Baju raya perlu ada padanan yang sempurna dengan hijab agar penampilan menarik dan tidak berserabut. Bagi hijabi jangan tersalah pilih antara tudung dengan baju. Elak seperti pokok bergerak, hijabi harus faham asas suai padan hijab dengan tudung.

Kebiasaannya ramai yang takut untuk suai padankan baju dan tudung secara maksima. Paling kurangnya anda akan pasti cari jalan mudah dan selamat untuk memadankan tudung. Jangan ambil mudah, sebagai seorang hijabi pastinya mahkota itu menjadian utama mereka yang melihat.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN

Hijabista kongsikan tip ringkas dan mudah dari Puan Mary guru imej bagaimana suai padankan tudung dengan baju. Sesuailah untuk musim perayaan ini agar sekeping gambar dimuat turun menjadi tumpuan.

Ini adalah prinsip asas suai padan tudung dan baju.

Baju yang polos (plain) dan hanya mengandungi satu warna sahaja, sesuai digayakan dengan tudung yang bercorak ATAU tudung yang polos. Padanan baju polos dan tudung bercorak menjadikan tumpuan kepada si pemakai berada di kawasan muka. Maka pakailah juga solekan ringkas. Usah biarkan muka kelihatan pucat dan lesu sedangkan tudung yang dipakai sudah ‘meriah’.

IKLAN

Padanan baju polos dan tudung polos (dengan tona warna yang sama) menjadikan si pemakai kelihatan tinggi secara visual. Bolehkah pakai baju bercorak dan tudung bercorak juga? Boleh… Tetapi amat tidak digalakkan untuk wanita yang rendah dan berisi. Amat mudah kelihatan sarat dengan padanan begini.

Sumber gambar: ArianiRTW

Selepas memahami prinsip asas suai padan baju dan tudung, soalan kedua yang akan timbul adalah bagaimana pula dengan pemilihan warna tudung sekirannya baju bercorak?
Mari kita ambil baju kurung sebagai contoh. Ada tiga cara memilih warna tudung yang sesuai untuk baju kurung yang bercorak:

IKLAN

  1. Pilih warna paling dominan pada corak baju.
  2. Contoh pada gambar kiri sekali. Corak berwarna hijau maka tudung yang dipilih adalah daripada warna yang sama. Kelebihan teknik ini ialah keseluruhan pakaian akan kelihatan harmoni.
  3. Pilih warna latar yang berada pada kawasan sekitar bahu dan dada.
  4. Contoh pada gambar di tengah. Warna latar pada bahagian bahu dan dada ialah warna fuschia maka tudung juga daripada tona yang sama.
  5. Adalah digalakkan untuk memilih tona tudung yang lebih lembut. Kelebihan teknik ini ialah si pemakai akan kelihatan lebih tinggi.
  6. Pilih warna neutral yang lembut.
  7. Contoh pada gambar kanan sekali. Warna perang pastel dipadankan dengan pakaian bercorak begini masih kelihatan seimbang dan tidak keterlaluan atau sarat.

Sumber: PuanMary

https://youtu.be/8SS80WnwTn0

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI