- Start weight : 99kg
- Current weight : 62kg
Total weight lost : 37kg
Makan selewat-lewatnya jam 8 malam
Selain itu, Eleeza turut menjelaskan bahawa ibadah solatnya juga terasa lebih mudah selepas berat badannya turun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Sendiri Je! Dengan Kos RM11.70 Boleh Dapat 5 botol (50 ML) Hand Sanitizer
Sekarang ini kalau hand sanitizer antara item yang laris ibarat goreng pisang panas. Pergilah ke mana-mana farmasi, apabila ditanya semuanya mengatakan tiada stok. Maka keluarlah kita dari premis dengan wajah yang hampa.
Namun usah bimbang, usah sedih. Sebenarnya, kita boleh membuat sendiri hand sanitizer. Ikuti perkongsian berikut.
Semalam,saya borak-borak dengan member pasal wabak COVID-19 kt Malaysia. Yes, agak critical sekarang ni. Setakat pukul 6.00pm tadi 93 orang confirm infected kat Malaysia berbanding ngan semalam hanya 83orang. Meningkat 10 lagi kes๐ฃ. 23 orang dah fully recovered๐๐ป.
Korang boleh check dekat web ni:ย https://www.coronatracker.com/?country_code=MY
Semalam jugak, member ada highlight pasal susah betul nak cari instant hand sanitizer sekarang.
Kalau ada pun, harga untuk antabax hand sanitizer 50ml yg biasa beli RM4.80 dah jadi RM8.00!!๐ฑ๐ฑ.
So, hari ni masa saya habis nak cari hand sanitizer je sebab stock hand sanitizer saya nak habis dah. BUT SEMUA SOLD OUT!๐ฉ
Tapi bila saya tiba di satu pharmacy ni. Ada benda yg saya rasa bagus untuk di share ngn korang. Yes, macam tajuk posting ni.CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER.
Ni bahan2 nya mengikut suggestion pharmacy tu:
1.Dettol
2.Sterile Water
Cara2 nak buatnya pulak:
Campurkan..20% Dettol, 80% sterile water.
So, kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 20ml Dettol, 80ml sterile water.
Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 10ml Dettol, 40ml sterile water.
Korang boleh lah sukat guna picagari atau lain2 alat sukatan yang bersesuaian ye..
Then finally letak dalam botol spray. Korg leh guna je botol2 spray kosong yg korg ada.
Tapi, ikut pharmacy tu. FORMULA NI HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA DAN KANAK2 UMURNYA 10 TAHUN KE ATAS JE TAU. INI DISEBABKAN ATAS FAKTOR KETEBALAN KULIT.
Dettol nye effect agak kuat jugak. Takut ada effect dekat kulit kanak2 yg umurnya bawah 10tahun.
Kalau kita cerita kos pulak, xda lah mahal sangat..
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70.
Dengan kos RM11.70.Boleh lah buat 5 botol 50ml hand sanitizer.
Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!
Dari tak ada langsung. OK jugak lah option ni.
Anyway, yg paling penting kita kena jaga kebersihan guys!
Kalau korang tak nak buat hand sanitizer versi Dettol+Sterile Water ni;
-Kerap2 lah basuh tangan
-Elakkan berada di tempat awam. Kalau terpaksa juga terdedah dekat tempat awam. Jangan lupa pakai mask ye!
Moga kita terhindar dari dijangkiti wabak COVID-19 ni.. Amin..ย ๐คฒ๐ป๐คฒ๐ป
Moga bermanfaat.
Sumber kredit: Ir Abdul Rahman Bahasa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
โIngat NEELOFA Ingat AirAsia,โ Aturan Bijak KENAPA Bos Syarikat PENERBANGAN Tambang Murah LANTIK Hijabi Muda Ini
Minggu ini viral media sosial memperkatakan tentang kejayaan pelakon, usahawan dan pengacara Neelofa Mohd Noor, 28 tahun yang dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di syarikat penerbangan tambang murat AirAsia. Ramai yang mengucapkan tahniah pada hajjah muda ini hingga layak diberi jawatan berkenaan. Namun ada juga yang mempertikaikankan kebolehan Neelofa atas perlantikan itu. Macam-macam perdebatan di kalangan netizen yang memang sakit hati jika membacanya.
Apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Neelofa boleh dilantik menjadi BOD di syarikat penerbangan tambang murah tu. Seorang pengguna dilaman sosial menggelar diri Abdul Basit turut memberi pencerahan atas perlantikan itu. Dia merupakan Guru Pengurusan Bisnes, yang juga Pengarah Eksekutif Beyond Holding Sdn Bhd, sebuah syarikat pengendali seminar perniagaan.
Baca dan fahami apa kebaikan yang didapati oleh kedua-dua belah pihak.
Kisah Directorship Neelofa, 3 Strategi AirAsia yang ramai perlu tahu.
Terbaru,kita mendapat berita terkini Neelofa baru sahaja di dilantik menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia. Pencapaian luar biasa anak muda yang sama usia dengan saya 28tahun.
Adakah beliau sudah membeli Airasia?
Adakah beliau akan bekerja di Airasia?
Banyak persoalan yang bermain diminda ramai orang yang kurang jelas dengan jawatan tersebut.
Begini sebenarnya, saya kongsikan berkenaan jawatan terlebih dahulu.
- Pengarah Bebas atau Independent Director.
Independent maknanya bebas dari mempunyai kaitan dengan mana-mana pemegang saham atau pihak-pihak berkepentingan dalam syarikat.ย
Ini bermaksud beliau tidak semestinya memiliki saham dalam syarikat AirAsia. Cuma beliau di lantik untuk berada dalam barisan pengarah.
- Bukan Eksekutif atau Non Executive.
Bukan Eksekutif bermaksud,beliau bukanlah staf AirAsia yang terlibat dalam urusan kerja harian dan bukan lah staf yang menerima gaji dan perlu punch in setiap hari.ย
Mesyuarat bulanan pun beliau belum tentu kena hadir,kecuali memang diminta hadir.ย
Untuk jawatan diatas,saya mudahkan ia di panggil Non Executive Director atau NED.
Apa kelebihan NED ini?
– mendapat elaun tetap sebagai Pengarah setiap bulan.
-kemungkinan mendapat beberapa kelebihan directorship lain,seperti elaun perjalanan,hiburan,penginapan. Ada banyak lagi manfaat2 lain, sekiranya mendapat persetujuan pengarah yang lain.
Kenapa Neelofa yang dipilih,kenapa bukan kita?? Ada beberapa kemungkinan besar beliau di pilih.
- Kos Sebagai Duta.
Neelofa antara artis yang dibayar mahal untuk menjadi Ambassador/Duta,nilainya melibatkan jutaan ringgit. Terutama setelah beliau dilantik Duta Swarovski,jenama antarabangsa.
Neelofa kini mencapai standard antarabangsa,sudah semestinya nilai beliau bukan murah.
AirAsia mengambil langkah bijak,dengan melantik sebagai NED,Neelofa hanya di bayar elaun bulanan sahaja sebagai pengarah.
Kos directorship ini kemungkinan memakan belanja ratusan ribu sahaja setahun,berbanding kos DUTA yang memakan belanja jutaan ringgit untuk artis yang mencapai level antarabangsa.
Sudah pasti AirAsia boleh menggunakan wajah Neelofa semahunya,sebab beliau adalah salah seorang pengarah.ย
- Pengaruh dan Kredibiliti.
Follower ig Neelofa 5.3m manakala AirAsia cuma 506k,nisbahnya adalah 1:10.
Kos untuk menaikkan nama di media sosial bukan perkara yang semudah membeli follower,ianya lebih daripada itu. Airsia akan menggunakan mileage di sosial media untuk mencipta pengaruh baru.ย
Kenapa pilih Neelofa,bukan artis lain. Sebab Neelofa satu2 artis yang mendapat anugerah Forbes 2017, mileage ini menjadikan beliau Artis yang berkredibiliti dan berpengaruh.
- Pemasaran High Impact Airsia.
Belum pernah dalam sejarah Malaysia Artis diangkat menjadi Board Of Director dalam syarikat penerbangan,walaupun sebagai Non Executive Director.ย
Berita ini orang akan ingat AirAsia sampai bila-bila,dan mungkin tercatat dalam sejarah dunia.
Lepas ini,muka Neelofa orang akan ingat AirAsia sahaja. Bijaknya Tony dalam mengatur brand AirAsia itu sendiri.ย
Di Jangka,Neelofa akan menerima lebih banyak anugerah selepas ini. Rentetan dari marketing sebagai NED AirAsia. Mileage ini,sudah pasti AirAsia mendapat tempiasnya Sekali.
Sekian sahaja,perkongsian buat kefahaman tentang ilmu pensyarikatan ini,kita ada kongsikan lebih banyak ilmu persyarikatan di Seminar My Documents nanti.
Untuk kita pula yang mendapat berita ini,kita kena bekerja lebih kuat. Beliau mencipta kejayaan,kita pula banyak mencipta alasan.
“Beliau boleh lar,retis”
Bhai,beliau kerja keras bhai. Kita nie,alasan sahaja yang keras.
Buat Neelofa,syabas anak muda sama usia dengan den. Den bukan peminat lofa,den cuma minat bisnes..
Bantu saya kongsikan posting ini,supaya lebih ramai faham ilmu pensyarikatan.
Abdul Basit
Guru Pengurusan Bisnes.
Executive Directorย
Byond Holdings Sdn Bhd.
Apapun admin ucapkan tahniah atas perlantikannya dalam usia masih muda. Pelbagai kejayaan yang Lofa raih tahun ini dan dia terus maju ke hadapan walau pelbagai kecaman dilemparkan oleh netizen.
SUMBER: ABDUL BASIT
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awal Ashaari Berkongsi Lebih Kenali Anak-anak Sewaktu Bercuti Tanpa Pengasuh
Hubungan antara ibu bapa dan anak sudah tentunya ada bermacam-macam ragam yang perlu di tempuhi. Memori yang di cipta bersama sudah tentu menjadi satu kenangan yang bakal di rindu satu hari nanti.
Pelakon serta pengacara, Awal Ashaari, berkongsi bersama semua pengalamannya menjaga dua orang anaknya bercuti di luar negara tanpa pertolongan pengasuh.
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Dan Anak-Anak ‘Bawa Diri’ Ke Jepun, Lupakan Seketika Masalah Rumahtangga!
Lebih mendekatkan diri dan fahami anak-anak…
Percutian panjang di hujung tahun sudah tentu menjadi pilihan ramai yang ingin ke luar negara untuk bercuti. Begitu juga buat Awal Ashaari dan keluarganya.
Namun, terasa lebih lain buat Awal kali ini kerana mereka bercuti tanpa pertolongan pengasuh untuk menjaga anak-anaknya. Tidak dinafikan, dia banyak pelajari tentang kedua puterinya sepanjang percutian itu.
“Bercuti jauh tanpa pengasuh banyak mengajar Awal tentang kesabaran dan mendekatkan saya bersama anak-anak,
“Baru tahu perangai anak-anak kita, macam mana nak jaga mood mereka dan pastikan semya terjaga dan yang penting sekali,ย to put them first before our own needs.”ย katanya.
Kebajikan anak dulu baru kemahuan sendiri…
Awal juga ada meluahkan keinginannya untuk berjalan sehingga malam dan menerokai lebih banyak tempat yang menarik di negara orang. Tetapi, kebajikan anak-anak menjadi keutamaan dan banyak faktor yang perlu dia utamakan.
Artikel berkaitan: Berhijab Ketika Bercuti Di Cruise Mewah, Penampilan Intan Ladyana Tarik Perhatian
“We choose to have both stroller and carrier sebab some place susah nak guna strollers & Lila cepat bosan kalau duduk lama lama dalam stroller, so bila carry Awal boleh borak and nyanyi dengan dia, walaupun dekat pinggang tuhan je tau mcm mana jalan jauh bawak anak 17kg berjam jam,
“Kalau ikutkan banyak tempat nakย explore, banyak restoran nakย tryย banyak juga kawan-kawan nak jumpaย andย nak keluar malam,
“But we cant do it on this trip. Pukul 5 pm sahaja semua dah letihย andย mengantuk nak balik rumah dan berehat.” ujarnya lagi tentang pengalamannya.
Awal Ashaari sangat bersyukur setiap masa banyak dia pelajari tentang keluarganya dengan lebih mendalam. Semoga Lara dan Lila jadiย good girlsย untuk Papa dan Mama ya!
Sumber:ย Instagram @awalashaari
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI