Ahli perniagaan dan selebriti media sosial terkenal Vivy Yusof telah selamat melahirkan cahaya matanya yang ketiga siang tadi. Menerusi gambar yang dimuat naik oleh suaminya Fadza Anuar pada jam 4 petang yang lalu, isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Sarah Ilham Shah, nama indah yang diberi buat puteri mereka ini.

Alhamdulillah. Terima kasih untuk segala doa. Mommy (Vivy) berada dalam keadaan baik dan abang serta kakak sedang dalam perjalanan untuk menemui Sarah Ilham Shah.

Sehari sebelum melahirkan, Vivy sempat memuat naik video Vlog di akaun Instagramnya mengenai momennya menantikan detik kelahiran.

Tahniah buat Vivy dan Fadza sekeluarga! Moga Vivy terus sihat dan baby Sarah serta abang dan kakaknya iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah membesar menjadi anak yang beriman dan berakhlak mulia. InsyaAllah, ameen.

kredit : instagram @fadzaanuar,  @vivyyusof

Tinggalkan Komen