
Diam tak diam sudah hampir 10 hari kita berpuasa. Debaran untuk menyambut Syawal makin terasa dengan melakukan pelbagai persiapan lebih awal. Kalau sudah pilih warna baju pasti pening kepala untuk memadankannya dengan hijab warna apa yang bersesuaian. Perkongsian dari Puan Mary yang juga merupakan guru imej ini boleh dijadikan panduan untuk tampil menarik dan yang penting bersesuaian.
Puan Mary juga turut kongsikan warna-warna popular pilihan ramai ketika Syawal nanti. Menurutnya dengan panduan yang betul ini akan menjadikan penampilan seseorang itu lebih menarik, berkeyakinan dan elegan di pagi raya.
Ayuh kita lihat padanan color yang dihasilkan melalui ilustrasi ini. Memang cukup menarik. Malah panduan ini juga telah dikongsi lebih 20 ribu netizen melalu laman sosial facebook.
1. Padanan Warna Biru
2. Padanan Warna Pink
3. Padanan Warna Emerald Green
4. Padanan Red Maroon
5. Padanan Royal Purple
Penulis Skrip BOCORKAN Rahsia Kenapa Ramai Yang Masih Belum ‘MOVE ON’ Drama TITIAN CINTA. Baca Penjelasannya!

Drama bersiri Titian Cinta memang cukup trending di kaca televisyen dan mendapat tempat di hati penonton hingga mencatat rating 11 juta penonton. Ternyata drama gandingan Zul Ariffin dan Farah Nabilah begitu menjadi hinggakan ramai yang masih belum ‘move on’ dari drama berkenaan. Agaknya apa rahsia hingga masih meniti di bibir netizen.

Masih terngiang-ngiang dialog yang diucapkan ‘bilik sana ke sini’ ataupun ‘mommy shark, daddy shark’. Siapa agaknya penulis skrip yang menghasilkan dialog cukup santai dan bersahaja, selain jalan cerita menarik hasil adaptasi dari novel tulisan Ridhya Iman.
2 BULAN SIAPKAN SKRIP
Hijabista berkesempatan menemubual penulis skrip drama ini, Farhana Fauri atau mesra di panggil Syasya. Dia juga sebenarnya adalah isteri kesayangan kepada pelakon Bell Ngasri. Wanita berhijab ini cukup manis dan ‘simple’ sekali orangnya.

Menurut Syasya dia bersyukur kerana drama Titian Cinta yang diterbitkan oleh Zamries Golden Picture ini berjaya mencapai trending dan disukai ramai. Dia yang juga merupakan penulis skrip sepenuh masa mengambil masa hampir dua bulan untuk menyiapkan skrip berkenaan. Sepanjang tempoh itu pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi olehnya. Namun segala penat lelah selama ini berbaloi kerana drama itu mendapat sambutan amat luar biasa di Slot Akasia, TV3.

“Saya sebenarnya mahu berterima kasih kepada Johari Yusuf yang membuat proposal dan dihantar kepada stesen TV. Proposal ini lulus dan kemudian barulah mencari penulis skrip. Memang jadi rezeki saya dan sebaik mendapat tahu proposal ini lulus, saya terus mencari novel berkenaan untuk dibaca bagi memahami jalan ceritanya.
“Hampir tiga hari tiga malam saya membaca novel Titian Cinta dan daripada situ saya dah tahu apa yang nak dibuat. Memang jalan cerita kita kena ikut novel asal, tetapi 30% saya ubah untuk menyedapkan lagi drama berkenaan,” ungkap Syasya ketika dihubungi. Sebelum itu dia juga turut mencari penulis novel berkenaan dan terangkan apa yang perlu dan tak perlu untuk diadaptasi ke drama.

TAK TIDUR SEPANJANG MALAM
“Mujur penulis bersetuju dengan apa yang dicadangkan asalkan ia tidak mengganggu jalan cerita. Memang saya akui saya tambahkan ‘rempah ratus’ untuk menyedapkan lagi drama ini. Di mana ada watak Zuleen, watak Puan Sri Nora, bodyguard Pak Rusydi, Danial, kita panjangkan dan beberapa lagi yang kita tambah untuk menyedapkan lagi jalan cerita drama ini.
“Saya pula pertama kali bekerja dengan pengarah Heykal Hanifah yang memang saya tahu dia seorang pengarah yang sangat detail. Dia akan lihat skrip terlebih dahulu dan allhamdulillah dia menyukai sinopsis yang kita beri. Oleh kerana drama ini nanti di Slot Akasia, jadi Heykal mahukan benda ini jadi trending. Saya ambil masa dua bulan menyiapkan skrip (sebelum raya puasa) sebelum menyerahkan sepenuhnya skrip pada pihak produksi,” tambahnya yang memberitahu pemilihan pelakon utama ada beberapa nama dicadangkan sebelum Zul Ariffin disenaraikan sebagai pelakon lelaki utama.

“Bagi pelakon wanita pula, Farah Nabila yang memegang watak Aisy perlu hadiri casting dengan pengarah sebelum ditawarkan watak berkenaan. Ternyata gandingan dua pelakon ini cukup serasi dengan skrip yang spontan serta watak suami isteri tidak dibuat-buat. Semuanya kelihatan bersahaja, natural dan itu rahsia kejayaan drama ini.
“Terus terang saya katakan, saya tidak tidur malam sepanjang menyiapkan skrip berkenaan. Apatah lagi dalam masa sama perlu lunaskan tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu kepada tiga cahayamata. Dua orang anak bersekolah, 9 dan 8 tahun dan yang paling kecil berusia 2 tahun, masih menyusu badan. Biasanya lepas hantar anak-anak sekolah dan lepas anak yang kecil tidur, barulah saya mula buat ‘kerja’.

“Kemudian akan berterusan hingga ke malam dan untuk skrip Titian Cinta ini juga ada satu masa saya tak tidur sepanjang malam sehingga keesokan harinya kerana tidak mahu idea terbantut dan perlu akur dengan tanggungjawab yang diberi.
“Pernah sekali ketika sedang menyiapkan skkrip untuk 35 scene, saya lupa nak ‘save’ dan laptop buat hal, jadi apa yang kita taip hilang macam tu saja. Memang memangis bila jadi begitu dan saya kena buat balik dengan jalan cerita lain dari sebelumnya,” tambah Syasya yang beruntung kerana mendapat sokongan penuh dari suaminya, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri.

IDEA KEDAI MAMAK
“Kadang-kadang otak memang jadi tepu apabila kita menghadap benda sama dan di tempat yang sama. Idea tak datang dan waktu itu saya memang akan ajak Bell pergi cari tempat lain untuk menulis. Misalnya di kedai mamak sambil menemani Bell menonton bola. Atau kadang-kadang saya check-in hotel setiap minggu gara-gara menyiapkan skrip Titian Kasih ini.

“Apabila berada di persekitaran lain bukan di rumah, idea akan datang mencurah-curah dan saya boleh siapkan 1 episod dengan jayanya. Saya rasa usaha saya tak tidur malam dalam masa sama menguruskan anak-anak dan keluarga berbaloi kerana drama ini jadi trending setiap hari sepanjang siarannya.

“Alhamdulilah semua penat lelah terbayar dan kejayaan Titian Kasih bukan sahaja kerana skripnya yang bagus, tetapi juga gandingan pelakon utama dan ekstra cukup bagus menghidupkan jalan ceritanya serta keseluruhan krew produksi menjayakan 28 episod ini. Buktinya setelah hampir dua minggu episod terakhir tamat, Titian Kasih masih jadi bualan dan hangat diperkatakan,” ceritanya lagi yang sebelum ini turut menghasilkan skirp untuk drama, Saleha, Bimbo, Strawbery Karipap Hong Kong dan beberapa drama di stesen TV lain.
REZEKI ANAK-ANAK
Menurutnya lagi, impak dari drama ini juga rezekinya sebagai penulis skrip semakin murah. Ada beberapa produksi yang ‘approach’ Syasya untuk membuat skrip bagi drama terbaru mereka dan salah satunya dari Suhan Movie.
Artikel Berkaitan: Rahsia Hijab Aisy Titian Cinta Cantik & Tak Senget
“Syukur dengan rezeki yang Tuhan beri ini. Maklumlah saya memang sepenuh masa menjadi penulis skrip dan apabila ada job masuk, saya anggap ini rezeki anak-anak. Kejayaan Titian Cinta menjadi pemangkin semangat untuk saya menghasilkan skrip lebih bagus.

“Apa yang saya harapkan, saya boleh jadi setanding penulis skrip yang sudah ada nama dan lebih berbakat dari saya. Saya akui pendapatan sebagai penulis skrip memang berbaloi. Lagi-lagi bila job masuk tak henti. Tetapi saya juga perlu bijak mengatur masa dan meneliti juga jalan cerita macam mana untuk dijadikan skrip menarik,” beritahunya yang sudah hampir tiga tahun berhijab.

Dia yang memang berniat untuk berhijab sudah lama dan apabila sudah sampai hidayah, Syasya tidak lepaskan peluang yang ada. Namun menurutnya walaupun pelbagai fesyen hijab yang trending, dia lebih senang menyarung tudung Bawal kerana senang untuk dipakai dalam apa jua gaya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYASYA
Kulit putih bak Yogurt, Cuba Masker Ini Campuran Buah Strawberi, Confirm Putih & ‘Flawless’!

Impikan kulit putih dan sesegar yogurt, tak perlu beli masker yang dijual di pasaran tetapi, masker yang dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan alami lebih memuaskan hati serta dijamin lebih bersih tambahan pula dengan buah strawberi yang penuh khasiat semulajadi.
Kali ini, Hijabista akan menunjukkan bagaimana cara untuk membuat masker Yogurt Strawberi.
Manfaat Buah Strawberi
Strawberi kaya dengan vitamin C, vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kulit. Khasiatnya adalah dapat mengetatkan, menghaluskan dan meremajakan kulit.
Untuk kulit yang berjerawat, strawberi mengandungi asid salsilat yang dapat menyingkirkan sel-sel kulit mati lalu memberi hasil kulit yang lebih cerah dan mulus.
Kenapa Yogurt?
Yogurt dikatakan memiliki banyak manfaat untuk kulit kerana ia mengandungi asid hidroksi yang dapat membantu pengelupasan, melembapkan, mencerahkan serta menjaga kulit agar tetap mulus.
Yogurt juga dapat mencegah keradangan kulit dan memudarkan noda pada wajah. ia juga bertindak sebagai pembasmi jerawat dan sangat efektif melawan radikal bebas.
Cara Membuat Masker Yogurt Strawberi
1.Siapkan bahan yang diperlukan: 3 biji strawberi dan 1 sudu makan yogurt asli
2.Cuci buah strawberi dengan bersih dan cabut daun-daunnya.
3.Kemudian, potong strawberi kepada dua bahagian dan letakkan di dalam mangkuk yang sesuai.
4.Hancurkan potongan strawberi menggunakan garpu, tapis dan buang hampasnya. Ambil air sahaja.
5.Campurkan satu sudu yogurt dan kacau hingga sebati
6.Masker Yogurt Strawberi siap untuk dipakai!
Cara-cara Memakai Masker
- Cuci wajah menggunakan air untuk memastikan ia bebas daripada minyak dan kotoran
2. Sapukan masker pada seluruh wajah menggunakan tangan yang bersih atau berus
3. Biarkan masker tersebut pada wajah selama 10 – 15 minit.
4. Bila sudah kering, cuci wajah menggunakan air suam dan cuci lagi wajah menggunakan air sejuk untuk menutup pori-pori.
Mudah sahaja kan? Jom cuba lakukannya di rumah!
Pastikan Tidur & Rehat Yang Cukup, Rahsia Elfira Loy Elak Wajah Alami Breakout Waktu Hamil

Selebriti kecil molek, Elfira Loy memang sangat bertuah kerana baru beberapa bulan berkahwin, dia telah disahkan hamil anak pertama. Kata orang rezeki dari Tuhan dan kini pelakon berkening tebal ini melalui fasa trimester ketiga dalam meniti saat kelahiran bayi pertamanya nanti. Namun begitu walaupun sedang hamil, Elfira tetap tidak mengetepikan soal penjagaan wajah.
Menurut Elfira, memang ada mengalami masalah kulit kering pada mulanya, tetapi dia segera mencari alternatif menyelesaikan masalah itu dari terus berlarutan.
“Sebenarnya El memang ada mengalami masalah kulit ketika awal kehamilan, tetapi tidaklah sampai breakout. Cuma masalah kulit jadi terlalu kering disebabkan perubahan hormon, tetapi lama kelamaan jadi normal kembali.
“Ini kerana El akan pastiikan diri El cukup rehat, makan pun terjaga, minum air banyak dan El juga cari produk bersesuaian dengan kulit kita. Jadi kulit El cepat terpelihara dan tidak rosak,” ujarnya ketika di temui sebaik selesai menjadi tetamu jemputan untuk program Bual Bicara Mingguan Wanita.
Menceritakan pengalaman hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan suami tercinta, Faris K Anuar, El yang mengakui teruja memberitahu tidak mengalami alahami seperti ibu hamil lain.
“Saya bersyukur sepanjang kehamilan ini El tak alami alahan yang terlalu teruk. Cuma memang ada rasa nak muntah dan mual tapi masih boleh terkawal.
“El juga lakukan rutin harian seperti biasa di rumah cuma lebih berhati-hati demi menjaga kandungan sulung ini. Jadi El pun tak rasa lemah dan masih boleh ‘maintain’ macam biasa,” jawabnya yang juga tidak melakukan workout sebaliknya hanya membuat kerja rumah seperti biasa.
Walaupun hamil, Elfira juga dilihat rajin menghadiri pelbagai majlis yang membabitkn dirinya sebagai tetamu jemputan. Dan penampilan Elfira juga dilihat sangat cantik hingga menyerlahkan seri ibu mengandung.
Menurut Elfira, sewaktu hamil ini dia memang suka menggayakan busana longgar yang selesa dengan penampilan dirinya.
“Tidak dinafikan, kebanyakan wanita hamil memang gemar pakai dress sebab senang, tak ketat. Lagipun masalah bila hamil ini kita tidak tahu nak pakai seluar letak di bahagian atas atau bawah.
“Jadi kadang-kadang pemakaiannya boleh sebabkan kesakitan. Oleh sebab itu pakaian dress atau jubah adalah pilihan terbaik dan selesa untuk digayakan sepanjang hamil ini,” ujarnya yang turut mengamalkan doa atau bacaan tertentu sepanjang kehamilan ini.
Jelas Elfira, dia tidak ada amalan tertentu yang diamalkan untuk ‘baby’ ini tetapi sebelum tidur biasanya dia akan membaca ayat kursi dan berdoa lebih lama dari sebelumnya agar segala urusan dipermudahkan nanti.
Elfira dijangka akan melahirkan anak sulungnya ini pada Oktober nanti. Hijabista doakan segala urusan dalam proses kelahiran akan dipermudahkan.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ELFIRA LOY