Sebenarnya banyak petua tradisional yang boleh digunakan untuk mencantikkan wajah. Bukan sahaja selamat kerana menggunakan bahan dapur, tetapi juga senang untuk dibuat. Salah satunya perkongsian seorang pengguna di laman sosial yang menggunakan sengkuang untuk tujuan memutihkan wajah.

Menurut lelaki ini buah sengkuang digunakan kerana kandungan Vitamin C yang banyak terdapat didalamnya dan berfungsi untuk mencerahkan wajah secara semulajadi. Dan seterusnya mengelakkan wajah jadi kusam.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak Cantik Kena Rajin, Buat Sendiri Masker Beras Pulut Dengan Susu Confirm Wajah Berseri

Kandungan Berkhasiat dalam Sengkuang

Sengkuang kaya dengan kandungan antioksida seperti vitamin C dan E, selenium serta beta-karotena yang pastinya memberikan manfaat dalam melawan radikal bebas. Malah, sengkuang juga mengandungi nitrate yang membantu peredaran darah dalam badan, juga inulin, sejenis prebiotik yang penting untuk kesihatan bakteria baik didalam badan serta beberapa lagi komponen berkhasiat yang lain seperti zat besi dan kuprum yang penting untuk kesihatan darah. Kecantikan dan kesihatan dalaman ya!

Mengandungi vitamin C baik untuk wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: Amalkan Masker Telur & Kunyit, Kulit Jadi Lembut & Licin. Jerawat Pun Dah Tak Muncul!

IKLAN

Cara selamat buat krim pemutih di rumah

BAHAN: 

  • 1 Biji Sengkuang
  • 1/2 Cawan beras

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kupas sengkuang dan buang kulitnya. Potong sengkuang bentuk dadu dan blender bersama dengan 1/2 cawan beras.

IKLAN

2. Jadikan masker dan pakai pada muka selama 15 hingga 20 minit untuk kering

3. Selepas tu cuci muka hampa menggunakan air sejuk hingga bersih

IKLAN

Selamat mencuba.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/_Or08f00E20

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI