Pasangan selebriti media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina sering menjadi tumpuan ramai kerana kisah keusahawanan mereka yang begitu memberi inspirasi selain kisah percintaan mereka yang menarik sejak sebelum berkahwin lagi.
Terbaharu, video yang dimuat naik Hafiz di laman Instagram menjadi tular lagi kerana telah menghadiahkan isteri tercinta telefon pintar Iphone edisi terkini.
Jelas Hafiz di ruangan kapsyen, hadiah bukanlah keutamaannya namun kebahagiaan Aina adalah segala-galanya bagi dirinya.
“Abang takkan pernah buat awak menyesal kenal abang”
Petang ni, after settle kerja saje ajak dia minum petang. Kena pulak time hujan tadi, memang ngam sangat buat surprise
Ads
Saya selalu pesan dekat Aina. Hadiah ni semua bukan punca utama kita suami isteri happy, tapi abang nak awak tengok “effort” & “tanggungjawab” abang
Saya takut kalau isteri tak happy. Tiap bulan saya cuba check nafkah dh bagi belum, apa keperluan yg perlu saya sbg suami buat
Kalau dia bad mood, saya singgah je kedai bunga mana mana. Beli bunga & tulis surat, supaya dia tau isi hati kita & kita care dkt dia
Ads
Alhamdulilah dari dulu saya memang suka buat surprise dkt dia sebab saya suka tengok muka dia senyum & terkejut macamtu
Ada orang kata, “kau ni ikut kehendak bini je”
Oh tidak, isteri saya tak pernah meminta pada saya. Itu antara sebab saya suka surprise dia, dulu ikut kemampuan dulu. Sekarang ikut kemampuan sekarang
Ads
Apa yg penting, apa kemampuan saya ada. Saya akan ingat mama, Isteri & keluarga. Itu benda paling saya syukur
Bini kita, kita sayang dia. Allah pun akan sayang kita 🤍
Beruntung sungguh Aina dikurniakan pasangan seperti Hafiz! Oleh itu, sentiasalah hargai pasangan kita tidak kiralah dengan apa cara sekalipun. Tak perlu mahal, effort yang diberikan pun sudah cukup untuk menggembirakan hati seorang wanita!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kata orang, kalau dah jodoh pasti tidak ke mana. Pelbagai cara Allah SWT akan menemukan sesebuah pasangan itu. Seperti pasangan di antara penjual aiskrim dengan pelanggannya sendiri ini.
Baru-baru ini telah tular di Tiktok video ‘throwback‘ yang memaparkan momen bahagia mempelai ketika pertama kali bertemu sebagai seorang ‘penjual aiskrim dan pelanggan’. Difahamkan, video tersebut dirakam sendiri oleh kakak ipar pengguna akaun @walidsaffine pada tahun 2020.
Menerusi kapsyen pemilik video tersebut, dia menyatakan bahawa ikatan perkahwinan terjalin selepas ‘pelanggannya’ sering membeli aiskrim yang dijual.
“Siapa suruh beli aiskrim saya, kan dah kahwin dengan saya,” tulisnya di dalam video berkenaan.
Berkongsi cerita kepada Mstar, pemilik video yang bernama Abdul Walid Saffine itu berkata, dia sendiri tidak menyangka jodohnya adalah gadis yang sering membeli aiskrim yang dijualnya.
Pertemuan antara dia dan isteri, Nurulhuda Jamidi, 23, bermula selepas dia nekad berhenti bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.
“Pada masa itu, kawan-kawan juga ingin berhenti berniaga dan ingin menjual semua peralatan yang digunakan. Saya tak bercadang pun nak jual aiskrim, tapi sebab kawan saya nak berhenti berniaga, jadi saya membeli kesemua peralatannya dan mula menjual aiskrim menaiki motosikal.
“Pada masa sama, saya teringin sangat ingin menamatkan zaman bujang pada usia 24 tahun… tetapi tiada calon.
“Jadi saya cuba mencari pasangan dan salah satu platform yang digunakan ialah Facebook. Pada mulanya, saya berbual dengan semua wanita yang saya suka, jadi pada suatu hari pada tahun 2020, saya berhubung dengan wanita yang kini menjadi isteri saya.” ujar lelaki berusia 25 tahun itu.
Sering beri aiskrim percuma atau diskaun
Sambung cerita momen indah ketika mengenali isteri, Walid mengatakan bahawa isterinya sudah sedia maklum yang dia seorang penjual aiskrim. Bahkan, setelah mengenali isterinya, dia mendapati bahawa ternyata lokasi rumah mereka tidak jauh.
Disebabkan itu, dia mengambil peluang untuk mula menjual aiskrim di sekitar kawasan perumahan isterinya yang bertugas sebagai guru taska ketika itu.
“Saya jual aiskrim dan setiap kali lalu di kawasan perumahannya, dia akan beli aiskrim.
“Biasalah… apabila dah berkenan, saya akan beri aiskrim percuma atau diskaun,” luahnya gembira.
Beranikan diri untuk melamar
Foto Walid bersama isteri dan keluarganya
Selepas sering berhubung dan bertemu ketika menjual aiskrim, Walid akui telah memberanikan diri dan ‘membuka langkah’ untuk melamar isterinya.
“Lama-kelamaan saya cuba melamar dia dan tak sangka diterima. Apabila terima, makin keraplah saya lalu depan rumah dia… kerana masa tu saja saya dapat jumpa dan kami tak pernah keluar berdua pun.
“Perhubungan semakin serius apabila dia memaklumkan tentang hubungan kami berdua kepada kedua orang tuanya.
Dalam pada itu, Walid turut menzahirkan rasa syukur kerana keluarga mentua menerima dia dan pekerjaannya sebagai penjual aiskrim.
“Saya rasa bersyukur dengan penerimaan isteri dan keluarga sedangkan saya hanya penjual aiskrim. Malah ayahnya pernah berkata bahawa dia tidak peduli anak menantu kerja apa asalkan mencari rezeki halal.” katanya.
Foto Walid kini; berjaya membuka cafe sendiri
Kini, berkat hasil usahanya ketika menjual aiskrim, dia telah berjaya mengumpul duit untuk berkahwin dan telah membuka cafe sendiri, Smootea,Taman Tas pada 17 Disember lalu.
“…Ok, catat”
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘bersemut’ serta berseloroh ingin menjadi penjual aiskrim! Ada juga yang turut mendoakan agar bahtera yang dibina kekal hingga syurga. Video yang dikongsikan di akaun TikTok tersebut kini mendapat lebih 1.2 juta tontonan dan 100.9K kesukaan.
“Comelnye cara Allah temukan jodoh…”
“untung la..hari2 dapat makan aiskrim. Haha”
“tahniahhhh…semoga kekal bahagia selama²nya….inshaAllah”
“alhamdulillah… tahniah. moga kekal hingga ke jannah”
“betapa hebatnya RAHSIA ALLAH tu kan? alhamdulillah syukur dan tahniah”
Nama Siti Adira Suhaimi atau Adira merupakan figura yang tidak asing dalam imdustri hiburan tanah air dan tidak perlu diperkenalkan lagi kerana bakatnya sudah diakui semenjak dinobatkan sebagai Naib Juara menerusi satu program nyanyian yang popular dahulu.
Malah, setiap lantunan suara yang dilagukan oleh ibu kepada empat cahaya mata berasal dari negeri di bawah bayu ini, sering menjadi pilihan OST yang menghiasi drama-drama tempatan hingga adira mendapat jokan ratu Ost Malaysia.
Adira Mahu Tukar Karier Nyanyian Kepada “Politician?”
Terbaharu, Adira yang dilihat aktif memuatnaik kandungan (content) berunsur komedi menerusi laman sosial miliknya seperti Instagram, Twitter dan TikTok sering menjadi sorotan peminatnya dan warganet dek kerana kelucuan yang dipaparkan bersama anak-anaknya.
Namun, satu muatnaik video baru-baru ini memaparkan Adira yang sedang menghabiskan masa terluang dengan bermain filter ‘Which Job Suits You According To Your Face’.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah pekerjaan yang keluar dari filter iti menyatakan bahawa wajah Adira amat sesuai untuk menjadi seorang ahli politik.
Tanpa berlengah lagi, Adira terus ‘into character’sebagai Ahli politik di dalam video tersebut.
Malah, menurut Adira perkara pertama yang akan dilakukan sebagai ahli politik ataupun Yanh Berhormat (YB) adalah membetulkan jalan di Kundasang Sabah, bagi memudahkan dia dan keluarganya untuk pulang ke kampung.
Video berkenaan menjadi tular di laman tiktok, sekaligus meraih perhatian ramai. Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudahpun mencecah ribu tontonan dengan tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat respon yang ditinggalkan netizen terhadap hantaran Adira itu.
Rata-rata wargamaya membanjiri ruangan komen dengan menyatakan rasa terhibur melihat gelagat Adira dan ada yang berseloroh memintanya membaiki jalanraya di Sabah.
“Pigi simen dulu tu jalan sana Kundasang YB Adira” tulis mereka.
“Hati2 kak.. ada bung mokhtar nanti dalam parlimen.. berlawan kamurang siapa paling lawak dalam tu” kata mereka
“Dia lupa sudah ni dia penyanyi” tambah mereka
“Datin Adira, macam mana dengan perkembangan jalan raya di Sabah?” tanya mereka
Bagaimanapun, itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata diantata Adira yang rajin berinteraksi dan melayan kerenah peminatnya di TikTok yang terhibur dengan kelucuan yang dipaparkan Adira.
Tapi apa salahnya jika Adira berangan menjadi ahli politik. Siapa tahu angan-angan ini kelak menjadi kenyataan seperti Datuk Dira Abu Zahar.
Setiap tahun pasti kita semua tidak melepaskan peluang menyambut ulangtahun kelahiran masing-masing, meskipun usia semakin bertambah namun kita tetap mengabadikan moment itu dengan mengadakan sambutan hari lahir bersama orang-orang tersayang.
Namun berbeza bagi gadis ini, tahun ini merupakan ulangtahun paling istimewa bagi dirinya, kerana tanpa disangka-sangka ketika sambutan hari lahirnya itu, dia menerima kejutan dari ‘uncle’ meja sebelah semasa sambutan ulang tahunnya di restoran mencuri perhatian ramai.
Tak Sangka ‘Uncle’ Meja Sebelah Rupanya Penyanyi Lagenda Man Bai
Baru-baru ini, tular di laman Tik Tok video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun @frh_aqlh, memaparkan satu situasi yang tidak terjangka apabila, sebaik saja rakan gadis itu merakam dan ingin menyanyikan lagu birthday, uncle meja sebelah tiba-tiba menyanyikan lagu ‘Kau Ilhamku’.
Lebih menarik lagi apabila uncle berkenaan merupakan penyanyi lagenda, Man Bai yang popular dengan lagu yang dinyanikan itu.
Selain menyanyikan lagu yang pernah menjadi fenomena itu secara live, penyanyi lagenda itu juga turut mengambil kesempatan mengucapkan ucapan ‘Selamat Hari Ulang Tahun’ kepada gadis bertuah berkenaan yang memegang sejambak bunga sebelum tersipu malu.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen dan mendapati rata-rata wargamaya meluahkan rasa cemburu dan teruja situasi tersebut. Apatah lagi kini Man Bai jarang dilihat mewarnai kaca TV mahupun media sosial.
“The best birthday gift ever. I jealous” – Netizen
Selain itu, netizen turut menyifatkan situasi itu bakal menjadi ‘kenangan terindah’ serta hadiah paling bermakna buat gadis berkenaan. Tidak hanya duduk di sebelah penyanyi legend itu malah menerima ucapan ‘special’ darinya.
Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.
“Birthday gift paling mahal ni”
“Aww best birthday gift”
“Memori terindah yang tak kan dapat dilupakan..”
“Lain macam dik.. abang man bai pun sporting”
“Gila best woii, tuan punya badan nyanyi sendiri”
“Cuba kalau aku yang nyanyi.. security yang heret aku”
Kesempatan bertemu dengan pengacara dan pelakon cantik Uyaina Arshad pada acara sebuah majlis pertunjukan fesyen bau-baru ini membuka peluang kepada Hijabista untuk mencungkil rahsia...