Lama kita tidak mendengar cerita pelakon pasangan kembar iaitu Ekin dan Aenn Rahmat. Pernah muncul bersama dalam drama Hanya Kawan tidak lama dahulu, penampilan mereka pada hari ini tetap kekal cantik dan ramping walaupun masing-masing sudah bergelar seorang ibu.

Sempat bertemu mereka di lokasi Zayan Marhaban, Ekin dan Aenn ternyata tidak lokek berkongsi rutin mereka untuk kekal menawan dan berseri.

Tips kecantikan anda berdua?

Sebenarnya tiada tips. Pakai apa yang bersesuaian. Yang penting sebelum tidur kena cuci muka bersih-bersih. Itulah tipsnya. Kalau nak kulit putih, bersih tiada jerawat, make sure sebelum tidur itu kena cuci sebersih-bersihnya.

IKLAN

Tapi tak semestinya produk itu mahal sesuai dengan kulit. Sebab kadang-kadang produk yang murah itu pun sesuai dengan kulit kita. Jadi, kalau dah rasa sesuai itu, murah atau mahal ke kita maintain sahaja dengan produk itu. Jangan tukar-tukar yang lain. Kulit kita ini berlainan jenis dan tak sama. Ada yang berminyak, kering dan juga kombinasi. Yang penting minum air masak banyak-banyak.

IKLAN

Apa pula tips yang diamalkan untuk kekal sihat dan ramping?

Untuk sihat, kami lepas hantar anak pergi sekolah memang ada join satu group yang buat aerobik, exercise dan Zumba. Memang itu rutin kamilah. Sangat baik untuk kesihatan. Sebab bagi kita kalau tak keluar peluh, rasa badan tak sedap sebab toksin tidak keluar dari badan. Jadi kita ada amalkan jugak produk kita iaitu Dip Dip Candy untuk membuang toksin dan juga lemak.

IKLAN

Apakah fesyen pilihan Ekin dan Aien? Hanya pilih pakaian yang mahal dan berjenama ataupun tidak?

Oh tidak! Baju murah pun kita pakai. Yang kita rasa sesuai bila kita pakai rasa kena dengan diri dan cantik. Bukan yang rasa tak selesa contohnya apabila angkat tangan rasa ketat dan sebagainya. Tak kisah harganya seperti 3 helai RM 100 ke atau 2 helai RM 50. Tak kisah, tiada masalah. Kalau sesuai, kita akan pakai.

https://www.instagram.com/p/BwzLza1DZJw/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI