Wanita sememangnya cukup sinonim dengan kecantikan. Maka sebab itulah solekan tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Bersolek menjadikan hijabi tampil lebih yakin dan bersemangat. Namun timbul persoalan apakah hukumnya wanita memakai solekan selepas mengambil wuduk? Adakah sah solatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Tinggal Solat Walau Kena Buang Mekap Banyak Kali, Ramona Zamzam Dedah Sikap Mira…

Berikut perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi

“Bagaimana pula sebelum mekap (berhias) kita dah siap-siap ambil wuduk untuk solat (Misalnya akad nikah waktu zohor) lepas itu mekap. Adakah solat kita sah?”

Ok, jom semak jawapan.

IKLAN

Sah solat sekiranya bahan yang digunakan untuk mekap itu tidak diperbuat daripada sumber berunsurkan najis. Tak sah solat kalau semua bahan itu ada sumber diperbuat daripada bahan najis.

Sheikh Nawawi Al-Jawi berkata:

“Syarat sah solat yang kedua ialah bersih daripada najis yang tidak dimaafkan (لا يعفى عنها) pada baju iaitu pakaian yang dipakai, bersih najis daripada badan termasuk hidung, mata dan telinganya. Juga bersih najis daripada tempat solat yang mana jika ada najis boleh terlekat pada anggota badan atau pakaian.” [Rujuk Kasyifah Al-Saja Syarh Safinatunnaja, halaman 119]

IKLAN

1.Batal wuduk kalau tersentuh pak andam nyah lembut aw aww yang meriaskan wajah. Tak payahlah susah payah upah mak andam ke pak andam ke ya. Suruh je adik, akak atau makcik touch-up sikit-sikit. Simple dan natural cukup. Jimat duit.

2.Batal wuduk jika terkentut sebelum sempat solat. Mana tau nervous nak akad nikah punya pasalkan. Dah batal, kalau mekap nipis oklah boleh berwuduk balik. Kena yang macam Opera Peking, mau subuh esok baru siap. Hehe.

Ok, harap jelaslah ya. Apapun, elakkan bertabarruj (berhias berlebihan) sebab ia berdosa dan haram. Biarlah simple sudahlah. Nak kahwin dan tunjuk kecantikan pada suami kan? Bukan pada Tok Qadi.

IKLAN

Apapun, kecantikan asli itu lebih indah. Hindarkan penipuan yang keji.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersihkan Solekan Dengan 15 Makeup Remover Wipes Terbaik Untuk Semua Jenis Kulit wajah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI