Selain Berdoa Untuk Turunkan Berat Badan, Puasa Juga Amalan Paling Senang Nak Kurus. Rugi Tak Cuba 6 Perkara ini!

2591

Mempunyai berat badan yang ideal merupakan impian semua orang terutama bagi hijabi. Tubuh langsing menjadi dan mungkin juga merupakan satu kemestian bagi wanita. Tetapi tahukah anda bahawa dalam Islam juga ada menyatakan tentang diet ini. Dalam Islam tidak digalakkan melakukan diet yang keterlaluan kerana boleh mengganggu kesihatan.

Rasulullah bersabda “Sumber dari penyakit itu perut. Perut adalah gudang penyakit dan berpuasa itu ubatnya.” Dalam sabda ini tersirat bahawa umat Islam tidak boleh mempunyai perut yang terlalu gendut. Sebenarnya doa agar berat badan turun secara khusus tidak ada, Rasul tidak pernah mengajarkan doa untuk menurunkan berat badan.

Untuk menurunkan berat badan dalam Islam sebenarnya sudah diberikan solusinya iaitu dengan berpuasa. Puasa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menurunkan berat badan, cara ini tidak akan memberikan impak buruk bagi tubuh malah menyihatkan. Doa untuk menurunkan berat badan sendiri adalah pada diri sendiri memohon supaya kekal sihat. Ada beberapa tip untuk melakukan diet secara Islami.

Cara diet Islami dengan doa untuk menurunkan berat badan

1. Niat

Ketika anda akan melakukan diet, niatkan bahawa anda ingin mengurangkan berat badan supaya tidak obesiti. Dengan niat yang kuat pasti semua program diet dapat  dilalui dengan baik.

2. Berfikir langsing

Dengan berfikir jika bertubuh langsing, pasti  anda akan mendapat bentuk tubuh yang ideal. Berfikir untuk langsing ini juiga dapat mengubah mindset kita, bahawa badan kita akan langsing. Lama-kelamaan kita akan berusaha untuk memastikan tubuh kekal langsing.

3. Berpuasa

Cara ampuh untuk menurunkan berat badan adalah dengan berpuasa. Dengan melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Puasa sunat yang dilakukan secara rutin akan membuat tubuh anda kurus dan langsing. Meskipun demikian, tidak boleh berniat puasa supaya kurus, tetapi tetap hanya kerana Allah SWT.

4. Menjaga pola makan

Untuk mendapatkan tubuh yang ideal perlulah menjaga aturan makanan. Pilih makanan yang sihat seperti buah dan sayuran. Perbanyak minum air putih.

5. Berdoa

Ikhtiar terakhir adalah dengan berdoa. Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus tidak ada dan anda perlu menyebutnya sendiri agar dikurniakan tubuh yang kekal sihat dan cergas.

Doa untuk menurunkan berat badan secara khusus sebenarnya tidak ada, semuanya tergantung dengan diri sendiri. Setelah mempunyai niat dan tekad yang besar untuk menurunkan berat badan maka lakukan secara sihat dan baik. Perlu diperhatikan juga bahawa melakukan diet boleh saja ketika berat badan memang sudah over atau berlebihan, jika masih ideal sebaiknya tidak melakukan diet.

Kita harus bersyukur dikurniakan tubuh dalam apa jua saiz. Sama ada gendut, kurus ataupun sedikit berisi. Namun jika anda sudah merasa badan gemuk, memang disarankan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana berat badan berlebihan akan menyebabkan timbulnya pelbagai penyakit berbahaya dan juga boleh membawa maut.

Doa khusus untuk menurunkan berat badan boleh anda buat sendiri dengan kata-kata agar diturunkan berat badan dan insya-Allah nawaitu yang baik akan dimakbulkan doa oleh-Nya.[ ]

 

Tinggalkan Komen