Ambil foto Oufit Of The Day ataupun lebih dikenali sebagai ‘OOTD’ memang boleh dikatakan sudah menjadi aktiviti wajib para gadis apabila sekali sekala melaram. Iyelah, rugikan kalau dah pakai cantik-cantik tapi tak ambil gambar pulak.
Tapi bila sampai momen nak bergambar itu tiba-tiba kaku pulak tak tahu bagaimana nak posing di hadapan kamera. Ala macam mana nak buat ni?
Eh senang je sis! Kalau nak posing ala-ala supermodel hijabi terkenal iaitu Halima Aden, bolehlah ikuti tip yang dikongsikan ini. Barulah cantik gitu!
1. Pose candid konon-konon tak tengok kamera.
2. Kalau tak nak nampak bahagian kaki bolehlah pose cara setengah badan.
3. Gaya bergambar di kafe hipster.
4. Pose yang ini mesti ramai yang buatkan?
5. Gaya cekak pinggang.
6. Swafoto dengan gaya tangan di muka.
7. Posing dengan menjadikan beg tangan sebagai prop.
8. Gaya sementara menunggu lampu hijau di dalam kereta.
9. Swafoto di cermin.
Macam mana sis? Setelah melihat semua gaya ini pastinya boleh jadikan inspirasi OOTD di masa akan datang. Tak perlu terlalu risau tentang gayanya, yang penting sekali ialah keyakinan dalam diri sis. Barulah kecantikan itu akan terserlah!
kredit: twitter @heyyoushinee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Barisan Selebriti Berhijab Ini Curi Perhatian Umum Di Pentas Fesyen KLFW.
Sudah tiba masanya untuk melangkah keluar dengan bergaya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021. Baru berlangsung dari 1 November hingga 7 November 2021 lalu, namun apa yang mencuri tumpuan umun gaya selebriti berhijab yang menghadiri majis secara fizikal itu bermula 4 November hingga 7 November di Pavilion Kuala Lumpur.
Peragaan 48 koleksi sedia pakai pereka tempatan secara digital dan fizikal ini dipersembahkan oleh Lexus Malaysia, Ambank Malaysia dan Samsung Malaysia, meraikan pereka tempatan kami. Apa yang menariknya sepanjang empat hari pertunjukkan pentas fesyen ini, adalah kunjungan selebriti tempatan yang menyokong baik pereka tempatan.
Cukup mencuri perhatian! barisan selebriti berhijab ini tetap anggun bergaya dengan busana dari pereka tempatan. Jom kita lihat siapa yang benar-benar mencuri pandangan anda:
1. Dato Sri Siti Nurhaliza
Selebriti tersohor ini sangat sinonim dengan rekaan Rizman Ruzaini, hadir pada malam penutup DS Siti Nurhalliza tetap anggun denga suit hitam putih rekaan Rizman Ruzaini. Susuk tubuh persis zaman remaja DS Siti Nurhalliza ringkas dalam rona hitam dan putih.
2. Ummi Nazeera
Baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua, Ummi Nazeera kekal langsing seperti tiada apa-apa perubahan pada susuk tubuhnya. Apa yang menariknya, Ummi tidak keseorang setiap kali menghadirikan diri di pentas fesyen ini. Ditemani suami dan abangnya Nazreem Musa, bagaikan pasangan kembar saling melengkapi.
3. Nabila Razali
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘peluang kedua’ ini tak pernah mengecewakan dari segi penampilan. Setuju tak? Wajah cerianya mencuri tumpuan ramai apabila peranti terbaharu Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang sentiasa dibawa sepanjang pentas fesyen ini berlangsung.
4. Izara Aishah
Dari hari pertama menyarungkan hijab, bekas finalis Dewi Remaja ini tetap dengan tudung labuh dan pakaian yang cukup selesa dengan imej muslimahnya. Hadir dalam sessi pertunjukkan pereka Alia Bastaman, Izara memilih rona putih dan pastel krim sungguh menjadi inspirasi untuk hijabi tetap bergaya.
5. Fazura
Pasti sepanjang melintas pentas KLFW raut wajah siapakah disebalik pelitup muka itu? Ya Fazura penghias muka hadapan majalah Hijabista edisi jawi. Siapa kata tudung bawal tidak boleh digayakan dipentas fesyen? Lihat sahaja pemilik jenama hijab Tudung Fazura ini, ringkas dan tetap bergaya persis patung Barbie versi wanita melayu terakhir. Hadir pada hari pertama dalam pentunjukkan pentas pereka Behati, Fazura tampil dengan busana jingga setuhan traditional dan busana moden pilihannya di pertunjukkan fesyen pereka FiziWoo yang cukup menarik perhatian umum.
6. Wany Hasrita
Wow! Selalunya kita akan lihat selebriti ini tampil bergaya di pentas juara lagu atau anugerah-anugarah hiburan. Wany tidak lepaskan peluang mewarnai pentas fesyen yang berlangsung sepanjang minggu.
7. Uyaina Arshad
Tampil elegan di malam penutup KLFW, Uyaina Arshad mengayakan busana Rizman Ruzaini serba hitam dengan sentuhan solekan yang padan dengan busana. Menjadi salah satu selebriti yang mengayakan peranti hebat dari Samsung Galaxy Z Fold 3, Uyaina tidak lepaskan peluang merakamkan momen indah ini dengan menggunakan peranti itu.
8. Bungaisme
Hampir tidak mengenali susuk tubuh sifashionista ini, namun gaya hijabnya sinonim dengan penyanyi Rap wanita yang sering memadankan baju kurung. Ya Bungaisme! Padanan warna hijau neon pada pertunjukan pentas pereka Behati, imej yang digayakan padan dengan usianya.
9. Cikmanggis
Gemar mengayakan baju ‘oversize’ setelah berhijab, Cikmanggis tampil tanpa trionya ahli kumpulan d’Fam di pentas KLFW 2021.
10. LittleMissKhan
Sama tapi tak serupa! Ya, kalau dilihat gaya hijabnya pasti ramai menyangka, pendua kakaknya Neelofa. Littlemisskhan hadir di KLFW dengan gaya hijab dan padanan busana Alia Bastaman yang cukup manis.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Padanan Hebat Untuk Pencinta Warna Biru, Jangan Salah Pilih Kalau Tak Nak Penampilan Nampak Hodoh
Ada pelbagai warna yang cukup memberi ketenangan dan salah satunya adalah biru. Namun jika salah padanannya akan menyebabkan pemakaian baju warna ini mencacatkan penampilan. Dalam posting Puan Mary seorang Perunding Imej Profesional di laman sosial facebook memberi cadangan padanan bersesuaian untuk digayakan bersama warna biru.
Menurut Puan Mary, ramai yang meminati warna biru ini kerana kajian menunjukan bahawa warna biru memiliki peminat paling ramai berbanding warna-warna lain.
Warna biru digambarkan sebagai warna yang memberikan efek ketenangan dan kedamaian.
Ayuh lihat apa padanan warna pakaian yang sesuai dipadankan dengan warna biru ini.
Idea 1 – Kombinasi cukup menarik
Idea 2 – Boleh juga disesuaikan dengan warna gelap.
Idea 3 – Kombinasi warna kontra turut menarik perhatian.
Idea 4 – Rona nude juga cantik digayakan dengan biru.
Idea 5 – Padanan rona pastel juga tampak bersesuaian dengan biru.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 #OOTD Che Ta Paling Meletop Buat Mata Netizen Tak Puas Memandang. Dipuji Penampilan Macam Anak Dara!
Melihat penampilan selebriti ini memang buat mata netizen tak puas memandang. Biarpun hanya sekadar di laman sosial, tetapi foto dipaparkan cukup terang dan jelas. Rozita Che Wan dikenali sebagai ratu selfie yang paling gemar dan rajin muat turut gambar #OOTD dengan pelbagai pose menarik. Bukan sekadar #OOTD biasa, tetapi penampilan selebriti ini lengkap dengan aksesori sebagai pelengkap gaya.
Malah busana yang digayakan juga semuanya cantik dan menarik dengan pilihan warna terang dan rekaan cukup memikat. Che Ta juga bijak mencari ‘angle’ menarik agar hasilnya memang meletop.
Bukan itu sahaja, #OOTD dimuat turun juga turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata memang menyukai gambar beserta kapsyen menarik.
Ayuh, kita jamu mata lihat *OOTD ibu kepada tiga cahaya mata ini. Sekali pandang persis anak dara dengan tubuh yang langsing dan senyuman paling manis.
#1. @dianasafiyya Sgt² cantik cheta
#2. @kapblr CheTa mmg cantik selalu pandang tk jemu
#3. @mimtahir Gorgeous
#4. @rozy_lover Cantik n ramping
#5. @ros.chu Mashallah beautiful assemble
#6. @yaya.sensei Omg i love yr outfit so much!
#7. @shaalhabshee1 Adorable Queen
#8. @nas.ida Sentiasa anggun.
#9. @ecahramli9020 Cantik giler!!!
#10. @zaizach Love ur bju so much
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZITA CHE WAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI