Biarpun sedih kerana dihina rakan sendiri disebabkan keadaan wajahnya  sebelum ini, namun ia sesekali tidak mematahkan semangat Faiq Asyraf Zakaria,16, untuk berusaha memulihkan masalah kulit yang dihadapi.

Ambil masa lebih kurang tiga tahun untuk sembuh, Faiq kini boleh menarik nafas lega kerana perjuangannya itu tidak sia-sia apabila kulitnya kini menjadi bertambah sihat dan licin. Ikuti thread yang dikongsikan Faiq ini di twitter untuk mengetahui caranya.

Yang ini jangan ditinggalkan! Ramai yang lupa untuk menggunakan sunscreen dalam rutin penjagaan wajah mereka selama ini.

Antara produk-produk tempatan yang mempunyai kualiti setanding produk antarabangsa.

IKLAN

Faiq juga telah berjumpa dengan doktor bagi konsultasi masalah kulit yang dihadapinya itu.

Kulit breakout disebabkan produk timbang kilo, Faiq juga sedih apabila mengenang kembali cacian yang pernah dilemparkan pada dirinya sebelum ini.

Yang pernah paling teruk orang kata pasal kulit saya ialah mereka suruh saya gosok guna kertas pasir sebab kulit saya bernanah masa itu.

Ada juga yang mengatakan “kulit kau takkan baik entah entah kau kena kanser kulit” dan ada juga kawan kawan saya sendiri kata yang kulit muka saya “disgusting” bila dia lihat 😭🙏 sampai ada org kata “aku rasa macam nak cincah je muka kau sebab bernanah” 😔

Perubahan dahulu dan kini…

Gembira dengan keadaan kulitnya kini, Faiq juga bertujuan berkongsi kisahnya ini bagi memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah yang sama dengannya agar jangan pernah berputus asa.

Jangan mengalah jika kulit kita terlalu teruk berjerawat dan jangan peduli apa yang orang katakan kepada kita walaupun dia hina kulit kita.

Jangan peduli kerana apa yang kita perlu buat adalah usahakan untuk sembuhkan kulit muka sendiri. Jangan terlalu cepat mengalah. Masa ini Allah lagi menguji kita. ❤️

kredit: Faiq Asyraf