Pernahkah ada ketulan muncul di wajah anda secara tiba-tiba? Jarang kita mendengar kes seperti ini terjadi namun itulah yang berlaku kepada seorang wanita, Hidayah Saari. Dia berkongsikan kisahnya di facebook mengenai ketulan yang tiba-tiba muncul di wajahnya. Menurut doktor, ia mungkin disebabkan jangkitan kuman yang terjadi akibat berlaga pipi selepas bersalaman dengan orang pada hari raya. Betul ke ni ? Takutnya! Mari kita ikuti kisahnya.

Mula-mula ingatkan hanya jerawat biasa yang timbul di muka, rupanya dah jadi ketulan akibat jangkitan kuman.

Akhirnya, pipinya terpaksa dibedah bagi membuang ketulan nanah yang besar di pipi. Menurutnya, ia boleh berjangkit kerana kita tidak tahu orang yang kita salam itu mungkin baru picit jerawat ke ataupun ada jerawat nanah.

Oleh itu, hijabi semua perlulah menjaga kebersihan wajah kerana tanpa disedari rupanya boleh menjadi masalah kulit yang sangat serius hingga perlu dibedah. Nak cantik boleh tapi pastikan kebersihan dan kesihatan juga terjaga ya !

Tinggalkan Komen