Bagi mereka yang dalam misi menurunkan berat badan, oat sepatutnya menjadi pilihan terutama waktu sarapan. Oat membantu kita kenyang lebih lama. Oat adalah antara bijirin yang paling sihat. Ia adalah bijirin bebas gluten dan kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting.

Oat kaya dengan nutrien yang mengandungi thiamine, magnesium, phosphorus, zinc, manganese, selenium, dan iron.

Ikuti perkongsian coach diet Khairul_irfan.ft

SEBELUM BERDIET TU FAHAMI DULU JENIS-JENIS OAT.

Ramai yg berdiet dengan makan oat kan? Tp sebelum korang ambik oat korang kene kenali dulu jenis oat. Walau ia nmpak sama tp sebenar tak terutamanya dari segi pemprosesan dan kadar penyerapan. Terdapat 4 jenis oat yang korang kene tau.

IKLAN

1. INSTANTS OATS – Paling byk diproses dan teksturnya sgt halus dan berkrim bila dicampur air panas. Oat jenis nie boleh terus di makan.

2. QUICK OATS – Oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu di masak 1-2 minit sebelum makan.

IKLAN

3. ROLLED OATS – Oat yang sudah digelek tapi belum dimasak. Ia dipotong lg tebal dan ia memerlukan 5 minit utk dimasak.

IKLAN

4. STEEL CUT OATS –Paling kurang diproses. Oat jenis ini dipotong kasar dari biji oat. Bila dikunyah agak kenyal.

Kandungan semua nutrisi bg semua jenis oat hampir sama cuma yg membezakannya ialah KADAR PENYERAPAN.

Semakin halus oat semakin cepat penyerapan kedalam badan. Maka instant oat & quick oat paling cpt menyebabkan kadar penyerapan gula. Kandungan gula yg tinggi dlm darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis etc tapi boleh menyebabkan keradangan. Maka pilihlah rolled oat atau steel cut oat.

Sumber kredit: Khairul_irfan.ft

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI