Ada orang setelah bertahun alami wajah breakout barulah ia kembali pulih. Tapi ada juga yang hanya ambil masa hanya beberapa bulan sebelum wajah yang dulunya bermasalah sebab jerawat, pulih setelah memakai produk bersesuaian.
Seperti perkongsian gadis ini yang sebelum itu ada mengalami masalah kulit wajah. Tetapi setelah mengamalkan cara penjagaan yang betul dan memakai produk sesuai akhirnya kulit kembali flawless.
Namun menurutnya, dia membuat rutin penjagaan harian tanpa skip berterusan selama 5 bulan. Biarpun masih ada lagi kesan parut, tetapi ia lama kelamaan makin pudar.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang membuat thread di laman sosial twitter menggunakan nama akaun @sepetismine.
Semoga perkongsiannya ini dapat memberi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang turut mengalami masalah sama. Lebih-lebih menjelangnya sambutan Syawal yang tak sampai dua minggu lagi ini.
Selepas 5 bulan, wajah akhirnya makin hari makin elok.
Inilah produk penjagaan kulit wajah yang dipakai.
Rutin harian setiap hari tanpa skip.
Ini pula yang dipakai untuk hilangkan blackhead atau jerawat pasir. Jerawat jadi kecut.
Setiap kali cuci muka gunakan sekali dengan silikon ini. Lepas bilas muka jadi bersih.
Diamalkan selama 5 bulan dan pesannya jangan cepat give up.
Contoh teladan untuk hijabi di luar sana komited jaga kulit wajah masing-masing.
Ini caraya untuk apply moisturiser dan sunscreen.
Cara apply aloe vera biar meresap dalam kulit.
Ada alergik, so pemakanan memang kena jaga. Kulit wajah juga alahan dengan debu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bimbang Virus Covid-19 Menular, Umat Islam Dan Waris Pesakit Dianjurkan Solat Jenazah Ghaib Untuk Si Mati.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut , menyarankan seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus (Covid-19) digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.
“Tiap-tiap yang hidup pasti menemui kematian, maka berlaku ujian kita iaitu kematian akibat Covid-19. Jadi, saya mencadangkan selepas kita semua mengetahui ada kematian (akibat Covid-19) dan telah pasti dikebumikan mayat itu, maka semua umat Islam digalakkan menunaikan sembahyang jenazah ghaib di rumah masing-masing untuk si mati disebabkan Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh berkata, walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.
“Bayangkan kalau kematian biasa, biasanya yang hadir (melakukan solat jenzah) hanya paling tinggi 200 orang dan jarang sekali sembahyang ghaib, tetapi apabila berlaku kematian disebabkan Covid-19, apa kata umat Islam di Malaysia bersembahyang jenazah untuk si mati ini… pahalanya berganda-ganda,” katanya.
Beliau turut menasihati waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 supaya bersabar dan tidak berpanjangan dalam bersedih kerana kehidupan mesti diteruskan sepanjang temubual bersama Bernama.
Solat Jenazah Secara Ghaib
Solat jenazah secara ghaib adalah solat yang dilakukan apabila jenazah tidak berada di sesuatu tempat sama ada kerana jenazah tersebut berada jauh atau kerana sebab lain seperti mayat tidak dijumpai kerana lemas atau musnah dalam kecelakaan.
Pensyariatan solat jenazah ghaib ini dilakukan bersandarkan kepada riwayat oleh Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke tempat solat, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” (Riwayat Al-Bukhari, no.1245 dan Muslim, no.951)
Syarat Solat Jenazah
- Solat jenazah dilakukan di negeri berlainan dengan negeri di mana jenazah berada.
- Solat jenazah secara ghaib dilakukan setelah mayat dimandikan.
Waktu Solat Jenazah Ghaib
Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari.
Mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya untuk melakukan solat jenazah secara ghaib ke atas mayat tersebut.
Cara-Cara Solat Jenazah
Cara solat jenazah secara ghaib sama sahaja dengan solat jenazah biasa.
- Takbiratul ihram (dikira takbir yang pertama) sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala”
- Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian baca Al-Fatihah.
- Bertakbir kali kedua, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Boleh dibaca selawat ke atas Nabi SAW, namun selawat yang afdal ialah selawat Ibrahimiyyah (seperti dalam tahiyat).
- Takbir kali ketiga, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Baca doa untuk jenazah.
- Takbir kali keempat. Selepas takbir dibacakan doa di bawah.
- Memberi salam ke kanan dan ke kiri sebagaimana dalam solat fardu (cuma dalam keadaan berdiri).
Sekalipun kita tidak berkesempatan untuk hadir untuk bersolat jenazah kerana faktor jarak yang jauh atau pun keadaan tidak mengizinkan (bimbang jangkitan virus menular), tetapi kelonggaran dan kemudahan yang dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah secara ghaib boleh dimanfaatkan.
Solat dan doa lah yang menjadi penghormatan terakhir yang boleh dilakukan kepada orang yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.
Rujukan: Panduan Mengerjakan Solat Khas Yang Disediakan oleh UNISZA
SUMBER: Bernama & TZKRH
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hijabi Ini Kongsi Tips Elak Kecut Jari Jemari Musim Sejuk Di Tanah Suci Yang Boleh Ganggu Perjalanan Ibadah.
Mengerjakan umrah di masa sekarang tidak seperti zaman atuk dan nenek kita. Apatah lagi dari segi kemudahan dan pengangkutan juga berlainan dan amat berbeza. Jikalau dahulu kapal laut menjadi pengangkutan rasmi para jemaah, tetapi kini pelbagai syarikat penerbangan menawarkan perkhimatan pengangkutan unuk Jemaah yang berkunjung di tanah suci.
Hujung tahun antara fasa yang menarik menjadi kunjungan para Jemaah ke tanah suci Mekah dan Madinah. Meskipun kemudahan sudah bertambah mode nada juga perubahan yang ketara apabila mengunjungi tanah suci. Ramai para Jemaah mengerjakan umrah berkongsi bahawa cuaca di hujung tahun lebih sejuk dari biasa.
Ikuti perkongsian Hadayah Ahmad persediaan awal Jemaah untuk mengerjakan umrah hujung tahun di dalan entri facebook.
Alhamdulillah! Genap sebulan kami pulang dari Haramain. Pun masih rindu!
Khabarnya cuaca di Mekah kini mencapai 13 darjah celcius dan Madinah sekarang berada pada 8 darjah celcius. Lebih-lebih lagi bila waktu malam dan subuh. Sejuknya sampai ke tulang! Sampai kecut jari jemari! Semakin hari semakin sejuk sehingga Mac 2020 ini.
Betullah tu, apa-apa pun nikmat Allah. Rezeki buat kita juga yang belum Allah rezekikan merasa musim sejuk kat negara 4 musim yang lain, untuk dapat rasa musim sejuk kat Haramain. Kan?
Asbab perihatin pada sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah pada musim sejuk ni, berikut adalah senarai barang-barang yang saya cadangkan mesti bawa dalam beg masing-masing untuk kesihatan, keselesaan dan keselamatan kita sepanjang di Haramain.
1. Baju sejuk.
- Bawa dan pakai baju sejuk yang tebal yang ada kat rumah tu. Usah ‘under estimate’ musim sejuk dekat Arab Saudi ni. Walaupun kita maklum ia lebih dikenali sebagai tempat yang panas sebab ia negara padang pasir, tapi bila musim sejuk, dengan siap berangin lagi, sejuknya memang tak boleh bawa bincang! Menggigil!
- Jadi, macam mana tebal pun kulit kita kat Malaysia ni tolonglah! Masa di Haramain waktu musim sejuk ni, tolong pakai baju sejuk untuk kesihatan diri. Bimbang kat sana kita kuatkan diri ok. Balik nanti, macam-macam penyakit boleh dapat. Tambah pulak dengan keadaan kita letih musafir, usaha pulun ibadah dan tak cukup tidur kan?
- Ada satu lagi tip. Untuk yang ada bajet lebih lah ni. Kalau tak nak pakai baju sejuk tebal, boleh usha kat kedai sukan untuk beli ‘thermal clothes’. Ia boleh bantu panaskan badan kita. Kita ikhtiar je mana yang mampu.
2. Bawa dan pakai sarung tangan.
- Yang paling bagus yang Thermal Glove juga. Tak cukup bajet? Takpe. Tak wajib pun beli yang mahal. Beli yang tebal kat Daiso RM 5 pun dah ok. Bila angin dingin kat sana bertiup nanti, baru kita tahu macam mana sejuknya cuaca kat sana. Rasa beku tangan dan kaki.
- Tidur pun sebaiknya pakailah stokin tebal walaupun berselimut.
3. Hand warmer.
- Ini ilmu baru saya belajar daripada ibu jemaah saya. Terima kasih banyak-banyak.
- Dua kali dapat ihsan pek ‘hand warmer’ daripada mereka. Best! Dapat bantu saya panaskan tangan dan muka. Beli di Daiso juga katanya. Rugi saya tahu lewat tentang ‘hand warmer’ ni. Rasa nak balik Malaysia je gi beli banyak-banyak untuk kongsi dengan jemaah lain. Hmm takpe. Benda ni akan masuk senarai ‘gajet wajib bawak’ untuk trip umrah musim sejuk kami tahun-tahun akan datang! Lain kali bukan setakat hand warmer, body warmer pun saya beli nanti
4. Stoking tawaf dan saie.
- Serius! Dalam cuaca sejuk macam ni, nak pijak lantai masjid pun rasa ngeri bila hanya pakai stokin biasa. Lebih-lebih lagi pada kawasan yang berhawa dingin! Sejukkk!
- Jadi, pakailah stokin tawaf dan saie yang tapaknya lebih tebal dan ‘anti slip’ untuk keselesaan kaki kita yang nak pakai banyak tenaganya.
5. Pencuci & pelembab muka
- Ini penting untuk pelihara kebersihan & kelembapan kulit muka kita. Tidak kira waktu musim sejuk macam sekarang atau pun musim panas di Haramain. Dua ni memang bff saya sewaktu kerjakan haji (musim panas tahun 2017) dan setiap kali pergi umrah.
- Bila muka kena angin sejuk tu, kulit muka kita akan terdedah dengan habuk, kotoran dan pasir halus yang lekat di muka. Ia juga jadi lebih mudah kering. Rasa tegang sangat kulit muka. Sakit rasanya bila kita biarkan tanpa beri dia perlindungan! So cuci sebersihnya dan spray pelembap muka dengan kerap ya! Boleh cari di ‘drugstore’ ikut bajet dan pilihan anda.
6. Pelembap bibir.
- Ini pun wajib bawa. Bibir kita akan mudah kering sepanjang kita di Haramain. Tak kiralah waktu musim sejuk atau pun panas. Nak cakap pun payah. Jika tidak diberi perlindungan, kulit bibir boleh terkopek dan akhirnya berdarah. Sakit tu!
- Jenama yang orang selalu beli ialah vaseline. Ikutlah selera dan bajet masing-masing juga.
- Pilihan saya? Lipmoist Rosella Naturel Kiss. Bebas bahan toksik! Selamat Insyaallah!
7. Losyen badan
- Ha yang ni pun wajib bawak tak kira musim juga.
- Bila musim panas, kulit kita akan mudah kering, rasa tegang dan jadi macam bersisik. Sakit rasanya.
- Bila musim sejuk macam baru ni, kulit lebih mudah kering, rasa tegang dan muncul pulak bintik-bintik merah kat kaki.
- Paling tak tahan, bila kita pakai stoking kaki dan tangan warna hitam, kita buka je stoking, kita akan dapat lihat ada bintik-bintik putih kat stokin kita. Ingatkan apa. Rupanya itulah cebisan kulit mati yang tanggal sendiri daripada kaki kita. Bila kita gosok je tangan kat kaki atau tangan, uish kulit tu boleh tanggal dengan sendiri tau.
- So bayangkan jika kita tak pakai langsung losyen? Jadi buatlah pilihan bijak.
Rasanya itu saja dulu perkongsian kali ini. Insyaallah lain kali kita kongsi-kongsi lagi. Semoga bermanfaat untuk semua.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
13 Eye Mask Ini Yang Mampu Mengembalikan Keremajaan Kulit Rugi Anda Tidak Milikinya
Aktiviti yang padat dan tentunya semakin bertambahnya usia dapat membuat mata anda tampak sayu, kusam, dan tidak terlihat segar. Hal ini juga boleh menimbulkan lingkaran hitam, kantung mata, hingga kerutan pada kulit di sekitar matamu. Jika tidak cepat ditangani, permasalahan ini dapat mempunyai kesan pada proses penuaan awal!
Manjakan salah satu kawasan yang paling halus di muka dengan topeng tidur yang dibuat khas untuk kawasan mata. Ia membantu untuk mencerahkan mata panda, yang membantu mengembalikan kesegaran mata tanpa sebarang solekan.
Cara Memilih Eye Patch Mask yang betul
1. Pilih produk yang mengandung pelembab
Semakin bertambahnya usia dan banyaknya aktiviti yang dilakukan, mata akan mudah terlihat letih dan kulit di sekitar mata pun akan terlihat kusam. Hal ini disebabkan kulit di area mata sangat nipis dan mudah kering sehingga mempunyai kesan pada terpapar mata yang tidak segar.
Oleh kerana itu, eye patch atau eye mask yang mengandung Ceramide, Hyaluronic Acid, Aloe Vera dan Collagen merupakan kandungan yang dapat membuat mata terlihat lebih segar. Formula ini selain memberi kelembapan, juga membantu peredaran darah area sekitar mata.
2. Sesuaikan dengan permasalahan kulit di bawah mata
Setiap orang memiliki berbagai macam permasalahan kulit di bawah mata. Jika kamu memerlukan produk yang dapat mengatasi kedutan, pilihlah eye patch atau eye mask yang yang dapat mencegah penuaan awal dan membentuk sel kulit.
Untuk mengatasi kantung mata pula, pilihlah produk dengan kandungan Elastine dan Niacinamide kerana dapat menegangkan kulit yang kendur. Sementara itu untuk mengatasi lingkaran gelap di bawah mata, cara mengatasinya adalah dengan mengetahui penyebab lingkaran gelap tersebut.
Jika lingkaran gelap kerana kulit kendur, pilihlah produk yang mengandung retinol dan vitamin C. Sekiranya anda mempunyai lingkaran gelap coklat, kamu perlu menggunakan eye patch atau eye mask yang mengandung vitamin C dan Arbutin kerana lingkaran ini timbul akibat pigmentasi kulit.
3. Pilihlah yang mudah digunakan
Tekstur kulit di bawah mata sangatlah tipis sehingga kamu memerlukan perawatan kulit yang bertekstur ringan dan pastinya selamat di kulit. Oleh kerana itu, sebelum membeli eye patch, pastikan kandungan di dalamnya tidak banyak mengandung bahan kimia. Selain itu, pilihlah eye patch dengan tekstur hydrogel atau yang mengandung banyak air supaya cepat diserap oleh kulit.
Untuk mengatasi permasalahan kulit di sekitar mata, eye patch mask hadir sebagai solusinya. Umumnya eye patch atau eye mask mengandung air dan Collagen yang dapat membantu menyegarkan kembali kulit di sekitar mata sehingga tampak lebih bermaya. Jom semak senarai eye mask di bawah ini!
1. Honey Bee Venom Hydrogel Eyemask NAFURA
Mata cantik tanpa kantung mata dan lingkaran hitam
Honey Bee Venom Hydrogel Eyemask Nafura ini diformulakan dengan madu, bahan dan unsur aktif yang serta-merta melembapkan, rehydrate & regenerates kawasan mata. Hydrogel Eyemask berkesan melegakan keletihan kronik dan mengurangkan pembentukan garis halus, kedutan, garisan2 disekitar kawasan mata, mengurangkan eye bag dan memudarkan lingkaran gelap sekitar mata. Mereka yang kurang tidur, yang selalu menghadap telefon, tv atau mesin pada kadar yang lama dan berterusan, mengurangkan garis-garis halus disekitar mata.
2. Foreo UFO Shimmer Freak Mask
Mencerah area mata yang gelap dengan teknologi terkini
Mengandung partikel-partikel yang dapat merefleksikan cahaya, masker ini mampu mencerahkan area mata yang gelap. Selain itu, produk ini juga kaya akan formula antioksidan yang mampu kurangi garis-garis halus dan kedutan di sekitar mata. Kandungan kafeinnya mambantu mengurangi puffiness. Pastikan anda mempunyai FOREO UFO LED THERMO ACTIVATED SMART MASK.
3. The Face Shop Raspberry Roots Collagen Eye Patch
Collagen eye mask yang murah
Mask mata yang dirumus khas dengan kolagen dari akar raspberry himalaya dan aqua kolagen, di mana ia dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit di bawah mata dan memberikan kelegaan kepada seluruh kawasan mata. Selain itu, ia juga turut membantu menambah baikkan kepada kulit di sekitar mata agar mendapat nutrisi yang secukupnya.
4. Dearpacker Gold Collagen Eye Patch
Mask mata gold
Miliki mask mata dengan kolagen emas yang mampu membantu memutihkan di bawah mata yang hitam. Bukan sahaja itu, ia juga berkesan dalam menggurangkan kedutan di bawah mata agar kulit kelihatan lebih muda dan licin. Mask mata yang mudah untuk digunakan untuk penjagaan mata agar bebas dari lingkaran gelap dan menegangkan kulit.
5. Laneige White Dew Intensive Eye Mask
Mengurangkan bengkak mata
Masker mata yang satu ini memiliki dua belah lapisan untuk membuat kulit kusam di area sekitar mata jadi lebih cerah sementara menutup W-zone yang terdedah akan noda hitam. Kandungan utamanya adalah phyto sugar water, yang merupakan pelembap sekaligus pencerah hasil teknologi osmosis untuk mengisi melanocytes dengan kelembapan. Uniknya lagi, masker ini akan terasa hangat ketika digunakan. Topeng ringan ini juga dilengkapi dengan bola seramik yang dibuat khas meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan bengkak sehingga mata anda akan kelihatan cerah dan penuh bermaya sepanjang hari.
6. BIOAQUA Hydrating Nourish Eye Mask
Mask mata Korea
Mask mata ini memberikan rasa kesegaran di sekeliling mata anda setelah seharian bekerja. Ia membantu dalam mengekalkan kelembapan dan memutihkan lingkaran mata yang gelap. Dengan formulasi bahan semulajadi ia juga selamat untuk digunakan oleh yang berkulit alergik. Tambahan dengan kehebatan mask ini ia juga turut membantu menggurangkan kedutan dan menjadikan kulit di bawah mata anda tegang dan licin.
7. Laneige Eye Sleeping Mask
Eye mask terbaik untuk mata panda
Mask mata yang sesuai bagi yang sering mengalami bengkak di bawah mata apabila bangun tidur, dan Ia datang dalam jenis cairan. Selain itu, dengan kandungan vitamin yang terdapat di dalam mask ini ia juga turut membantu mencerahkan kulit di sekeliling mata anda. Mask yang memberikan rasa sensasi sejuk dan turut membantu dalam melembapkan kulit di sekeliling mata.
8. Sephora Collection Eye Mask
Ekstrak buah
Hadir dalam empat varian iaitu lychee, grape, pomegranate, dan cucumber, produk ini adalah solusi untuk permasalahan pada area mata yang kering, mata panda, juga puffiness. Masing-masing memiliki kegunaan yang berbeza-beza. Pomegranate untuk mengurangi tampilan lelah pada mata, lychee untuk melembapkan sekaligus meregenerasi kulit sekitar area mata, cucumber untuk mengurangi bengkak dan menyegarkan mata, grape untuk mengurangi kedutan dan garis halus sekitar mata. Pilih yang mana sesuai untukmu!
9. SKINFOOD Pomegranate Collagen Eye Mask
Mask bawah mata murah
Mask mata dengan bahan kandungan seperti ekstrak buah delima dan kolagen tambahan ini membantu memberikan ketegangan kepada mata yang penat. Ia juga turut memutihkan lingkaran mata anda kerana bahannya yang kaya dengan antioksidan. Rasai kulit bawah mata yang lebih cerah dan bebas dari kedutan dengan mengamalkan penggunaan mask mata jenama ini.
10. Instant Hydrogel Eye Mask Depuffing & Moisturizing
Eye mask untuk kantung mata
Mask mata yang bertindak dengan pantas untuk menampakkan mata lebih segar. Ia mengandungi nutrisi dan bahan yang dapat memberi kesegaran semula kepada mata anda. Tambahan dengan bahan seperti asid hyaluronik di dalam mask ini dapat membantu menggurangkan mata bengkak dan lingkaran gelap di sekitar mata anda. Mata akan kelihatan lebih segar dan bermaya selepas penggunaan mask ini.
11. Peter Thomas Roth Cucumber De-tox De-Puffing Eye-Cubes
Rasa sejuk dengan ekstrak timun
Kebiasaannya bagi merawat bahagian mata, ia selalu dikaitkan dengan pengunaan timun dengan cara tradisional. Tahukah anda, produk eyemask dari Peter Thomas Roth juga mengunakan timun bagi menghilangkan kantung bawah mata serta lingkaran gelap. Sebaik saja anda mengunakan eyemask ini di bawah mata, ia akan memberikan rasa sejuk dan pada masa yang sama memberikan kesegaran pada bahagian mata.
12. TARTE Pack Your Bags 911 Undereye Rescue Patches
Mask mata untuk semua jenis kulit
Patch bawah mata ini dibuat dari alga tepu dan serum yang membantu mencerahkan kawasan bawah mata dan garis halus. Ia adalah patch mata yang sesuai bagi yang hypoalergik dan sesuai untuk semua jenis kulit sama ada normal, berminyak, gabungan, kering dan juga sesuai untuk kulit sensitif. Harga yang berpatutan untuk 4 keping patch dan ia juga dijamin selamat kerana produk ini dirumus tanpa paraben.
13. Dr. Jart+Cheek and Eye Lift
Kembalikan keremajaan
Pengunaan produk Dr.Jart + Cheek and Eye Lift yang sangat mudah dipakai kerana ia datang dalam satu helaian dan bukannya dalam helaian yang berasingan. Malah produk ini juga telah diakui keberkesanannya bagi mengembalikan keremajaan kulit pada bahagian bawah mata dan dagu yang dipanggil ‘Apple zone’. Produk ini juga turut menghilangkan garisan halus dan kedutan serta memberikan ketegangan pada bahagian kulit wajah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI