Whitehead dan blackhead merupakan salah satu musuh utama wanita selain jerawat dan ia boleh memcacatkan wajah serta solekan. Siapa yang tak mahu memiliki wajah yang licin dan ‘flawless’ kan? Kedua-dua  masalah ini memang selalu menyerang bahagian wajah terutamanya bahagian zon T iaitu di bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini mudah berminyak serta ditumbuhi jeragat dan jerawat.

Kebiasaannya, cara mudah nak hilangkan kedua-dua whitehead dan blackhead ini adalah dengan menggunakan masker atau kertas khas yang dibeli dari farmasi.  Pelbagai masker pilihan yang mempunyai variasi bahan serta harga yang berbeza. Anda hanya perlu memilih mengikut keperluan kulit anda. Yang menjadi masalah apabila masker yang dijual di pasaran agak mahal harganya.

Memahami hal ini, Hijabista mahu kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan wang untuk menghilangkan whitehead dan blackhead. Jangan terkejut jika kami katakan anda hanya memerlukan bajet sebanyak RM0.40 saja! Macam tak percaya, tapi inilah petua yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Ini  perkongsian tips daripada Yanie Rosdi menerusi laman Facebooknya dengan cara yang lebih jimat dan mudah:

Cara Buang Whitehead & Blackhead Serendah RM0.40. Guna 2 Bahan Ini Saja!

Beginilah cara buang whitehead dan blackhead yang degil pada wajah anda. Hanya guna 2 bahan.

KREDIT: Facebook Yanie Rosdi

Bahan-bahan:

IKLAN

• Sebiji telur (diambil putihnya)
• 3 keping kapas muka

Cara-cara

Berikut adalah langkah membuang whitehead dan blackhead tersebut dengan jayanya.

1. Asingkan Putih Telur

KREDIT: Facebook Yanie Rosdi

• Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Gunakan yang bahagian putih sahaja.

2. Rendamkan Kapas

KREDIT: Facebook Yanie Rosdi

• Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.

IKLAN

• Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.

3. Wapkan Muka Dengan Air Suam

• Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.

4. Tepekkan Kapas

• Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.

• Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.

IKLAN

5. Angkat

KREDIT: Facebook Yanie Rosdi

• Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.

• Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.

Mudah & Murah. Tapi Cukup Berkesan

Mudah dan jimat, inilah tips kecantikan yang ringkas tetapi tetap mujarab. Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah. Jangan lupa kongsi dengan rakan anda yang lain. Selamat Hari Wanita!

SUMBER: Yanie Rosdi

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI