Hasil tidak pernah mengalah, Eleeza Natasha berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 37 kilogram melalui cara diet suku-suku separuh (DSSS) selepas setahun mengamalkannya.
Masih dalam usahanya untuk menurunkan lagi 10kg, Eleeza berkongsi bahawa dia memang menolak untuk minum air manis agar matlamatnya itu tercapai.

ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya Turun Hampir Separuh Berat Badan, Gadis Ini Tak Lokek Kongsi Tip Yang Diamalkannya

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Alhamdulillah,hari ni genap 1 tahun buat Diet DSSS. Kiranya, semalam hadiah untuk birthday tahun ni kepada diri sendiri sebab berjaya buat tanpa give up ๐Ÿ˜ŠBanyak perubahan,yang dapat diri sendiri ni rasa. ๐Ÿ˜„Tapi ada sikit lagi ni nak kena kejar target lagi,ada lagi 10kg target nak turun ๐Ÿ’ช
  • Start weight : 99kg
  • Current weight : 62kg
    Total weight lost : 37kg
Makan selewat-lewatnya jam 8 malam
Tip yang saya selalu amalkan hanya memang buat DSSS je dan jugak workout 3/4kali seminggu..Air manis memang tak ambik langsung..
Malam selalunya saye stop makan pukul 7 atau 8 malam..Sambil saya buat DSSS, sambil tu saya buat defisit kalori sekali..saya jaga kuantiti kalori makanan saya.๐Ÿ˜Š
Selain itu, Eleeza turut menjelaskan bahawa ibadah solatnya juga terasa lebih mudah selepas berat badannya turun.
โ€œNak sembahyang pun dah tak sakit macam dulu. Syukur sangat. Banyak lagi, nak kena buang berat ni. Moga kali sentiasa istiqomah,โ€ jelasnya.
NOTA: Pengalaman turun berat badan hijabi ini dikongsi 2 tahun lalu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI