Wanita dan alat mekap sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun, perasaan hampa itu mesti wujud apabila melihat mekap di wajah tidak tahan lama dan jadi bercapuk setelah seharian berada di luar.
Situasi ini boleh menyebabkan kita hilang mood! Tetapi sekarang anda tak perlu risau. Seorang pengguna laman sosial facebook Atikah Kamaruzaman telah berkongsi teknik bagi membuat mekap anda tahan lebih lama.
Istimewanya perkongsian gadis ini telah mendapat lebih 22 ribu butang share dan ramai teruja untuk mengetahui cara yang dilakukannya. Wow, sampai begitu sekali sambutan posting ini.
Ayuh kita lihat apa yang telah dilakukannya.
Yang paling penting sebelum mulakan mekap ialah….
Untuk kulit lembap mestilah perlukan moisturizer!
Primer untuk lock mekap biar terkunci mati
Seterusnya, pilih foundation jenis cecair mahupun krim juga boleh
Bagi menutup parut hitam di wajah, kita perlukan concealer sebagai penyelamat
Kenapa perlu pilih loose powder dan bukan compact powder?
Akhir sekali, kita perlukan mekap spray yang akan membuat wajah lebih glowing dan lock mekap anda seharian.
Semburan ini akan bertindak umpama magis di wajah anda. Jadi tidak ada masalah untuk anda pergi ke mana sahaja lokasi atau majlis.
Selepas melihat semua langkah ini, rupanya senang je nak bagi mekap tahan lama pada wajah! Anda semua yang mahu tampil berseri bolehlah ikuti langkahnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Kongsi Satu Amalan Zikir Lebih ‘Berat’ Dari 7 Petala Langit & Bumi! Jika Dihayati Jadi Sebahagian Amal Ibadah!
Besar dan banyak kelebihannya apabila mengucap kalimah Laa Ilaha Illallah. Bersempena hari Jumaat ini. Umat Islam sememangnya digalakkan untuk sentiasa menyebut perkataan yang baik-baik dan zikir yang tidak lekang di bibir setiap hari. Salah satunya ialah menerusi kalimah agung Laa Ilaha Illallah.
Laa Ilaha Illallah yang membawa maksud ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ merupakan akidah yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat tertinggi dan mulia.
Selebriti jelita pengasas empayah Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor, atau Neelofa menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya pernah menyampaikan kelebihan di sebalik kalimah tersebut.
Allah SWT Berfirman, Kalimah “Laa Ilaha Illallah” Lebih Berat Dari 7 Petala Langit Dan Bumi!
“Nabi Muhammad SAW bersabda pada satu hari Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT, “Wahai Tuhanku, ajarkanlah kepada aku sesuatu yang dapat aku mengingatiMu dengannya dan menyeruMu dengannya.
Allah SWT berfirman, “Sebutlah Laa Ilaha Illallah.”
Nabi Musa AS berkata, “Seluruh hambaMu mengucapkan kalimah ini.”
Allah SWT berfirman, “Ucapkanlah Laa Ilaha Illallah.”
Nabi Musa AS berkata, “Wahai Tuhanku, Aku ingin sesuatu yang engkau khaskan untuk aku.”
Allah SWT berfirman, “Wahai Musa, jika tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah neraca dan Laa Ilaha Illallah di sebelah yang lain, maka neraca itu di sebelah Laa Ilaha Illallah itu lebih berat.”
Berkongsi pengalaman sendiri, isteri kepada Haris Ismail ini berkata ada ketika dia merasakan amalan zikirnya sia-sia dan tidak menghayati sepenuh jiwa. Lantas, mengajukan pertanyaan tersebut kepada ustazah yang mengajarnya.
“Bila baca lailaha ilallah tak feel, kadang-kadang lalai. Tapi ustazah mengatakan tiada yang sia-sia bila keberkatan dengan ibadah. Kadang-kadang terdengar hasutan syaitan… bazir masa, bukannya menghayati maksud ini.
Tapi ustazah kata percaya dan yakinlah walau pun pada pandangan mata kita sia-sia dan kita rasa benda tu tidak dikira sebagai amalan, lama-kelamaan jasad kita dan perbuatan kita ini akan membantu untuk kita lebih feel atau lebih merasai apa yang kita ucapkan.”
Neelofa Ajak Orang Ramai Hayati Zikir!
Tambahnya lagi, “Sepatutnya zikir, kita kena hayati baru dikira sebagai amal ibadat. Kalau selawat, tak hayati pun dikira pahalanya. Sebab itu saya pernah bertanya kepada ustazah dan rasa sia-sia dan tak feel.
Ustazah kata, tidak ada yang sia-sia di mata Allah. Just continue jangan pula kita rasa tak feel dan kita stop. Benda itu akan membantu kita lebih feel.
Artikel berkaitan: Netizen ‘Syak’ Neelofa Hamil Lagi – “Berisi Lain Macam! Alhamdulillah Bilal Nak Jadi Abang..”
Kadang kala berzikir macam kejar kuantiti tapi lepas mendalami dan baca kitab, ada kalanya buat sedikit pun tak mengapa. Dulu saya boleh buat zikir 10 ribu, 5 ribu sehari beristighfar tapi fikir balik, nak kejar apa sebenarnya bagi nak lebih impak.”
MashaAllah, kagum dengan usaha Neelofa dalam menyampaikan dan mengejar saham akhirat.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail, nampak perubahan dari diri Neelofa bahkan pasangan ini turut rancak mengemudi empayar niaga mereka Nunha dengan pelbagai rangkaian produk islamik dan sebagainya.
Artikel berkaitan: Muatnaik Foto Percutian Demi ‘Content’ Hanyalah Pandangan Peribadi Neelofa – “Tak Tuju Kepada Sesiapa”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senaman Dinding 5 Langkah Ini Buat Anda Cergas, Hanya perlu 20 Minit!
Dinding mungkin tidak membuatkan anda terfikir untuk bersenam, tetapi di sinilah kreativiti memenuhi kecergasan. Dengan sesuatu yang semudah dinding (atau pokok) anda boleh bekerja seluruh badan dari kepala hingga kaki sambil membina kekuatan dan meledakkan kalori. Senaman dinding 5 langkah ini akan membuatkan anda sangat cergas, hanya perlu 20 minit!
Sokongan tambahan dan kestabilan tambahan yang disediakan oleh dinding boleh menghasilkan peralatan senaman percuma yang hebat untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan, sambil menambah sedikit cabaran dengan memerlukan lebih banyak keseimbangan dan kekuatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Senaman 5 Minit Yang Akan Mengubah Tubuh Anda dalam 30 Hari Menjadi Sempurna
Jadi, jika anda ingin mencabar diri anda semasa mencuba sesuatu yang baharu, senaman dinding ini sesuai untuk anda!
Lakukan: 3 set 15 ulangan untuk setiap latihan. Rehat selama 1 minit selepas 3 set, kemudian teruskan ke latihan seterusnya.
Gerakan 1: Tekan tubi lengan tunggal
3 set 15 ulangan
- Berdiri di hadapan dinding, rentangkan tangan anda untuk mengukur jarak yang betul. Ikat teras anda dan letakkan sebelah tangan ke dinding.
- Dengan mengekalkan teras yang ketat, perlahan-lahan turunkan dada ke arah dinding.
- Sebaik sahaja lengan kerja anda membentuk sudut 90 darjah. Kecutkan otot dada dan tolak diri anda kembali ke posisi permulaan.
- Ulang menggunakan lengan yang bertentangan.
Gerakan 2: Duduk dinding kulit kerang
3 set 15 ulangan
- Mulakan dengan membelakangi dinding dengan kaki dibuka seluas bahu.
- Libatkan otot perut dan perlahan-lahan luncurkan punggung anda ke bawah dinding sehingga paha selari dengan tanah.
- Laraskan kaki supaya lutut anda berada tepat di atas buku lali dan bukannya di atas jari kaki.
- Pastikan belakang anda rata ke dinding dan rapatkan kaki perlahan-lahan supaya lutut anda bertemu.
- Perlahan-lahan buka lutut beberapa inci lebih lebar daripada titik permulaan asal.
TIP: Jika anda baru menggunakan wall sits, mula-mula cuba langkah ini tanpa kulit kerang. Tenggelam ke bahagian bawah squat dan tahan pose.
Gerakan 3: Pusing perut pada dinding
3 set 15 ulangan
- Berdiri dengan punggung mendatar ke dinding dan kaki dibuka seluas bahu.
- Bawa kedua-dua tangan ke hadapan anda setinggi dada. Lembutkan siku.
- Pastikan siku bengkok sedikit, putar badan anda ke arah dinding di sebelah kanan, ketuk perlahan dinding dengan tangan anda.
- Pusingkan badan ke belakang ke arah sebelah kiri dinding dalam satu pergerakan berterusan mengetuk dinding sekali lagi. Itu satu wakil.
ARTIKEL BERKAITAN: Senaman 10 Minit Untuk Bakar Lemak Dan Tegangkan Paha. Sebulan Nampak Hasilnya!
Gerakan 4: Jambatan glute
3 set 15 ulangan
- Berbaring telentang dengan lutut dibengkokkan dan kaki di atas dinding seluas bahu.
- Ketatkan glute anda dan angkat pinggul anda dari lantai sehingga paha dan badan anda berada dalam garis lurus.
- Pegang kedudukan itu selama 2 saat, picit glute anda.
- Turunkan perlahan ke posisi permulaan.
Gerakan 5: Bulgarian split squat
3 set 15 ulangan
- Berdiri menghadap jauh dari dinding dengan kaki dibuka seluas bahu. Letakkan tangan anda di pinggul.
- Ambil satu langkah besar ke hadapan dengan satu kaki dan letakkan kaki yang lain di belakang dengan kaki anda rata ke dinding.
- Turunkan badan perlahan-lahan sehingga paha depan anda selari dengan tanah, atau serendah yang boleh pergi dengan selesa.
- Tahan untuk satu kiraan sebelum menekan tumit depan ke tanah untuk meluruskan kaki anda dan kembali ke kedudukan permulaan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuku Menjadi Kuning Akibat Jangkitan Kulat! Jangan Biarkan Begitu Sahaja…
Kuku menjadi kekuningan pasti akan membuatkan penampilan anda kurang menarik. Bahkan, ada yang bakal tertarik lebih dengan kuku yang ‘berwarna’ itu.
Artikel berkaitan: Boleh Sahaja Potong Kuku Pada Bila-bila Masa, Tidak Sahaja Di Hari Jumaat
Kuku Tak Cantik…Orang Pandang Serong
Penampilan luaran secara fizikal adalah suatu benda yang sukar kita hendak jaga. Setiap perincian di tubuh badan ini seperti kuku, rambut, dan muka tidak dapat hendak kita pastikan ia dalam keadaan baik.
Tapi itu bukanlah alasan anda untuk tidak menjaga penampilan diri. Ramai juga yang sudah mula untuk menjaga rupa paras tetapi selalu lupa untuk menjaga kuku.
Perkongsian di LeSalon menyatakan kekuningan yang terjadi pada kuku adalah disebabkan infeksi daripada kulat. Pelbagai juga gejala atau simptom jangkitan kulat pada kuku antaranya:
- Muncul bintik-bintik kuning
- Kuku menggelupas
- Ada bau yang kurang enak
Ada juga kondisi yang lebih teruk jika kuku tidak di jaga dengan baik dimana ia boleh menebal dan hancur! YaAllah, sudah tentu kita mahu elakkan perkara ini bukan?
Ada beberapa cara untuk elakkan jangkitan kulat pada kuku, nak tahu? Ikuti sahaja langkah-langkah ini:
- Pastikan kuku anda sentiasa di potong untuk elakkan kotoran masuk
- Pastikan anda tukar stoking untuk elakkan jangkitan kerana keadaan lembap
- Kurangkan penggunaan nail polish
Jika keadaan menjadi lebih teruk, anda boleh sahaja bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan. Pastikan juga keadaan kuku anda dalam 2-3 hari, jaga kuku juga ya sis!
Sumber: LeSalon
Artikel berkaitan: Kuku Hitam Petanda Anda Ada Masalah Kesihatan Teruk. Betul Ke?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI