Sebagai umat islam, kebersihan ada sesuatu yang sangat penting. Islam sentiasa mengajar kita untuk menjaga kebersihan. Anda semua tahu tak ada doa yang boleh diamalkan ketika mahu memberus gigi?

Sumber gambar dari Buletin Fm

Kebersihan merupakan asas kepada kesihatan. Jika anda sentiasa dalam keadaan bersih, kesihatan anda akan terjamin. Perlu diketahui bahawa membersihkan badan seperti mandi, bercukur, menggunting kuku, dan bercukur adalah amalan sunat Islam. Amalan-amalan ini ada hikmahnya kerana ia dapat menjaga kesihatan, mengelak daripada dijangkiti pelbagai penyakit, dan yang paling penting mengamalkan Sunnah Rasulllah SAW.

Allah SWT juga menyukai orang yang mensucikan diri. Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.”

(Al-Baqarah ayat 222)

Artikel berkaitan: Doa Tidak Dimakbulkan Sebab Diri Sendiri. Di Mana Silapnya?

Bukan sahaja penjagaan badan, penjagaan mulut juga penting ya. Dua amalan berkait rapat dengan penjagaan kesihatan mulut ialah berkumur kumur dan bersugi. Bersugi adalah kata nama lain bagi memberus gigi. Bersugi adalah perbuatan membersihkan gigi dan mulut menggunakan sesuatu yang kesat.

IKLAN

Alat-alat untuk bersugi Nabi Muhammad SAW menyarankan umatnya agar menggosok gigi lima kali sehari. Menurut Syariah, aktiviti memberus gigi mempunyai kebaikan peribadi, sosial dan kesihatan. Setiap hari, anda pasti sering berkomunikasi dengan orang lain. Bayangkan anda sedang bercakap dan nafas anda berbau busuk, mesti orang lain tidak selesa. Oleh itu, penting untuk setiasa menjaga bau mulut anda dengan memberus gigi.

Waktu-Waktu Yang Disunatkan Memberus Gigi

Meninjau perkongsian theinspirasi, terdapat waktu yang disunatkan bersugi iaitu:

  • Sebelum mengambil wudhuk
  • Apabila hendak melaungkan azan
  • Apabila hendak membaca al-Qur’an
  • Sebelum mendirikan solat
  • Sebelum dan selepas bangun dari tidur
  • Selepas makan
  • Ketika mulut berbau

Hikmah Memberus Gigi

Terdapat banyak kebaikan ataupun hikmah bersugi, di antaranya adalah:

  • Mendapat pahala daripada Allah
  • Perbuatan yang diredhai oleh Allah
  • Dapat menjaga kebersihan gigi dan mulut
  • Memutihkan gigi
  • Menyegarkan bau mulut
  • Mencegah gigi daripada kerosakan seperti berlubang
  • Dapat menjaga kesihatan mulut dan gusi
  • Dapat memberi keyakinan diri
Sumber gambar dari google

Langkah Memberus Gigi Yang Betul

Anda perlu mempraktikkan cara menggosok gigi yang betul, ini adalah garis panduan yang disarankan oleh Persatuan Pergigian Amerika (ADA);

IKLAN

1. Condongkan berus gigi pada sudut 45 darjah ke gusi.
2. Gerakkan berus gigi ke hadapan dan ke belakang dalam gerakan perlahan.
3. Berus gigi luar dan dalam dan beri perhatian lebih kepada geraham yang digunakan untuk mengunyah. Adalah sangat penting untuk membersihkan permukaan dalaman gigi supaya tiada sisa makanan.
4. Condongkan berus gigi secara menegak dan gerakkannya ke atas dan ke bawah semasa memberus bahagian hadapan gigi.
5. Pastikan semasa memberus anda memberus lidah dan membersihkan garis gusi.

Sumber gambar dari google

Doa Memberus Gigi

Berikut adalah doa berus gigi yang boleh anda amalkan ketika memberus atau menggosok gigi.

اَللَّهُمَّ بَيِّضْ بِهِ أَسْنَانِيْ، وَشُّدّ بِهِ لِثَاتِىْ، وَثَبِّتْ بِهِ لَهَاتِيْ، وَبَارِكْ لِيْ فِيْهِ ياَ اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Allāhumma bayyidh bih asnānī, wa syudda bihī litsātî, wa tsabbit bih lahātī, wa bārik lī fīhi, yā arhamar rāhimīn.

IKLAN

Maksudnya: “Ya Allah, putihkanlah gigiku, kuatkan gusiku, kuatkan rongga tekakku (faring) dengan pembersih gigi (siwak/menyikat gigi). Berkatilah aku melaluinya, wahai Dzat Yang Maha Pengasih.” Doa ini dinukilkan oleh Syeikh Ibrahim Al-Baijuri, Hasyiyatul Bajuri, (Beirut, Darul Kutub Al-Ilmiyyah: 1999 M/1420 H), juz I, halaman 84.

Dengan mengamalkan sunnah Nabi iaitu memberus gigi, bukan sahaja pahala, malah kebersihan dan kesihatan anda juga lebih terjaga. Oleh itu, pastikan anda memberus gigi setiap hari ya. Nanti kalau nafas berbau busuk kan malu!

Artikel berkaitan: Doa Memohon Kesucian Jiwa, Jom Amalkan Setiap Kali Mengangkat Tangan Berdoa Kepada Allah

Sumber: Liputan 6

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=5GpPS76Rb_E&list=PLwTVJflD5bmE1XTPKBdcOYPwqHbRS0QJe

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI