Wanita dan alat mekap sememangnya tidak dapat dipisahkan. Namun, perasaan hampa itu mesti wujud apabila melihat mekap di wajah tidak tahan lama dan jadi bercapuk setelah seharian berada di luar.
Situasi ini boleh menyebabkan kita hilang mood! Tetapi sekarang anda tak perlu risau. Seorang pengguna laman sosial facebook Atikah Kamaruzaman telah berkongsi teknik bagi membuat mekap anda tahan lebih lama.
Istimewanya perkongsian gadis ini telah mendapat lebih 22 ribu butang share dan ramai teruja untuk mengetahui cara yang dilakukannya. Wow, sampai begitu sekali sambutan posting ini.
Ayuh kita lihat apa yang telah dilakukannya.
Yang paling penting sebelum mulakan mekap ialah….
Untuk kulit lembap mestilah perlukan moisturizer!
Primer untuk lock mekap biar terkunci mati
Seterusnya, pilih foundation jenis cecair mahupun krim juga boleh
Bagi menutup parut hitam di wajah, kita perlukan concealer sebagai penyelamat
Kenapa perlu pilih loose powder dan bukan compact powder?
Akhir sekali, kita perlukan mekap spray yang akan membuat wajah lebih glowing dan lock mekap anda seharian.
Semburan ini akan bertindak umpama magis di wajah anda. Jadi tidak ada masalah untuk anda pergi ke mana sahaja lokasi atau majlis.
Selepas melihat semua langkah ini, rupanya senang je nak bagi mekap tahan lama pada wajah! Anda semua yang mahu tampil berseri bolehlah ikuti langkahnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Khasiat Air Rebusan 4 Bahan Dapur Ini Memang Power. Boleh Kekal Awet Muda & Sesuai Untuk Bakal Pengantin!
Siapalah yang tidak mahu sentiasa kelihatan awet muda. Kalau boleh mahu kulit sentiasa tegang, halus dan licin berseri. Tidak susah pun nak tampil cantik setiap hari. Perkongsian wanita ini Wani Rashid di laman sosial facebook yang memberitahu petua menggunakan empat bahan dapur.
Bahan digunakan juga amat mudah diperolehi seperti serai dan daun padan. Malah cara membuatnya juga senang dan tidak menyusahkan. Air rebusan bahan dapur ini boleh minum ketika suam atau didinginkan dalam peti sejuk semalaman.
Malah untuk elakkan rasa tidak enak, boleh masukkan sedikit madu atau gula batu. Sangat sesuai diamalkan untuk bakal pengantin yang mahu mendirikan rumahtangga agar kelihatan berseri-seri di atas pelamin nanti.
RAHSIA AWET MUDA DENGAN 4 BAHAN DAPUR
Hamboiii. Sebut awet muda jek terus terbeliak mata tuu. Ini resepi awet muda bukan awekss yang muda okey
Pagi ni Wani terasa nak share resepi SUPER DUPER POWER ni dengan korang. Resepi yang buat kulit akak-akak yang 40an tu akan cantik bersih awet muda. Rasa macam kulit zaman muda tudung senget dulu-dulu. Gituuuu.
Bahan-bahan dia korang boleh jek mintak dengan makcik jiran sebelah ke, tak pun pegi beli kejap kat pasar. Kompem ada. Sebab bahan dia bahan yang kita buat masak hari-hari jek. Jom cekidauutt.
Bahan-bahan :
8-10 helai daun pandan
8-10 batang Serai
Lebih kurang segengam setengah Halia
2.6 liter air kosong
Semua bahan-bahan ni korang basuh bersih-bersih tauu. Serai tu korang buangkan satu atau dua lapisan luar tu then ketuk-ketuk sikit. Halia pulak korang hiris tebal-tebal. Daun pandan tu suka hati korang nak hiris kecik-kecik atau nak simpul mati. Jangan kebumikan dia sudahhh
Dah siap basuh semua, satukan dalam satu periuk, rebus sampai mendidih dengan api yang kuat. Jangan lah kuat sangat karang terbakor dapur korang dah kena panggil abam bomba
Bila korang dah nampak air mengelegak tu kan, korang slowkan sikit api. Biarkan bebahan tu sebati lebih kurang 45 minit lagi.
Okey, dah cukup 45 minit,siap! Boleh la korang tuangkan air rebusan tu dalam flask panas. Bila rasa nak minum jek tuang dalam cawan, tunggu suam sikit then boleh minum! Perghhh bau dia yang wangi tu macam korang tengah landing kat taman bunga ros.
Notatepi : Kalau korang nak tambah madu atau gula batu untuk bagi rasa manis-manis sikit boleh jek.
Korang amal selalu eh. Biar muka korang berseri-seri macam pengantin baru naik pelamin. Gituuu. Kalau Cinderella tengok mesti dia jeless!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peha Lebih Besar Dari Kaki, 4 Petua Untuk Hilangkan Lemak Di Kaki Dengan Cara Yang Sihat
Apabila anda memulakan diet untuk menurunkan berat badan, adalah wajar anda memberi tumpuan kepada bidang-bidang di mana lebih sukar untuk menghilangkan lemak yang terkumpul. Dan ternyata bahawa kaki, dalam kebanyakan kes, adalah bahagian badan di mana kita harus memfokuskan rutin senaman anda untuk mencapai bentuk badan impian.
Melangsingkan badan memerlukan banyak masa dan kesabaran, serta ketekunan yang diperlukan untuk mengikuti proses tanpa meninggalkannya separuh jalan. Oleh itu, lebih baik mengikuti beberapa petua sihat yang mudah dijalankan. Dan yang tidak menyebabkan kita putus asa sejurus memulakannya.
Apabila anda mula melakukan senaman badan, anda akan menyedari bahawa terdapat beberapa kawasan di mana lemak terkumpul lebih banyak daripada yang lain. Kaki, misalnya, adalah bahagian yang paling sukar untuk ditonjolkan.
Terutama pada wanita. Oleh itu, anda mesti jelas mengenai apa yang harus dilakukan untuk menjadikannya seimbang sama seperti bahagian badan yang lain. Oleh itu, beberapa petua mudah dan sihat supaya anda dapat mencapai matlamat anda tanpa usaha yang hebat dan selamat.
Petua untuk hilangkan lemak kaki
Walaupun benar bahawa tidak ada latihan atau diet keajaiban untuk menghilangkan lemak badan secara kekal, yang sebenarnya adalah dengan ketekunan dan mengikuti rutin yang sihat anda dapat mencapainya.
Lakukan latihan khusus
Ini mungkin kelihatan logik, tetapi bagi sesetengah individu, ia tetap berada di belakang ketika melakukan rutin senaman anda. Dan tidak ada yang lebih penting untuk menegangkan bahagian tubuh anda, untuk melakukan latihan yang memberi tumpuan khusus pada kawasan itu.
Aktiviti kardiovaskular
Pada masa yang sama, anda mesti melengkapkan latihan ini dengan aktiviti kardiovaskular yang membantu menghilangkan lemak yang terkumpul di dalam badan anda.
Pergerakan kaki
Aktiviti ini boleh berjalan, berlari atau berbasikal. Serta aktiviti lain yang berkaitan dengan mana-mana yang membuat kita membakar kalori yang boleh mengurangkan berat badan di kaki.
Diet yang seimbang dan sihat
Sekiranya anda ingin menghilangkan lemak di kaki dan juga kawasan badan yang lain, lebih baik anda mengambil makanan yang membantu anda meningkatkan kesihatan. Apa-apa jenis diet untuk menurunkan berat badan mestilah hipokalori, iaitu anda harus meletakkan objektif untuk memakan lebih sedikit kalori daripada yang anda habiskan.
Sertakan makanan tambahan pembakar lemak dalam makanan.
Perkara biasa adalah dengan melakukan senaman fizikal secara teratur dan dengan diet yang baik, anda berjaya menurunkan berat badan. Tetapi selalu memasukkan produk pelengkap diet yang membantu anda memperbaiki pembakaran lemak. Boleh jadi beberapa jenis teh seperti teh halia dengan lemon atau teh hijau.
HALIA + PISANG: sarapan pagi yang sempurna untuk mengurangkan lemak
Untuk diet menurunkan berat badan dengan cara yang terbaik, lebih baik anda mengambil makanan yang membantu mempunyai tenaga tetapi tanpa memberi anda pengambilan lemak secara besar-besaran.
Oleh itu, mempunyai smoothie pisang halia untuk sarapan pagi akan menjadikan anda memulakan hari dengan banyak tenaga tetapi tanpa memakan lemak yang tidak sihat. Halia akan mengaktifkan metabolisme, sementara itu akan memberi anda sejumlah besar sifat antioksidan yang mendorong penurunan lemak.
Sebaliknya, pisang akan mencegah daripada mengalami kekejangan otot semasa bersenam dan juga mengenyangkan. Ini akan membantu anda mengecas semula tenaga setelah melakukan rutin yang kuat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Allah Tarik Satu Nikmat, Allah Kurniakan ‘Jodoh’, Ikhlas Terima Kekurangan Hikmah!
Tidak semua manusia bernasib baik lahir kedunia dikurniakan kesempurnaan dan cukup sifat dari segi fizikal dan mental. Namun, setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebalik sesuatu yang Allah aturkan dalam kehidupan kita.
Begitu juga dengan apa yang di alami oleh Hijabi ini, dikenali sebagai Hikmah Razlan yang merasakan dirinya tidak sempurna, apabila cacat penglihatan meliputi sebahagian muka. Sekaligus menjadi punca kepada rendah diri terhadap kekurangan yang dimiliki!
Meski Di Uji ‘Kekurangan Diri’ Hikmah Akhirnya Di Ijab Kabul!
Berita gembira ini dikongsikan oleh Hikmah sendiri menerusi ciapan di laman Twitter miliknya. Dimana dia berkongsikan rasa gembira dan bersyukur apabila bertemu jodoh dan akhirnya disunting menjadi suri hati kepada jejaka idamanya.
28.4.23
kecik kecik dulu ingat takkawin sebab kita taksempurna selalu cakap mana ada orang nak, alhamdulillah semoga syurga buat suami saya In Sha Allah 🤍 pic.twitter.com/XK9k2cWJtS— hik (@hikhokkkk) May 7, 2023
“Kecik kecik dulu ingat tak kahwin, sebab kita tak sempurna. Selalu cakap, mana ada orang nak.. Alhamdulillah, semoga syurga buat suami saya In Sha Allah,” tulisnya ringkas pada ciapan berkenaan.
Untuk rekod, Hikmah bersama pasangan telah selamat diijabkabulkan pada tanggal 24 April yang lalu. Terdahulu, sebelum melangkah ke alam perkahwinan Hikmah juga turut memaklumkan di Twitter bahawa dia sudah menjadi tunangan orang sejak beberapa bulan yang lepas.
Netizen Puji Hikmah Kelihatan Cantik Di Hari Bahagianya!
Perkongsian tentang pernikahannya Hikmah ini telah menjadi sorotan ramai dan rata-rata pengguna Twitter mengucapkan tahniah diatas berita perkahwinan tersebut.
Selain itu, ramai diantaranya yang meninggalkan komen memuji penampilan Hikmah yang kelihatan sangat jelita di ahri bahagianya. Di samping, mendoakan agar rumah tangga yang dibina bersama suami terus berkekalan serta bahagia hingga ke akhir hayat.
Artikel berkaitan: Penuhi Hasrat Hati Ke Tanah Suci, Lelaki OKU Tekad Jalan Kaki Ke Mekah!
Sekadar info, beberapa tahun lalu, perkongsian Hikmah di media sosial pernah menjadi viral apabila beliau mengucapkan tahniah kepada dirinya sendiri yang berjaya menempuh tahun paling sukar meski diuji dengan pelbagai dugaan dan terpaksa berdepan tanggapan orang ramai tentang ketidaksempurnaan fizikal dirinya.
Justeru, Hijabista berharap agar Hijabi dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran dari kisah Hikmah ini. Meski pun hidup kita serba kekurangan, jangan lupa untuk sentiasa memanjatkan rasa syukur kehadrat ilahi.
Jika kita merasa susah, ingatlah bahawa ada dikalangan kita yang diuji dengan kesusahan yang lebih berat. Selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam rumah tangga buat Hikmah dan pasangan!
Sumber: Twitter Hikhokkkk
Artikel berkaitan: Tak Jadikan ‘Kekurangan Diri’ Sebagai Halangan Cari Rezeki, Kegigihan Gadis OKU Beri Tamparan Kepada Netizen!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI