hijab satin yang memang sukar sekali untuk digayakan jika tak kena caranya.
6. Senyuman Manis
Ini paling penting dalam mengharungi pelbagai bebanan kerja seharian. Pastikan senyuman manis sentiasa dibibir anda kerana senyuman itu juga satu sedekah. Seorang hijabi itu lebih terserlah ayunya jika sentiasa mengukir senyuman di bibir walau dalam apa jua situasi.
KREDIT FOTO:Insta Selebriti
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shawl Kesayangan Melekat Kesan Solekan? Wanita Ini Kongsi Cara Nak Hilangkan Semudah A,B, C
Solekan menjadikan wajah seseorang hijabi tampak lebih berseri. Bagi hijabi yang gemar bereksperimen dengan gaya hijab, tentunya anda gemar bersolek agar penggayaan hijab jadi lebih menyerlah .
Namun sebagai hijabi, anda tentunya tidak dapat lari daripada masalah kotoran yang terlekat pada fabrik hijab yang dipakai. Jika tidak terkena solekan pada wajah selalunya kesan bedak asas, mungkin juga shawl terkena percikan makanan yang dimakan. Tentu sukar untuk menghilangkannya bukan?
Berikut perkongsian Lyss Ali dan Tyma Sadini. Moga ia menjadi solusi bagi mengatasi masalah yang menjadi satu kebiasaan di kalangan para hijabi.
Saya ingin kongsikan tip untuk mencuci shawl yang ada kesan-kesan minyak muka dan solekan. Tidak dapat dinafikan wanita memang suka bersolek namun apabila cuaca panas, mekap pada wajah mula pecah minyak. Kesannya minyak krim bedak asas pun melekat pada shawl. Ya! Memang sangat susah untuk menghilangkan sisa kotoran ini.
Kita bukan sahaja ingin membuang kotoran yang melekat pada shawl itu semata-mata tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu memastikan fabrik shawl tidak terjejas sama ada turun warna, warna berbelak-belak dan sebagainya. Sebagai hijabi tentunya masalah ini merupakan perkara biasa. Dan mungkin juga hijabi-hijabi sedang tercari-cari ‘penawar’ untuk mengatasi masalah yang satu ini.
CARA 1
Ambil bedak baby dan taburkan pada area yang terkena minyak dan biarkan minyak diserap selepas itu basuh seperti biasa.
CARA 2
Ambil sabun mandi dan gosok dekat kawasan berminyak gunakan berus gigi yang dah tak pakai dan basuh macam biasa.
Jangan gosok terlalu kuat boleh rosak fabrik tudung nanti dan nak tudung wangi pakai sabun berbau bunga/floral.
CARA 3
Beli cecair Vanish untuk fabrik berwarna dan rendam tudung semalaman dan basuh macam biasa.
TIP MEMELIHARA FABRIK HIJAB:
1.Perhatikan jenis fabrik hijab. Jika menggunakan material yang lembut, elok guna cara cucian tangan sahaja bagi mengelakkan fabrik hijab rosak.
2. Gunakan cecair pencuci yang bersifat lembut. Hal ini kerana detergen yang terlalu kuat boleh merosakkan fabrik hijab.
3. Jika mahu mencuci hijab menggunakan mesin basuh, masukkan hijab di dalam karung khas. Ia bagi memelihara fabrik hijab daripada tercarik.
4. Jangan sesekali menggunakan berus. Hal ini kerana berus akan merosakkan permukaan fabrik hijab.
5. Ketika menjemur hijab, pastikan hijab tidak dikepit dengan penyepit baju yang berbahan besi sebaliknya pilih penyepit baju berbahan plastik.
6. Ketika menggosok hijab, pastikan suhu seterika sesuai dengan jenis fabrik hijab. Anda tetu tidak mahu bukan hijab kesayangan anda berlubang.
BERIKUT DIKONGSIKAN JUGA VIDEO CARA MENGHILANGKAN KOTORAN SISA MEKAP YANG TERLEKAT PADA SHAWL PERKONGSIAN DARI TYMA SADINI:
LANGKAH PERTAMA:
Rendam shawl dengan serbuk pencuci.
Posted by Tyma Sadini on Sunday, 11 June 2017
LANGKAH KEDUA:
Masukkan bedak bayi (tidak kisah apa-apa jenama)
Posted by Tyma Sadini on Sunday, 11 June 2017
Bagi mendapatkan pilihan produk pencuci hijab, boleh KLIK di sini.
Sumber kredit: Lyss Ali dan Tyma Sadini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI