Kecantikan

Hanya Makan Nasi Beras Perang, Rahsia Faezah Elai Hilang 13 Kg Ketika Berpantang

Share

Sejak berkahwin dan mempunyai anak, pelakon Faezah Elai kini mengurangkan aktiviti seni dan menumpukan perhatian pada keluarganya. Namun pelakon tinggi lampai ini cukup bijak menjaga penampilannya yang sentiasa ‘gorgeous’ , sopan dan tubuhnya begitu langsing sehingga sekarang.

Lihat sahaja foto-foto yang dimuat turut dalam instagram. Faezah Ela begitu bijak berselfie atau swafoto bersama anak-anak atau teman-temannya. Memang susah untuk mendapatkan tubuh kekal langsing begitu tetapi pelakon cantik ini ada cara tersendiri terutama ketika masih dalam pantang.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Ini cara Faezah Elai kuruskan badan sepanjang berpantang

1. Upah Khidmat Bidan

Menurut Faezah dalam satu majalah memberitahu dia menjaga badannya ketika masih dalam berpantang 44 hari. Dia mengupah bidan datang ke rumah sepanjang tempoh itu. Bidan inilah yang menjaga makan minum dan kesihatan dirinya.

2. Diet Pantang

Menu pantangnya seperti biasa. Sebelah pagi, dia mengambil bijiran dan susu. Tengah hari pula dia mengambil segenggam nasi beras perang bersama sejenis lauk seperti ikan, daging atau ayam berserta sayur. Manakala petang pula dia mengambil dua biji kuih dan kopi panas cair. Menurutnya kopi juga penting untuk meningkatkan metabolisme. Setiap menu yang diberi padanya hanya dalam kuantiti kecil sahaja. Dan kerana penjagaan bidan yang tegas ini menyebabkan dia hilang berat dari 68kg ke 55kg selepas 44 hari berpantang.

3. Tidak Ambil Makanan Lebih Daripada 1300 Kalori Sehari

Selepas berpantang, pelakon ini akui dia memang jenis kuat makan terutama makan nasi kandar. Jadi dia rajin membuat ulang kaji dan sering melihat instagram Kevin Zahari untuk mendapatkan tip pemakanan. Jadi Faezah mengamalkan diet kalori yang praktikal untuk dibuat. Dia juga tidak suka makan jajan dan makanan manis. Dan Faezah Elai juga tidak makan selepas jam lapan malam.

4. Bergaya Seperti Orang Muda

Dalam usianya sudah 30-an, dia memang begitu menjaga penampilannya terutama ketika berada di khalayak. Dia akui dirinya memang suka berlagak perasan dirinya macam orang muda. Faezah juga tidak suka melaram seperti orang tua atau gaya seperti ‘Mak-mak Datin’

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FAEZAH ELAI

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

IKLAN