Sumber mengatakan air nabeez ini kegemaran Rasullah SAW. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan minum air rendaman kurma itu pada waktu pagi.

Air itu Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembik itu, Nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez ini dikatakan sebagai sunnah Nabi.

Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

Elok minum untuk sahur esok. Insyaallah, perut mampu bertahan. Buat ini untuk sekali minum sahaja. Jangan simpan terlalu lama. Nanti masam sudah tidak boleh diminum lagi.

CARA-CARA:

IKLAN

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dalam 500 ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma sahaja. Kalau kismis, kismis sahaja.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

IKLAN

3. Sahur esok air itu sudah boleh diminum.

 

IKLAN

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan masa perut kosong.

 

Sumber kredit: ihsbaby Video by ida baharum Top image: Photo by Naim Benjelloun from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI