Tidak kiralah samada berhijab atau tidak, penjagaan rambut itu perlulah dititikberatkan. Jangan jadikan tudung sebagai alasan untuk kita malas menjaganya kerana bila rambut sudah rosak pasti kita terasa menyesal pula.

Jika hijabi memiliki rambut yang panjang, bolehlah ikuti rutin penjagaan daripada Nazriq Nana ini. Memang lengkap segala rutinnya. Siapa kata lelaki tak mementingkan penjagaan dirikan?

Menetap di Jepun membuatkan keadaan rambutnya berubah-ubah mengikut keadaan cuaca di sana. Akui dahulunya suka mewarnakan rambut, dia kini tidak lagi mahu melakukannya kerana ia merosakkan rambut serta menjadikan hujung rambutnya bercabang.

IKLAN

Rutin penjagaan rambut yang pertama ialah syampu! Nazriq akan membasuh rambutnya dua hari sekali ataupun sehari sekali jika melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Dia juga mengamalkan penggunaan conditioner dan juga treatment. Amatlah penting untuk kita mencari yang terbaik untuk rambut kerana bukan semua produk sesuai dengan kita.

IKLAN

Guna pengering rambut dengan suhu yang sejuk membantu rambut untuk lebih cepat kering tanpa merosakkannya.

Dia juga mengamalkan ‘deep coconut oil mask’ sebulan sekali bagi membuatkan rambutnya terasa begitu sihat dan lembap!

IKLAN

Macam banyak yang perlu dilakukan bukan kalau nak rambut panjang yang cantik dan sihat? Memang nampak susah tapi kalau anda betul-betul mahukannya maka haruslah komited menjaganya. Tanamkan sikap kerajinan dalam diri untuk dapat rambut yang letop! Kalau tak pandai jaga, jadi Hantu Kak Limah lah nanti!

kredit: twitter @nazriqnana

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI