Kebanyakan daripada kita mesti pernah tersalah beli produk penjagaan wajah yang akhirnya tidak sesuai dengan kulit muka kita. Aduh! Rugi pula kalau kena buang macam tu je kan?
Haish, siapa cakap kena membazir sis? Sebenarnya, anda tak perlu buang pun semua produk itu kerana ia boleh digunakan di bahagian lain di tubuh badan.
Bukan hanya menjimatkan, malah badan anda juga akan mendapat manfaatnya. Jom lihat apa yang kita boleh buat dengannya!
Sunscreen
Formula sunscreen tersebut tak sesuai di kulit wajah anda? Gunakanlah ia dibahagian leher, telinga atau tangan anda. Barulah badan tak sunburn!
Toner
Siapa sangka toner sebenarnya boleh digunakan di bahagian ketiak jugak tau! Sapukannya untuk mengeksfoliat dan juga bagi mendapatkan ketiak yang lebih cerah.
Krim Pelembap
Anda boleh jadikan sebagai krim mandian ataupun krim pencukur kaki untuk mendapat kulit yang lebih lembut dan halus. Cara efektif dan berkesan!
View this post on Instagram
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI