Mempunyai kuit yang bebas dari masalah memang impian setiap wanita. Namun bagi yang mempuyai masalah kulit wajah seperti jerawat atau parut usah bimbang.
Ini kerana dengan cara penjagaan wajah yang konsisten dan betul masalah utama wanita akan dapat diselesaikan.
Seperti perkongsian gadis ini yang mempunyai masalah breakout, tetapi selepas dua bulan mengamalkan cara penjagaan muka yang betul, wajahnya bebas dari masalah kulit dan hasilnya menjadi lebih licin dan ‘flawless’.
Ikuti perkongsiannya yang menggunakan nama akaun @nrsyawani ditweet di laman sosial dan mendapat respon positif dari mereka yang mempunyai masalah kulit sama.
Kunci kepada kulit wajah yang baik adalah kulit yang telah telah terhidrat dengan baik. Setelah dua bulan mengamalkan penjagaan kulit konsisten, akhirnya masalah wajah dapat diatasi.
Jangan sesekali skip pakai moisturiser dan juga minum air dengan banyak.
Rutin hariannya bermula dari pagi hingga ke malam dengan pemakaian konsisten pembersih, penyegar, pelembap. Turut tidak dilupakan pemakaian skrub dan juga mask dua kali seminggu.
Hanya amal penggunaan produk paling asas untuk penjagaan kulit wajah.
Ini produk yang digunakan.
Menggunakannya dalam tempoh dua bulan sebelum dapat hasil yang baik.
Kulitnya jenis kombinasi. Sebelum bersihkan wajah, pastikan lap muka dulu dengan pencuci mekap atau cleansing oil.
Boleh mencuba dan jangan cepat putus asa.
Satu lagi rahsianya, jangan malas tepek moisturiser.
Penggunaan sunscreen dan sleeping mask juga penting.
Secara tak langsung liang pori juga tidak kelihatan begitu ketara.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Seminggu Bergelar ‘Aunty’ & Tak Kekok Dukung #BabyJ, Netizen Doakan Neelofa Cepat Kahwin
Minggu ini semestinya saat paling menggembirakan buat pengacara, pelakon dan juga usahawan Neelofa kerana telah selamat menimang anak saudara lelaki. Bayi yang dilahirkan oleh kakaknya Noornabila telah diberi nama Jebat Jayden Ahmad secara rasminya hari ini. Jika dilihat dalam instagram Neelofa, tampak dia tidak kekok memangku anak kecil berkenaan walaupun tidak pernah ada pengalaman sebelum ini. Malah bayi comel ini juga dikatakan iras muka Neelofa setelah beberapa hari dilahirkan ke dunia ini. Netizen juga turut mendoakan agar selebriti ini agar cepat-cepat berkahwin.
Cutest little peanut ?, the apple of my eye ?, everyone, say hello to Jebat Jayden! ?❤
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Malah baru seminggu dilahirkan Jebat Jayden juga sudah mempunyai akaun instagram sendiri menggunakan akaun nama Jebat Jayden Ahmad. Sehingga hari ini akaun berkenaan sudah mempunyai 33.3 pengikut (semakin meningkat) dengan enam posting.
Ramai memuji nama Jebat cantik & macam pahlawan zaman dulu
einazuin Comelnya nama..
milahhamid_20 Handsomenya mcm muka ayah dan ibunya namanya pun bagus tahniah sayang namanya pun jebat phlawan melayu dulu2 kala .
obeidi_daughter cantik name
mariaelmar Jebat Jayden!!! Nice name
Moga jadi anak soleh
creativeunited.my Semoga menjadi anak buah yang soleh
Bila pula turn Lofa
arinawatyahmad When is your turn @neelofa
rahmita_nurisma Kakakak @neelofa kapan nikah hahah
ikmlalif@neelofa awak bila lagi pah ?
noorainisyafiqah_ Cepattt kawen lofaa
ananaoll06_ Cepat cepat punya sendiri lah ka lofaa @neelofa
Welcome to my hood ? Call me J, King J. #JebatJaydenAhmad
A post shared by Jebat Jayden Ahmad (@jebatjayden) on
Nampak ciri keibuan
nurulhanamohdhanif Dah nampak ciri2 keibuan @neelofa
halim5538 bilaa lovefa nk.jadi ibu.. .
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA, NOORNABILA & JEBAT JAYDEN AHMAD
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Sambut Raya & Hari Bapa Tanpa ‘Babah’ Di Sisi, Alya Sedih Teringat Makanan Kegemaran Arwah
Biarpun bapa tersayang, pelakon popular tahun 90-an, arwah Azmil Mustapha sudah hampir empat bulan menghadap Illahi, namun ketiadaanya tetap dirasai oleh anak perempuan yang memang selama ini rapat dengan beliau, Nur Alya Iman, 17 tahun. Lebih dirasai apabila sambutan hari bapa tahun ini disambut tanpa kehadiran insan yang paling disayangi itu. Alya meluahkan rasa rindu dan sedih di laman sosial instagramnya sempena sambutan hari bapa yang lalu.
Menurut Alya jika kebiasannya sempena hari penuh bermakna itu mereka berdua akan pergi ke kedai kopi untuk mendapatkan kek kegemaran bapanya, Cheese Cake ataupun makan sushi. Biasanya juga selepas menikmati makanan kegemaran bapanya itu mereka berdua akan keluar berjalan-jalan.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
Dan tahun ini sambutan hari bapa yang juga jatuh pada Syawal menyaksikan dia buat pertama kali tidak meraikan bersama arwah bapanya. Diam tak diam sudah hampir 4 bulan bapa tersayang meninggal dunia akibat sakit jantung.
Alya juga memberitahu dia sebenarnya sering menampakkan wajah ceria dan gembira suapaya orang menyangka dirinya adalah kuat. Tetapi tiada sehari pun hari yang dilaluinya itu tidak pernah tak rasa sedih setiap kali memikirkan ayahnya itu tiada lagi di sisi.1st Raya, 1st Fathers day & 4th month without you daddy! Ill always put a happy mask on my face so that people know that Im strong but not a day goes by that Im not sad knowing that you’re not here anymore.
Diakhir bicara, Alya mengakui dia memang begitu rindukan ayahnya itu. Ternyata kehilangan bapanya cukup memberi kesan kepada hijabi muda ini.
I sure miss you so much daddy ! Al-Fatihah
Ini kerana semasa hayat, arwah memamgn cukup rapat dengan anak perempuannya ini. Malah dia juga tidak segan dan sering mengikut Alya bekerja yang mana dia juga merupakan seorang model Muslimah.
Statusnya ini turut mendapat respon dari followernya. Rata-rata turut bersimpati dengan gadis ini dan memberi kata-kata semangat untuk dia meneruskan kehidupan. Malah netizen turut mengandaikan Alya seorang gadis yang kuat.
@fififiey_na You’re such a strong girl alya..
@ainasyuhadaaa Al Fatihah. Alia seorang kuat dan sabar
@syeikh_roti Srsly anak yg penyabar.. keep strong miss
SUMBER: INSTAGRAN ALYA IMAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak ‘Post’ Atas Sejadah, Bukan bermakna Orang Tak Solat” – Hafreez Adam Tegur Komen Suruh Jaga Ibadah Boleh Tapi Berpada-pada
Isu depresi atau sakit mental masih lagi kurang di ambil endah dalam masyarakat kita meski pun ramai yang sering berkongsi kisah mereka menghidap salah satu penyakit mental.
Gusar dengan komen yang boleh memudaratkan, pelakon Hafreez Adam nasihatkan supaya berpada-pada dalam berikan nasihat seperti mengaji atau menjaga solat untuk melawan sakit mental.
Kita Tak Lalui Apa Mereka Rasai – Hafreez Adam
Di temu bual bersama Harian Metro, Hafreez Adam Aizat Zahalan tidak menghalang sesetengah individu untuk memberi nasihat untuk jaga ibadah tapi perlu mengikut situasi yang di hadapi seseorang.
“Bila orang kongsi atau cerita pasal isu kesihatan mental, jangan pergi kepada mereka dan cakap seperti jaga solat, banyakkan mengaji dan sebagainya,
Artikel berkaitan: Bukan Sakit Mental Jika Cakap Dengan Sendiri Depan Cermin, Ini Apa Pakar Kata
“Sebab anda tak tahu apa yang mereka lalui, anda tak tahu apa mereka sudah lalui untuk rasa lebih baik. Anda tak tahu apa-apa. Saya tidak cakap ia salah, sebab ia sememangnya betul,
“Tapi anda kena ingat satu perkara, tak semua orang ‘post’ gambar atas sejadah. Tak ‘post’, tak bermakna orang tak buat. Bayangkan kalau orang itu buat semua itu, solat, mengaji dan sebagainya, tapi masih ada isu.” katanya.
Tambahnya lagi, kita tidak tahu bagaimana perjuangan mereka. Mungkin individu tersebut telah berusaha sedaya mungkin dan bertarung dalam diam.
“Dengan anda beritahu semua itu, sementara mereka sudah pun melakukannya sebab hanya Allah yang tahu bila. Bagaimana anda fikirkan itu akan buat mereka rasa?” ujarnya.
Jangan Ambil Ringan Tentang Sakit Mental
Pelakon berusia 33 tahun itu juga menegaskan supaya masyarakat tidak patut mengendahkan apa-apa perkara yang boleh membawa kepada masalah dalam kesihatan mental.
“Dan ingatkan, setiap orang, ujian dia berbeza. Perkara terakhir yang anda boleh lakukan, berdoa untuk mereka. Secara peribadi. Jangan ambil ringan sangat isu kesihatan mental ini,
Artikel berkaitan: Dah Tak Ada Masa Untuk Rehatkan Diri, Kenapa Seksa Mental Anda Sebegitu Teruk…
“Rasa dia tak ‘best’. Kamu putus dengan teman lelaki dan wanita pun menangis 13 hari. Sampai tak nak makan apa semua. Itu, sekurang-kurangnya kamu tahu kenapa kamu rasa macam tu,
“Bayangkan orang yang rasa ‘down’, tapi tak tahu punca? Senangkah nak okay kalau punca pun tak tahu? Berbuat baik.” jawabnya lagi berkenaan isu ini.
Sekadar info, Hafreez Adam merupakan salah seorang Hero Remaja 2011/2012. Dia juga antara peserta Hero Remaja yang berjaya melakar nama di industri seni seiring bersama Fattah Amin, Syafiq Kyle, dan Hafidz Roshdi.
Sumber: Harian Metro
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI