Photo by Edmond Dantès from Pexels

Bagi wanita, keadaan kulit wajah yang kusam dan berminyak boleh menjadi punca hilangnya keyakinan diri. Krisis yang boleh menjejaskan keyakinan diri ini boleh mencacatkan penampilan.

Ada juga yang bersikap acuh tidak acuh dengan mencuba satu persatu produk kecantikan wajah di pasaran tanpa mengenali sendiri jenis masalah wajah dan struktur kulit.

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Bagi mengetahui panduan mengenai penjagaan kulit supaya kekal cantik dan sihat dengan lebih tepat, setiap individu itu perlu mengetahui serba sedikit mengenai struktur kulit serta membuat sedikit kajian tentang sesuatu produk sebelum menggunakannya.

Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, perlu lebih selektif dalam memilih produk perawatan wajah. Jika tersalah pilih, kulit wajah akan mengalami alahan dan mungkin juga boleh menyebabkan masalah timbulnya jerawat.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Berikut dikongsikan beberapa pilihan produk untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.

Cadangan Produk Perawatan Wajah Untuk Kulit Berminyak

Cadangan produk perawatan wajah ini adalah langkah penjagaan asas kult wajah untuk langkah perawatan bagi mereka yang memiliki jenis kulit berminyak.

IKLAN

SECRET NATURE Volcanic Cleansing Foam

Dengan ekstrak kebaikan abu gunung berapi daripada kepulauan Jeju, serbuk arang, biji kacang soya, biji kacang bijan, buah beri hitam dan daun buah blackcurrant, pencuci ini mampu menyedut dan menarik keluar semua kotoran dan lebihan sebum. Ia tidak mengeringkan kulit wajah menjadikan kulit wajah sentiasa terhidrat dan lembap.

Yadah Oh My Sun Screen SPF35, PA++

Krim ini akan melindungi wajah daripada pembentukan jeragat, bintik hitam, kesan sunburn, tona tidak sekata, tanda penuaan awal dan kulit kusam. Sunscreen adalah produk penting di dalam rutin penjagaan wajah bagi anda yang aktif menyertai sukan atau aktiviti luar dan kerap terdedah kepada sinaran UV. Sunscreen ini memberikan kesan matte dan tidak melekit pada kulit. Ianya juga bebas minyak dan tidak menyumbat pori-pori supaya kulit sentiasa dapat bernafas.

IKLAN

Nano White Refining Treatment Toner

Penyegar wajah dari jenama Nanowhite ini juga mengandungi Witch Hazel yang berfungsi sebagai astringen bagi meminimumkan liang pori terbuka dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Kulit wajah anda akan bebas minyak dan terhindar dari jerawat.

Freeman Feeling Beautiful Sweet Tea & Lemon Peel-Off Clay Mask

Freeman mask sememangnya sangat mudah untuk digunakan dan tidak comot.Mask ini dapat membantu menyerap minyak pada kulit wajah dan memberikan kesegaran pada kulit yang letih. Dengan bahan yang terkandung di dalam mask ini seperti buah teh dan buah lemon, ia semestinya bagus untuk kulit anda. Ia kaya dengan antioksidan bagi memberikan wajah anda kekal segar dan pastinya menenangkan.

IKLAN

THANK YOU FARMER Miracle Age Repair Eye Cream

Krim ini amat sesuai untuk semua jenis kulit kerana walaupun formulanya mempunyai minyak Argan, ianya bersifat non-comedogenic yang tidak akan menyumbat pori. Krim ini akan membaiki bawah mata anda dan mencerahkan satu tona daripada kulit wajah anda.

SOME BY MI AHA BHA PHA 30 Days Miracle Serum (50ml)

Diperkaya dengan khasiat minyak Tea Tree, AHA, BHA dan PHA, serum ini amat sesuai untuk kulit berminyak dan berjeragat. Serum ini dapat membantu mengawal pengeluaran minyak dan membersih pori tersumbat kerana ianya akan membantu dalam proses pengelupasan sel kulit mati serta akan menghilangkan kesan jeragat dengan cepat.

HIJABISTA: Kulit berminyak juga agak sensitif. Oleh itu berhati-hatilah ketika memilih produk perawatan wajah yang sesuai. Jika boleh, dapatkan cadangan daripada doktor kulit jenis produk perawatan wajah yang sesuai digunakan. 

Sumber kredit: Productnation  Top image: Canva

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI