Selain kecantikan luaran, kecantikan dalam juga lagi penting untuk dititikberatkan. Tak guna jika luaran sahaja cantik tapi dalaman tidak baik kerana akhirnya nanti kita juga yang akan sengsara.

Tetapi, janganlah kita mengikut amalan yang salah pula. Sebaiknya kita dapatkanlah nasihat daripada pakar dan bukan hanya mengikut kata-kata si penjual produk yang langsung tiada ilmu mengenai kesihatan. Seperti cerita ini yang telah mendapat lebih 2 ribu perkongsian di facebook, Nairulhizam Mohamed Yunus telah berkongsi kisah kenalannya yang mana rahimnya terpaksa dibuang selepas memakan dan memasukkan jamu itu ke dalam vaginanya seperti yang disarankan oleh si penjual.

Setelah sekian lama tidak berjumpa, dia terkejut apabila melihat keadaan kenalannya yang lemah dan kurus.

Rakannya itu sedang menderita kanser dan puncanya adalah disebabkan pengambilan jamu tertentu. Ianya bukan hanya memberi kesan kepada rahim malah kepada jantungnya juga.

Sebagai pengguna, kita jangan mudah terpengaruh dengan testimoni yang boleh dikarang sendiri. Pengasas dan penjual sesebuah produk juga tidak akan membantu kita jika kita menderita kesakitan suatu hari nanti akibat produk mereka.

 

Semoga hijabi semua boleh mengambil iktibar daripada kisah ini. Jangan cepat percaya dengan testimoni produk sebaliknya mintalah nasihat daripada pakar yang bertauliah. Jangan mudah terpengaruh kerana apabila sudah menyesal, segalanya tiada gunanya lagi.

SUMBER: FACEBOOK NAIRULHIZAM MOHAMED YUNUS

Tinggalkan Komen