Bergelar selebriti membuatkan mereka sentiasa perlu menjaga penampilan agar lebih yakin apabila berhadapan dengan orang ramai Ada pebagai cara dilakukan untuk menjaga kecantikan sama ada cara moden atau tradisional.

Bagi personaliti dan pengacara Nadia Shahrul Anuar juga punya cara tersendiri untuk tampil menawan.  Walaupun dikurniakan kulit putih kemerahan, berhidung mancung dan tubuh langisng, tetapi dia tetap menggunakan cara tradisional dalam menjaga kecantikannya. Anak kepada usahawan kosmetik, Kak Ton ini ada cara tersendiri yang diamalkan sejak dulu.

A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar) on

Menurut Nadia apa yang penting dalam menjaga kecantikan adalah minum air putih yang banyak. Kalau boleh minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar badan tidak dalam keadaan hidrasi.

A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar) on

Selain itu, dia juga turut menekan soal pentingnya untuk tidur yang mencukupi dan jangan berlebihan. Jika terlebih tidur akan menyebabkan kita rasa malas melakukan sebarang kerja sebaik bangun.

A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar) on

IKLAN

Nadia juga turut mengamalkan pengambilan suplemen produknya sendiri Be The Glamorous Drink yang diperakui HALAL dari Jakim bagi dapat membantu mengekalkan kesihatan dan bagi mendapatkan tubuh lansging.

A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar) on

Pemilik Nadia Secret ini juga turut berpesan betapa seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri dengan rajin-rajin untuk mandi. Mandi ini akan memberi kesegaran pada tubuh badan lebih-lebih lagi jika kita baru pulang dari bekerja atau ketika berada di luar.

A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar) on

Ini adalah amalan petua kecantikan yang paling dititikberatkan oleh ibu kepada dua cahayamata ini.  Malah tidak hairanlah Nadia turut mewarisi kecantikan ibunya yang cukup sinonim dengan tagline ‘comey tak Kak Ton’ suatu ketika dulu.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Rupanya Petua Cantik & Kekal Langsing Hanez Suraya

Biarpun sibuk menguruskan keluarga, tetapi dia tetap komited menjalankan perniagaan berasasaskan kecantikan kerana minat mendalam kearah itu. Malah Nadia juga masih mempunyai masa untuk melakukan senaman kerana menurutnya amalam aktiviti itu akan membuat otak kita jadi lebih cergas, badan yang cantik serta sihat.

A post shared by Nadia Annuar (@nadiaannuar) on

Selain itu juga, Nadia juga turut mengingatkan wanita di luar sana agar sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan stress yang merupakan punca utama penuaan sebelum waktunya.

IKLAN

Dia juga turut menyarankan followernya agar selalu berbuat kebaikan dan jangan sesekali menyusahkan orang lain. Begitu juga jangan terlalu sibuk menjaga tepi kain orang dan lebih elok buat hal sendiri. dan paling penting cuba untuk membuat orang sekeliling rasa ceria dan ketawa.

Wanita tinggi lampai ini turut memberitahu kurangkan pengambilan gula kerana jika diambil berlebihan boleh menyebabkan masalah kegemukan serta penyakit lain.

Dan sebagai wanita yang mementingkan kecantikan, Nadia akan turut mencuci wajahnya seelok-eloknya tiga kali sehari kerana ia boleh menghilangkan segala kekotoran yang melekat hingga bioleh menimbulkan jerawat.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NADIA ANNUAR

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI