Skrub wajah dan tubuh memberikan banyak manfaat pada kulit. Ia bukan hanya sekadar membersihkan kulit dari kotoran atau sel kulit mati yang ‘terperangkap’ pada liang-liang kulit tetapi pada masa yang sama memberikan sensasi kulit yang lebih bersih, halus dan lembut. Malah kulit jadi gebu dan glowing hanya dengan menggunakan skrub beras pulut dan rose bud.
Skrub kulit tubuh dan badan adalah salah satu bentuk perawatan eksfoliasi. Kulit akan kelihatan lebih sihat serta membantu kulit lebih anjal serta awet muda. Seiring dengan bertambahnya usia, proses penggantian sel kulit akan semakin perlahan maka kulit akan kelihatan kusam. Maka sebab itulah amat penting untuk kita melakukan perawatan skrub kulit wajah dan tubuh.
Gerakan menggosok dan mengurut ketika perawatan skrub dapat merangsang aliran darah. Ia mampu mempercepatkan penggantian sel kulit yang baru. Bukan itu sahaja, kulit juga mendapat bekalan nutrisi yang diperlukan.
Berikut perkongsian Siti Zainab JenJen tentang cara-cara membuat sendiri skrub di rumah. Skrub ini boleh dipakai untuk kulit wajah dan juga tubuh.
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – 4 sudu besar
Rose Bud – 2 sudu besar
Susu tepung – 1 sudu besar
Air mawar/Facemist Bunga Kampung Suzy Honey
CARA-CARA:
1. Kisar kering semua bahan, satu demi satu.
2. Kisar sampai jadi halus. Selepas itu barulah gaulkan dengan kesemua bahan yang lain.
3. Jika anda hendak pakai skrub ini pada kulit wajah, cukup dengan sesudu makan sahaja. Hanya tambahkan facial mist/air mawar.
4. Bancuh itu agak-agak tahap pekat mana dan senang hendak ditempek pada kulit wajah.
5. Apabila sudah sapu rata ke seluruh kulit wajah, biarkan selama 30 minit.
6. Skrub ini juga boleh dipakai pada kulit badan. Guna 3-4 sudu skrub.
7. Biarkan selama 30 minit. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulur dahulu sebentar. Gosok secara perlahan dan lembut.
8. Bilas dengan air sejuk. Pertama kali buat, anda sudah dapat rasa kulit rasa lembut sahaja. Paling penting kulit bersih dan glowing.
KHASIAT MASKER BERAS PULUT & ROSE BUD:
Glowingkan kulit
Awet muda
Hilangkan parut
Haluskan kulit
TAHUKAH ANDA:
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Manakala susu tepung pula memberi kesan mencerahkan dan melembabkan kulit.
BERAPA KALI HENDAK PAKAI?
Lakukan perawatan menggunakan skrub ini dua hingga tiga kali seminggu untuk hasil ‘superb glow’ dan cerah gebu.
Skrub kulit wajah dan tubuh amat penting bagi memastikan kulit lembut, bersih dan berseri. Tujuan utama perawatan skrub sama ada pada kulit wajah mahupun kulit tubuh ialah untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada pada kulit. Jika terlalu lama sel-sel kulit mati ini ‘bertapa’ pada kulit wajah mahupun tubuh lama kelamaan kulit akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Siapa tidak kenal pelakon jelita Nora Danish yang dahulu namanya berada dipuncak kerana memegang watak utama sitkom Puteri hingga tagline ‘Kita Enjoy’ menjadi fenomena di Malaysia.
Baru-baru ini, isteri kepada Mohamad Nedim Nazri berjaya menjadi sorotan wargamaya apabila dia memenuhi jemputan, menghadiri majlis ilmu di kediaman rakan artis, Betty Rahmad semalam.
Nora Tampil Manis Dalam Busana ‘Patuh Syariah’ Pemberian Arwah Sarah!
Ini demikian kerana, Nora kelihatan anggun dan menawan menggayakan persalinan sopan jubah berserta tudung dalam rona warna putih kekuningan. Hijabista difahamkan persalinan berkenaan merupakan hadiah pemberian arwah Siti Sarah Raisuddin kepadanya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi sebuah muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya. Jelas, Nora dia sememangnya berniat memakai persalinan pemberian arwah Sarah ke majlis-majlis ilmu, kerana ingin ‘menghadiahkan’ semula pahala dan mahu pahala terus mengalir kepada arwah.
“Jubah dan tudung pemberian arwah Siti Sarah. Memang niat nak pakai untuk majlis ilmu hari ni. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.
“Mari kita sedekah al-Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yang telah pergi meningggalkan kita,” tulis pelakon berusia 41 tahun itu.
Menerusi hantaran sama, dapat dilihat Nora memuagnaik beberapa keping gambar dia bersama tetamu lain. Malah, Nora turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar yang dikenali sebagai Ustazah Jiha kerana berkongsi ilmu serta doa.
“Terima kasih mu (Betty) atas jemputan ini dan terima kasih tau sebab selalu ingat kat ku. Terima kasih juga pada Ustazah Jiha di atas segala ilmu dan doa.
“Setiap kata2 masya-Allah sampai di hati, air mata tak berhenti mengalir. Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmatiNya,” kata Nora.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat respon warganet tentang perkara ini. Kebanyakkan netizen menyifatkan pelakon filem Polis Evo itu amat beruntung dikelilingi rakan-rakan yang sanggup menuntunya ke arah kebaikan.
Selain itu, netizen juga memuji penampilan Nora yang ‘patuh syariah’ dan menutup aurat dengan sempurna serta berharap agar suatu hari nanti Nora akan terbuka hati untuk istiqamah untuk menutup aurat sepenuhnya.
Bila cuaca panas ni selalunya tekak akan menjadi kering, ditambah pula apabila sedang menjalani ibadah puasa. Mesti sedap jika dapat basahkan tekak dengan Ais Krim Buah ala-ala yang dijual di Tanah Tinggi Cameron Highland tu kan?
Nak pergi Cameron jauh sangat, jadi apa kata anda buat sendiri sahaja di rumah! Bukan susah sangat nak membuatnya, hijabi hanya perlu membeli beberapa jenis buah-buahan. Di sini Hijabista kongsikan beberapa resepi dan cara membuat Fruit Ice Lollies yang berwarna warni, enak dan menyegarkan!
Mesti ahli keluarga yang lain pun suka, bila dapat basahkan tekak dengan pencuci mulut enak ini masa berbuka puasa nanti!
Serius, admin memang cemburu melihat busana yang digayakan oleh pelakon Fazura ketika menghadiri pelancaran jenama Coach terbaru di New York baru-baru ini. Cantik sangat!
Pelakon Hero Seorang Cinderella ini memang dikenali sebagai seorang selebriti yang cukup bijak bergaya. Apa jua disarung pada tubuhnya memang jadi perhatian netizen.
Lihat sahaja di laman IG miliknya yang berjumlah 3M, setiap gambar yang dimuat turun pasti akan mendapat respon sehingga mencecah ribuan ‘like’.
Selain Fazura, ada juga beberapa selebriti lain yang memang sering jadi perhatian follower mereka.
Mereka bagaikan melihat diari artis yang diminati untuk mengetahui perkembangan terkini, apa mekap dan stail yang digayakan setiap hari.
Lihat #OOTD 10 artis BERHIJAB ini yang bukan sahaja bijak bergaya tetapi sering menjadi perhatian para netizen di laman sosial.
Apa yang admin perhatikan, jika selebriti itu sudah bersuami atau mempunyai anak, gambar yang dimuat turun akan mendapat like hingga ada yang mencecah ratusan ribu like. Misalnya Hanis Zalikha dan juga Bella Dally.
Begitu juga dengan artis wanita muda yang meningkat naik seperti Wany Hasrita. Penyanyi muda ini nyata semakin diminati ramai. buktinya setiap gambar dimuat turun pasti mendapat komen cukup positif.
Memang tidak dinafikan, selebriti ini bagaikan idola untuk mereka lebih bijak bergaya dan yakin dengan diri sendiri.
Ada juga selebriti yang rajin berkongsi tip dan memberitahu jenama apa yang sedang mereka gayakan pada hari itu. Maklum apa yang digayakan mereka pastinya menjadi ikutan follower masing-masing.
Oleh kerana pelakon Laudya atau Bella baru sahaja berkahwin dengan Engku Emran, admin turut senaraikan dia antara artis berhijab yang mendapat respon cukup baik dari followernya.