Jangan bohong kalau tidak ada perasaan jeles bila tengok kulit orang lain nampak bersih dan glowing. Mesti hati rasa meronta-ronta hendak tahu apakah rahsia dan produk yang dipakai oleh si polan sehingga berjaya memiliki kulit selembut dan sehalus bayi.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Ayuh kita cuba petua yang diamalkan oleh Nursha Salleh ini.

Penjagaa Wajah Menggunakan Tepung Beras Dan Susu Tepung Kulit Glowing Dan Sihat.

1. Menyerap minyak berlebihan di muka
2. Memutihkan kulit muka jika digunakan secara konsisten
3. Tiada bahan kimia
4. Mengurangkan jerawat
5. Menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata
6. Menanggalkan sel-sel kulit mati
7. Menyerikan kulit muka

Bahan-Bahan:

  • Tepung Beras
  • Susu Tepung (tak kisah lah apa brand)
  • Sedikit air
  • Kcolly (ini pilihan. Nak guna pon boleh tak nak pon tak apa, tapi i suka guna)
Amik satu sudu tepung beras tapi, sedikit susu tepung dan kcolly.

CARA CARANYA:-

  1. Beli je memane kedai yang ada jual tepung beras. Murah je dalam RM1 lebih. Tak ingat dah berapa harga. Ni pon HACK barang yang ada kat dapur.
  2. Ambil satu sudu tepung beras tapi, sedikit susu tepung dan kcolly.
  3. Bancuh sampai pekat likat. Tak terlalu cair dan tak terlalu pekat macam dalam gambar ni.Kalau korang nak campur serbuk kunyit pun boleh, yogurt, putih telur atau madu. Tapi Sha tak campur apa2 sebab untuk pakai harian kan.

4. Kemudian pakai macam mask atau macam bedak sejuk. Pakai sampai kering dan kemudian basuh. Kalau nak pakai sampai pagi esok pun takde masalah.

IKLAN

5. Amalkan setiap hari, dan korang leh nampak kesan dia. Kulit akan makin lembut dan cerah. Jerawat pon dah tak muncul. Kulit kusam pon dah xde. Nak cakap skin macam telur tu tak lah, tapi ia dapat bantu masalah kulit korang yang bermasalah.

6. Tunggu sehingga kering dalam 5-10 minit, lepas tu kita cuci muka. Fuh!! Bila dah cuci muka tu rasa best yakmat. Time pegang tu rasa sangat sangat lembut.

IKLAN

Skin yang naik jerawat pon dah makin okay, kulit kusam dan kering pon dah tak risau. Eh! Tapi kena konsisten. Jangan buat sehari trus nak dapat skin yang sihat.

Jimat pun jimat kan?? Tak perlu guna produk mahal-mahal. Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur.

IKLAN

Paling penting, mestilah konsisten dan disiplin. Barulah hasil yang diperolehi memuaskan hati!

Sumber kredit: Nursha Salleh

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI