Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara itu? Riak!

Ramai hijabis berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada umum tanpa mengetahui bahawa ianya merupakan salah satu perkara yang ALLAH S.W.T larang dan berdosa jika dilakukan!

Sebenarnya ramai sahaja yang mengetahui bahawa riak itu berdosa, tetapi masih juga mahu menunjuk-nunjuk kerana rasa diri mereka lebih baik dari orang lain. Mengapa begitu? Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T?

Apatah lagi pada zaman yang serba canggih ini, ada aplikasi seperti Facebook dan Instagram. Setiap hari ada sahaja individu yang akan update status tentang kelebihan diri, berbangga-bangga sehingga membuatkan orang sekeliling menyampah dengan mereka.

Kadangkala perasaan ini riak ini dilakukan tanpa sengaja dan fikir ia hanyalah perkara biasa. Tetapi, rupa-rupanya berdosa! Hati-hati apabila update sesuatu di laman sosial ya!

Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah:

1. Puji Anak Berlebihan

Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak. Anak cantik la, anak bijak la di Facebook dan Instagram hinggakan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang untuk memiliki zuriat sendiri. Pasti mereka berasa sedih melihat post anda.

IKLAN

2. Check In Hospital Mahal

PIC SEKADAR HIASAN

Snap gambar dalam hospital dan suruh rakan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hashtag nama hospital-hospital terkenal dan mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.

3. Bersyukur Tak Habis-Habis

Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update ‘Alahmdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukannya sibuk hebohkan dalam laman sosial.

4. Tunjuk Kereta Mahal

PIC SEKADAR HIASAN

Tangkap gambar dalam kereta dan yang penting nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!

IKLAN

5. Shopping

PIC SEKADAR HIASAN

Suka shopping tetapi selepas itu ambil gambar dan update dekat laman sosial. Caption pulak ‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?

6. Serba Baru

Dekat nak raya nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru dan baju baru. Sila jaga perasaan orang yang tak mampu nak beli barang baru. Dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun. Malah buat orang makin menyampah.

7. Muka Lawa

IKLAN

Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!Maka hindarilah dari bersifat riak!

Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”

Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang akan benci dan dosa pun dapat sekali. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik.

Sifat keterlaluan ini mungkin mengundang perasaan dengki dalam diam di atara kita dan orang sekeliling yang tidak pernah senang melihat kesenangan orang lain. Wonder hijabis tak akan buat perkara di atas ini, cuba elakkan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI