Merujuk kepada International Food Information Council 2013, sarapan boleh meningkatkan metabolisme manakala pengambilan sarapan sihat akan meningkatkan metabolisme dan membuatkan tubuh bekerja lebih keras selepas semalaman tanpa makanan.

Namun tidak dapat dinafikan, ramai individu tidak mengambil sarapan disebabkan kesuntukan masa dan ada pula langsung tidak berminat menjamah makanan kerana sudah terbiasa dengan perut kosong setiap pagi. Ada juga yang langsung tidak mengambil sarapan kerana sedang berdiet.

Bersarapan selepas bangun tidur sebelum jam 10 pagi membuatkan badan dan otak lebih segar kerana tubuh menerima semua nutrien dan tenaga diperlukan untuk mendapatkan prestasi optimum sepanjang hari. Siapa kata mereka yang sedang berdiet tidak perlu ambil sarapan? Yang penting makan makanan yang sihat. Berikut menu sarapan yang dikongsikan oleh SuzyHoney melalui Facebooknya.

Resipi sarapan ini pernah dikongsi oleh Dato’ Siti Nurhaliza masa berpantang dahulu:

Disebabkan ia terlalu sedap, lembut, manis dan sesuai sangat untuk ibu berpantang, jadi akak buat lempeng oat versi SuzyHoney untuk rujukan adik sayang akak semua.

Jom masuk dapur akak.

IKLAN

BAHAN A:

  • 1 1/4 cawan QuakerOat (instant)
  • 1/4 cawan Horlick
  • 1 cawan Susu Segar
  • 1 camca besar Madu
  • 1/4 cawan Kismis
  • 5 biji Buah Kurma (di buang biji dan di siat-siat)

BAHAN B:
Sedikit minyak (anggaran 1 camca kecil untuk setiap keping semasa proses membakar)

CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati.
2. Perap selama 10-15 minit supaya oat dapat kembang dengan baik dalam cairan susu. Adunan ini biasanya tak pekat sangat. Sederhana saja.
Elakkan terlalu pekat, ia buat texture lempeng jadi keras bila dah siap masak. Cair sikit pun okay, bagi memudahkan alih.
3. Panaskan kuali non-stick (kuali biasa kemungkinan melekat kerana adunan lembut).
4. Sendukkan 1 senduk-kecil adunan kedalam kuali dan ratakan.
5. Agak-agak dalam 30 saat, letakkan sedikit minyak disekeliling lempeng. Kemudian, angkat tepi-tepi lempeng supaya minyak masuk dibahagian bawah. Ia bagi memudahkan proses kalian nak terbalikkan tu.
6. Untuk mengetahui samada lempeng telah membeku dan boleh dibalikkan, cuba sendengkan kuali, jika ia boleh bergerak-gerak dalam kuali, baru terbalikkan.
7. Bakar sehingga keemasan dan boleh diangkat untuk dihidangkan.
8. Siap dan sedia untuk dimakan. Memang sedap! Sukatan resipi ini boleh hasilkan 6-7 lempeng sebesar tapak tangan.

VISUAL BERGAMBAR CARA MEMBUAT:

IKLAN

Ini bahan-bahannya asas ya untuk adunan.

Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk dan digaul sehingga sebati.

IKLAN

Gaulkan seperti ini pelahan-lahan. Perap selama 10-15 minit supaya oat dapat kembang dengan baik dalam cairan

Sendukkan 1 senduk-kecil adunan kedalam kuali dan ratakan. Agak-agak dalam 30 saat, letakkan sedikit minyak disekeliling lempeng. Kemudian, angkat tepi-tepi lempeng supaya minyak masuk dibahagian bawah. Ia bagi memudahkan proses kalian nak terbalikkan tu.
Bakar sehingga keemasan dan boleh diangkat untuk dihidangkan.

Inilah hasilnya. Berkhasiat dan mengeyangkan. bagus sangat untuk hijabi yang sedang berdiet, malah diamalkan ketika berpuasa. Oat serat yang mampu memberi tenaga sepanjang hari.

Sumber kredit: Facebook SuzyHoney dan Instagram ctdk

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI