Tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing memang begitu menitik beratkan soal kecantikan dan penjagaan wajah.
Hati memang rasa tak tenang kalau wajah yang sebelum ini elok tetapi menghadapi masalah kulit seperti breakout. Pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkannya bagi mengelak jadi lebih teruk.
Seperti perkongsian lelaki ini yang pernah mengalami masalah kulit wajah breakout akibat salah penggunaan produk. Mengalaminya ketika awal tahun dan kini dia berjaya memulihkannya setelah menggunakan produk bersesuaian.
Perkongsiannya di laman twitter menggunakan nama akaun @adamxfirdaus ini mendapat ribuan butang ‘like’. Malah komen netizen juga nyata teruja melihat dia yang berjaya mengatasi masalah kulit wajah serius dan akhirnya mendapat wajah yang flawless.
Sudah sembuh tapi masih perlukan improvement.
Alami breakout awal tahun ini akibat salah penggunaan produk.
Buat research untuk pulihkan semula wajah.
Mula-mula beli ubat hilangkan jerawat, tetapi tidak hilang semua.
Kemudian barulah beli produk penjagaan wajah yang sesuai.
Kemudian barulah beli produk penjagaan wajah yang sesuai.
- Cosrx Low PH Good Morning Gel Cleanser
- The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%
- Differrin Facial Acne Cream and Gel
- Origins Caffeine Vitality Brightening Moisturizing Curd Ginseng Cream
Setelah sebulan pakai masih belum ada perubahan.
Kemudian baru beli complete skincare.
- Aiken Tea Tree Oil Moisturiser
- NEUTROGENA Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser
- Hada Labo Premium Whitening Lotion
Dan tidak lupa sunscreen.
Lepas dua bulan, barulan nampak hasilnya. Muka dah jadi separuh muka bukan fully ketiak.
Bila wajah dah glowing barulah lebih confident nak selfie.
Inilah senarai lengkap produk yang digunakan.
Penggunaan produk sesuai untuk rawatan jerawat.
Perlukan bajet yang tinggi, tetapi tidak beli semua dalam masa sama. Pesannya boleh pergi jumpa dermatologist untuk elak pembaziran jika produk berkenaan tidak sesuai dengan kulit wajah.
Lagi satu pemakanan juga kena jaga. Yang penting minum air terutama air kosong dan juga rajin workout untuk keluarkan peluh.
Walaupun muka tidak flawless sangat dan jerawat masih ada parut, tetapi tidak seperti ‘muka ketiak’.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beruntung Yang Belum Bertemu Jodoh, Carilah 7 Ciri-Ciri Ini Untuk Dijadikan Suami
Semua wanita impikan lelaki beriman sebagai suami. Namun ramai wanita menyangka yang tugas mencari lelaki beriman sebagai calon suami ini susah. Jika ada pun sudah berkahwin dan ada anak. Ada juga dikalangan wanita ini yang masih keliru akan tanda-tanda seorang lelaki yang beriman. Sebenarnya ciri seorang lelaki beriman ini ada banyak dan salah satunya, dia berusaha menundukkan pandangannya.
Ciri-ciri lain untuk lelaki beriman ini adalah jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan amanah. Lelaki beriman ini dimudahkan cerita adalah lelaki yang mempunyai akhlak yang baik. Mereka juga tidak akan mudah mempercayai sesuatu perkara dengan mudah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
1. Carilah Lelaki Yang Menjaga Solatnya
Seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin seorang wanita haruslah seorang lelaki yang menjaga solatnya. Namanya manusia, solat adalah tiang agama. Sekiranya mereka seorang yang menjaga solat, pasti solat adalah keutamaannya. Bukan hendak mengatakan lelaki yang tidak menjaga solat ini kurang baik, tetapi solat adalah kewajipan setiap mukmin. Sekiranya mereka menjaga solat bermaksud mereka mampu membimbing anda ke Jannah bersama-samanya.
Bagaimana anda boleh menilai seseorang itu menjaga solatnya atau tidak sebab anda tidak tinggal satu bumbung?
Senang sahaja anda hendak menguji seseorang itu tunaikan solat atau tidak dengan ketika keluar bersama (WAJIB ditemani oleh seorang mahram yang sudah baligh) sekiranya masih tidak mengajak wanita menunaikan solat bermaksud, dia bukanlah seorang lelaki yang menjaga solat. Tetapi, wanita harus diingati untuk menguji lelaki jangan pula anda meninggalkan solat. Sekiranya, terlihat tiada respond daripada mereka untuk menunaikan solat andalah yang perlu mengingatinya.
2. Lelaki Yang Menghormati dan Menyanyangi Ibu Bapa
Sesungguhnya, lelaki yang sentiasa menghormati dan menyanyangi ibu bapa adalah lelaki yang akan sentiasa menghormati hak seorang yang bernama wanita. Bila sebut berkenaan penyanyang wanita akan berfikir lelaki tersebut “anak mak”. Kenapa sentiasa berfikiran seperti itu, tahukah wanita di luar sana syurga seorang lelaki adalah di bawah telapak kaki seorang ibu. Justeru itu, tidak salah sekiranya mereka menyanyangi ibu bapa mereka.
Kaum wanita perlu beringat, suatu hari anda akan bergelar ibu, mak, bonda, umi atau sebagainya. Adakah anda sanggup melihat seorang anak melebihkan isterinya berbanding seorang ibu? Seharusnya jawapannya tidak, jadi sekiranya anda tidak mahu anak anda melakukan perkara sebegitu janganlah anda melakukannya. Sesungguh lelaki yang menyanyangi ibu bapa adalah seorang lelaki yang penyanyang.
Lebih baik anda berkongsi kasih dan bermadu dengan ibu bapa mereka daripada anda berkongsi kasih dan bermadu dengan WANITA lain. Sesungguhnya mereka bukan “anak mak” tetapi adalah lelaki yang baik dan merupakan pilihan ramai yang sukar dicari. Percaya atau tidak, lelaki yang menyanyangi keluarganya akan menyanyangi anda sesungguhnya dan tidak akan mengabaikan wanita yang menjadi suri di hatinya.
3. Boleh Menjadi Imam Dalam Solat Fardu
Lelaki yang berani menjadi imam dalam solat fardu adalah suatu yang bonus. Lelaki adalah pemimpin, menjadi imam dalam solat fardu di rumah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri. Selain itu, solat berjemaah juga mampu menambahkan pahala untuk diri sendiri dan keluarga. Disebabkan oleh itu, mendirikan masjid bukan mudah tetapi ianya memerlukan ilmu untuk melayarkan bahtera rumahtangga itu sendiri.
4. Menjaga Ikhtilat
Sukar pada zaman kini untuk mencari lelaki dan perempuan yang betul-betul menjaga ikhtilat dalam ingin membina bahtera rumahtangga. Tetapi, sekiranya lelaki tersebut mampu menjaga ikhtilat semasa dalam sesi perkenalan maka dia adalah Mr Right anda. Tetapi perlu di ingatkan bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga ikhtilat, wanita juga perlu menjaga ikhtilat semasa dalam perkenalan. Menjaga agama adalah tanggungjawab bersama bukan pada sebelah pihak sahaja.
5. Lelaki Yang Berani Menegur Dan Boleh Ditegur
Lelaki yang berani menegur akan kekurangan wanita adalah seorang lelaki yang mahu menjadi pemimpin. Bagi lelaki, mereka berhak menegur seseorang wanita yang bakal menjadi suri dihatinya. Sekiranya mereka mampu memperbetulkan segala kekurangan anda dengan cara yang baik, maka mereka sebenarnya mampu memimpin anda ke arah kebaikan. Sekiranya, anda telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berani menegur dengan baik akan segala kekurangan anda, maka janganlah biarkan mereka terlepas.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Menjemput Jodoh Hampir Dengan Anda, Amalkan Ayat 36 Surah Yasin. Elok Amalkan Secara Istiqomah!
6. Sabar Dan Boleh Bertolak Ansur
Setiap wanita mahukan lelaki yang sabar dan bertolak ansur dalam setiap perkara. Justeru itu, lelaki yang sabar dan bertolak ansur ini adalah lelaki yang menjadi pilihan utama wanita. Sabar dan bertolak ansur bukanlah menunjukkan lelaki itu seorang yang soleh tetapi menunjukkan mereka adalah lelaki yang tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Walaupun ianya bukanlah 100% menunjukkan ciri-ciri lelaki soleh, tetapi ianya adalah ciri-ciri lelaki idaman wanita.
7. Bertanggungjawab Dan Amanah
Sekiranya lelaki tersebut bertanggungjawab akan kebajikan ibu bapanya, maka dia adalah seorang yang bertanggungjawab akan keluarganya. Tanggungjawab ini boleh dinilai melalui cara kerjanya, sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh amanah anda boleh menganggap beliau seorang yang bertanggungjawab.
Tetapi walaubagaimana sekali pun, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai melalui mata kasar. Ianya hanya boleh dilihat apabila wanita tersebut sudah mengenali lelaki tersebut.
Cintalah Kerana Allah SWT
Cinta itu manis dan cinta itu juga adalah satu perasaan yang didatangkan oleh Allah SWT di dalam diri setiap manusia. Namun sayangnya ada ramai manusia yang fokus jatuh cinta pada pasangan hingga terlupa yang cinta Allah SWT itu lebih suci, lebih indah dan lebih agung. Cinta itu perlu namun ingatlah yang cinta dengan niat kerana Allah SWT adalah lebih tinggi darjatnya. Dalam hadis, Abu Hurairah ra menyebut katanya, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenali Perbezaan Antara Menghidrat dan Melembapkan Kulit, Pakar Pesan Jangan Keliru!
Walaupun ia terdengar seperti perkara yang sama, keduanya berkongsi matlamat untuk memadamkan kulit yang kering dan terdapat perbezaan besar antara keduanya. Inilah yang pakar dermatologi ingin anda ketahui supaya anda boleh menggunakan produk yang paling sesuai untuk keperluan unik kulit anda.
Adakah Kulit Anda Kering atau Dehidrasi?
Adalah penting untuk terlebih dahulu memahami perbezaan antara kulit ‘kering’ dan kulit ‘dehidrasi’, kerana terdapat perbezaan. Kulit dehidrasi adalah keadaan sementara, di mana kulit kekurangan kandungan air. Kulit kering adalah keadaan di mana kulit menghasilkan jumlah lipid dan minyak yang tidak mencukupi untuk kekal lembap dengan betul. Menariknya, kulit boleh menjadi kering dan mengalami dehidrasi secara serentak.
Jika kulit anda dehidrasi, ia kekurangan air dan jika kulit anda kering, ia kekurangan minyak. Penghidratan ialah proses penyerapan air. Penghidratan sama dengan air dan kelembapan sama dengan minyak.
Pada tahap ini, kulit yang dehidrasi mendapat manfaat daripada bahan-bahan penghidratan yang membantu meningkatkan kandungan air dalam sel-sel permukaan kulit dengan menarik lembapan sama ada dari udara atau dari lapisan kulit yang lebih dalam. Walau bagaimanapun, kulit kering mendapat manfaat daripada bahan-bahan pelembap yang membentuk penghalang oklusif pada kulit kering, membantu ia memegang lebih banyak minyak dan kelembapan semula jadinya sendiri.
Bahan Penghidratan untuk Dicari
Untuk melembapkan kulit anda, cari bahan yang dikenali sebagai humektan, yang membantu mengumpul lembapan dalam persekitaran udara dan mengikatnya pada kulit, membolehkan sel kulit menyerap air dan kekal terhidrat, manakala asid hyaluronik adalah penghidrat yang baik. Contoh lain ialah aloe vera, gliserin, urea dan propylene glycol. Pakar juga menyatakan bahawa madu dan beberapa bentuk ekstrak/alga laut juga mempunyai sifat humektan.
Secara umum, humektan adalah lebih ringan dan terdapat dalam gel, serum dan losen. Ia boleh mencabar untuk memilih penjagaan kulit yang betul, jadi jika anda mengalami dehidrasi, kulit berminyak atau kombinasi, adalah sesuai untuk menggunakan penghidrat dengan bahan yang lebih ringan dan menambah air. Beberapa penghidrat kegemaran ialah Neutrogena Hydro Boost Water Gel dengan Asid Hyaluronik untuk Kulit Kering dan Glow Recipe Watermelon Glow Pink Juice Moisturizer.
Bahan Pelembap Yang Perlu Dicari
Bahan-bahan penjagaan kulit yang melembapkan, sebaliknya, biasanya dirujuk sebagai emolien atau oklusif. Sesetengah pelembap popular mempunyai minyak berasaskan tumbuhan, seperti minyak kelapa, minyak badam, mentega shea, mentega koko dan minyak jojoba. Bahan-bahan ini membentuk pengedap pada kulit untuk mengekalkan kandungan air di dalam sel anda daripada terlepas.
Bahan unggul seperti ceramides, squalane dan dimethicone juga merupakan emolien. Oklusif termasuk minyak mineral, lanolin, minyak kastor dan silikon. Kedua-dua bahan emolien dan oklusif boleh digunakan dalam pelbagai formulasi, daripada krim ringan dan emulsi kepada salap yang lebih berat. Jika anda terdedah kepada kulit kering dan mempunyai penghalang kulit yang rapuh, jenis pelembap yang lebih berat ini adalah optimum.
Pelembap terbaik di pasaran untuk atasi masalah kulit kering dan hidrasi
Dr Dennis Gross Vitamin C + LacticDewy Deep Cream
Krim pengisi semula ultra kaya yang dikuasakan oleh vitamin C untuk melembapkan secara mendalam dan mengubah kulit kering dan kusam dengan ketara. Lihat peningkatan yang ketara dalam garis-garis halus, kedutan dan keanjalan. Kulit yang lebih dewy dan lebih tegang. Vitamin C berfungsi dengan niacinamide, squalane, dan ceramides untuk memperbaiki tanda-tanda penuaan dan membantu menguatkan penghalang kelembapan untuk kulit yang licin dan kelihatan bermaya.
Neutrogena Hydro Boost Water Gel
Gel air bebas minyak yang ditawarkan dari Neutrogena ini terasa menyegarkan dan sejuk apabila digunakan. Jangan biarkan konsistensi ringan menipu anda, asid hyaluronik dan ekstrak zaitun jadikannya pilihan yang sangat melembapkan.
Laneige Water Bank Blue Hyaluronic Cream Moisturizer
Jenama K-beauty Laneige telah lama digemari kerana tawaran bebas minyaknya, dan yang ini tidak berbeza. Krim air berasaskan hyaluronik ini menghidrat sambil melindungi penghalang kulit.
Glow Recipe Watermelon Pink Juice Oil-Free Moisturizer
Emulsi gel ringan ini menggunakan ekstrak tembikai untuk menenangkan kulit manakala asid hyaluronik membawa air jauh di bawah permukaan. Ia juga berbau harum dan kelihatan sangat cantik duduk di atas meja solekan anda.
CeraVe Facial Moisturizing Lotion with SPF 30
Ramuan hero asid hyaluronik, ceramide dan niacinamides memastikan formula bukan komedogenik ini melembapkan sepanjang hari. Tambahan pula, SPF tambahan melindungi daripada sinaran berbahaya matahari.
Kiehl’s Calendula Serum-Infused Water Cream
Hibrid serum-pelembap unik ini penuh dengan ekstrak bunga calendula, yang membantu menenangkan kulit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cegah Jangkitan Virus Dengan 3 Makanan Sunnah Rasulullah. Amalkan Dalam Rutin Makanan anda.
Bagi umat Islam, berdoa, bersedekah, hingga memakan buah-buahan seperti kurma ataupun madu menjadi salah satu sunnah Nabi Muhamamd SAW agar terhindar dari pelbagai macam penyakit. Kurma merupakan salah satu makanan yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk menjaga stamina dan kesihatan tubuh.
Kurma Ajwa atau dikenal dengan kurma Aliyah, menurut Imam Ibnu Qayyim, merupakan kurma terbaik dari seluruh jenisnya. Bentuknya padat, agak keras dan kuat, namun kurma yang paling lazat, paling harum, dan paling empuk.
Sebagaimana Hadits aosulullah, Kurma Ajwa dianggap mampu menghidari seseorang dari bahaya racun dan sihir.
Dari Abu Huraira ra, ia berkata “ Rasulullah SAW bersabda, “Kurma Ajwah itu dari surga, di dalamnya tedapat penawar terhadap racun dan cendawan (kam’ah) adalah manni, sedangkan airnya adalah obat bagi mata,” (HR Imam At-Toirmidzi dalam Ath-Thib)
Dalam hadits lain, Aisyah RA, Nabi bersabda “Sesungguhnya dalam kurma ajwa dari daerah Aliyah ada obat atau itu Ajwa adalah anti racun di pagi hari.”(HR Muslim).
Amalkan Pengambilan 3 makanan ini dalam pengambilan makanan harian.
Dalam keadaan dunia dilanda satu wabak yang sangat berbahaya, anda dikehendaki menjaga sistem pemakanan agar imunisasi badan dapat melawan pelbagai penyakit. Jadikan 3 makanan sunnah rasulullah ini sebagai rutin pemakanan harian agar terhindar dari virus yang menular.
KURMA
Kurma sering dimakan oleh masyarakat Malaysia untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan. Kurma dipercaya memiliki khasiat untuk kesihatan, menambah kadar gula darah dan mengubati katarak mata. Sedangkan sari kurma dianggap boleh untuk mengubati demam berdarah, melancarkan buang air besar, sakit tekak, dan insomnia. Sedangkan pasta kurma apabila dicampur dengan madu dapat dijadikan ubat untuk mengatasi diet.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Ini Jadinya Dengan Badan Jika Ambil 3 Biji Kurma Setiap Hari Dalam Seminggu. Hasilnya Pasti Menggagumkan!
HABBATUS SAUDAH
Selain Kurma, Rasulullah juga memperkenalkan Habbatus Saudah atau biji hitam sebagai ubat kesihatan. Habbatus Saudah atau dikenal juga dengan sebutan jintan hitam dianggap oleh masyarakat sebagai ubat segala penyakit dan juga untuk menjaga sistem imun tubuh.
Dari Aisyah dari Khalid ibn Sa’id, ia berkata, “Kami keluar bersama Ghalib ibn Abjar, di jalan ia sakit. Saat sampai di Madinah ia masih sakit, Ibnu Abi Atiq menjenguknya lalu berkata kepada kami, ‘Mestinya kalian gunakan Habbatus Sauda ini, ambillah lima atau tujuh butir, tumbuklah, kemudian teteskanlah seperti minyak di sebelah sini dan di sebelah sini,” Aisyah pernah menceritakan kepadaku bahwa nabi Saw berkata, “Sesungguhnya Habbatus Saudah ini adalah obat segala penyakit, kecuali penyakit as-sam,” Aku bertanya, “Apakah as-sam itu?” Nabi menjawab, “Kematian.” (HR Bukhari).
Madu lebah
Madu merupakan makanan alkali (zat kimia yang menuetralisi asid atau membentuk garam), kerana mengandung potasium , sodium, kalsium, dan magnesium. Karena itu madu sangat berguna untuk menyeimbangkan kadar alkali dalam tubuh serta membersihkan tubuh dari zat asid yang menghilangkan kekuatan tubuh dan menyebabkan kelesuan.
Selain Jintan hitam dan Kurma, madu juga dianggap sebagai ubat alami untuh tubuh. Allah berfirman, “Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia,” (QS An-Nahl ayat 68-69).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI