Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Ahzab: Ayat 59)

Berikut perkongsian Yatt Hamzah di laman Instagramnya.

Dua golongan yang menjadi ahli neraka:

Sabda Nabi SAW, “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman).”

“Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh.” – [HR Muslim 5098].

Mutakhir ini, pegangan sebahagian umat Islam dilihat semakin longgar apabila terdapat dalam kalangan suami dan ibu bapa sengaja membiarkan isteri dan anak-anak mereka mendedahkan aurat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Yang Buka Aurat Bakal Dihukum Sehingga Mendidih Otak? Ketahui Status Hadis ini

Anggapnya sempurna

IKLAN

Memakai tudung namun masih menampakkan telinga kerana hiasan anting-anting adalah cara pemakaian yang salah sebaliknya seseorang wanita itu perlu menutup penuh bahagian kepala sehingga menampakkan wajah sahaja.

Perkara ini amat dikhuatiri dan menakutkan kita. Ada dalam kalangan mereka terlalu obses mengikuti trend pakaian semasa sehingga melanggar syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Mereka tanpa segan silu memakai seluar senteng dan sengaja mengeluarkan cuping telinga yang jelas-jelas sebahagian daripada aurat untuk memakai anting-anting.

Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat namun mereka sebenarnya menipu diri sendiri. Ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup aurat tetapi dlm masa yang sama pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan susuk tubuh.

Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu sahaja sebagai tanda penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Misalnya pada hari Jumaat, ketika berada di tanah suci, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah.

Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajipan menutup aurat ada tempoh masa, tempat tertentu sahaja.

IKLAN
Gambar sekadar hiasan.

Dalam persoalan ini kita boleh lihat adanya tiga kategori wanita.

Pertama: menutup aurat dengan sempurna.
Kedua: menutup aurat tetapi tidak sempurna
Ketiga: langsung tidak menutup aurat

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Zaman sekarang, ramai wanita yang terjebak dalam kategori ini. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung, lebih baik tutup…” Kata-kata ini tampak baik, semacam positif, tetapi pada hakikatnya ia adalah suatu yang dangkal! Kenapa perlu dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah dianggap baik. Kenapa tidak mencontohi muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat? Itulah golongan manusia yang hidupnya dihiasi dengan ribuan alasan. Dalam urusan dunia, dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama, mereka cuma membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Hasilnya tiadalah istilah penambahbaikan dalam diri mereka.

ARTIEKL BERKAITAN: Aurat Bahagian Yang Menjadi Aib Pada Tubuh Badan. Jom Semak Aurat Wanita Dalam Lima Situasi Ini!

IKLAN

Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Maha Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitung nikmat dari-Nya, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia. Ditekankan lagi ayat-ayat mengenai suruhan menutup aurat :

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33)

Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Gambar sekadar hiasan.

Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh muslim yang soleh. Sangat jarang si pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Pastinya dia akan memilih kuih atau makanan yang tertutup dan dibungkus dengan sempurna. Kecantikan dan rupa paras yang Allah S.W.T kurniakan adalah untuk dipelihara dan tontonan suami sahaja bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.

*Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
*Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek.
*Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah.
*Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh.
*Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
*Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya.
*Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung.
*Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

HIJABISTA: Semoga kita menutup aurat dengan sempurna.

Sumber kredit: Instagram Yatt Hamzah/ sumber asal: Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim). Panel Rujuk Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia, YADIM dan Jakimsabah.islam.gov.my

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI