Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
3. Boleh dibuat 3 kali seminggu sekali. Insya-Allah cara ini akan dapat memelihara dan memperbaiki kulit anda.
SUMBER: THE SISTERS COOKING PROJECT VIA PETUA IBU
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wajib Lakukan 5 Rutin Ini Setiap Pagi, Kalau Nak Kulit Sihat & Mulus
Kulit yang bersinar dan bersih merupakan asas kepada kecantikan yang natural. Kulit yang sihat, bersinar dan sihat ini mampu dicapai dengan paduan rutin penjagaan wajah yang betul.
Dengan amalkan rutin ini, insyaAllah anda mampu memiliki kulit idaman anda. Hijabista kongsikan lima perkara yang wanita berkulit sihat lakukan pada setiap pagi.
1. Cuci Wajah 2 Kali Sehari
Jika anda sudah amalkan rutin ini, tahniah! Anda berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit anda merengsa.
Dengan cucian dua kali (pagi dan malam), ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui jenis kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.
2. Sapu SPF Tanpa Gagal
Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen secara konsisten. Tahukah anda bahawa ia sangat penting untuk kesihatan kulit wajah? Jangan sesekali anda skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang mengakibatkan kemunculan tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.
3. Guna Produk Antioksidan
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang serta melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
4. Merawat Bintik Seperti Pro
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati kawasan pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk pelembap pada kawasan yang kering.
5. Pakai Produk Mekap Yang Betul
Tidak bermakna produk mekap yang popular itu sesuai untuk kulit anda. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan pastikan anda memakai produk mekap yang sesuai dengan kondisi kulit wajah anda. Anda boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan tentang bahan yang boleh dan tidak boleh anda pakai.
Nota kaki: Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang bersesuaian dengan kondisi kulit akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk membuat rawatan di klinik atau spa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Kepala Subur, Lancarkan Peredaran Darah Dan Rambut Nipis Jadi Tebal Hanya Dengan Minyak Halba
Selain popular sebagai penyedap masakan, halba juga boleh meningkatkan pertumbuhan rambut? Biji-bijian kecil ini telah lama digunakan untuk merawat banyak penyakit dengan sifat perubatannya.
Popular dikenali sebagai methi dalam bahasa Hindi, ia mempunyai semua nutrien penting yang menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga dipercayai dapat merawat masalah rambut lain seperti kelemumur, rambut menipis dan rambut gugur.
Terdapat banyak cara untuk menggunakan halba untuk penjagaan rambut, Minyak halba telah mendapat populariti sebagai tonik penggalak pertumbuhan rambut. Halba ini boleh membantu pertumbuhan rambut dan cara menyediakan minyak halba buatan sendiri. Jom cuba!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Minyak Halba
Anda perlu:
- 2 cawan minyak kelapa/ minyak zaitun/ minyak badam
- 4 sudu besar biji halba
- Minyak pati lavender (pilihan)
- Balang kaca
Bagaimana cara untuk membuat:
- Tuangkan biji halba dalam balang. Tuangkan minyak kegemaran anda Seterusnya, tutup balang dan biarkan minyak meresap pada suhu bilik selama kira-kira 4-5 minggu.
- Goncangkan balang sekurang-kurangnya sekali sehari supaya adunan sekata. Minyak mungkin menjadi sedikit gelap apabila anda menyelitkan lebih lama.
- Jika anda ingin minyak halba anda yang diserap oleh cahaya matahari, simpan balang di bawah cahaya matahari langsung selama 2-3 minggu. Anda perlu menggoncang balang setiap hari.
- SAmpai waktu, buka balang, tapis minyak dan tuangkan ke dalam balang kedap udara yang bersih. Simpan minyak halba ini di dalam peti sejuk sehingga 1 bulan.
Masak perlahan minyak halba
Anda perlu:
- 2 cawan minyak kelapa/ minyak zaitun/ minyak badam
- 4 sudu besar biji halba
- Minyak pati lavender (pilihan)
BACA JUGA ARTIKEL INI: Minum 3 Minuman Ini Waktu malam, Bantu Nyahtoksin Dan Turunkan Berat Badan Dengan Lebih Cepat
Bagaimana cara untuk membuat:
- Tuangkan minyak kelapa/minyak zaitun atau minyak badam. Panaskan minyak menggunakan kaedah double boiler.
- Masukkan biji halba ke dalam minyak. Jika anda ingin membuat minyak halba yang kuat, kisar ringan bijinya dan tambahkan.
- Masak perlahan-lahan minyak halba selama kira-kira 25- 30 minit.
- Matikan api selepas 30 minit, minyak bertukar sedikit keemasan.
- Tapis minyak halba, tambah minyak lavender dan simpan dalam balang kaca kedap udara sehingga 1 bulan.
Cara menggunakan Minyak Halba untuk rambut
- Ambil sejumlah minyak halba yang diperlukan dalam kuali kecil, panaskan sedikit.
- Urut minyak ini pada kulit kepala anda. Sapukan pada batang rambut. Basuh rambut dengan syampu lembut (bebas sulfat) selepas 30 minit.
- Atau anda boleh biarkan minyak semalaman dan basuh pada waktu pagi. Gunakan minyak halba sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk melihat hasil yang diingini.
Minyak mana yang hendak digunakan untuk membuat Minyak Halba?
- Untuk kulit – Gunakan minyak jojoba / minyak Avocado
- Untuk rambut – Gunakan minyak kelapa / minyak zaitun / minyak badam
Manfaat minyak halba untuk rambut
- Merangsang pertumbuhan rambut / pertumbuhan semula rambut.
- Membantu mengawal rambut gugur dan rambut gugur.
- Minyak halba merawat rambut menipis.
- Menyuburkan kulit kepala, rambut dan melancarkan peredaran darah.
- Merawat kelemumur dan menambahkan kilauan pada rambut anda.
- Menguatkan rambut dari akar.
Faedah minyak halba untuk kulit
- Minyak halba membantu mencerahkan bintik-bintik gelap dan cela.
- Urut minyak halba dengan kerap membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
- Ia adalah ubat terbaik untuk menegangkan kulit yang kendur.
- Jika anda mahukan kilauan semula jadi dan bersinar pada wajah, gunakan minyak halba dengan kerap.
- Elakkan menggunakan minyak ini jika anda mempunyai kulit berjerawat berminyak, pori tersumbat atau jika kulit anda mudah breakout.
BELI SINI MINYAK HALBA: SHOPEE
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Minum Air Kosong Lepas Bangun Tidur Rahsia Wanita Jepun Berkulit Cantik. Syaratnya Jangan Skip 30 Hari!
Selain kulit orang Korea yang memang cantik putih melepak, wanita Jepun juga tidak terkecuali mempunyai kulit yang cantik, halus dan berseri. Apa agaknya yang menjadikan wanita Jepun ini kelihatan cantik kulitnya walaupun tanpa bermekap tebal. Dalam satu kajian mendapati rupa-rupanya wanita Jepun mengamalkan petua minum air kosong pada perut kosong selepas bangun pagi.
Sememangnya amalan mudah ini memberikan hasil positif mengenai keadaan kesihatan yang berbeza. Ini adalah antara kesan yang diamalkan setelah mencuba amalkan apa yang wanita Jepun buat, iaitu minum air kosong selama 30 hari. Hasilnya amat menakjubkan.
1. Mula berasa lebih segar dan sihat
Beberapa hari selepas mula minum air pada waktu pagi, badan akan rasa lebih ringan dan badan dan mudah untuk buang air pada waktu pagi.
2. Metabolisme saya bertambah baik
Amalan ini menjadikan diet lebih baik. Tidak lagi rasa selalu lapar yang mengganggu setiap jam untuk makan. Rasa untuk makan snek juga hilang dan dapat lebih banyak tenaga.
3. Bantu kurangkan berat badan
Di samping kurang rasa lapar, penghadaman turut lancar dan rasa badan lebih ringan. Mempunyai tenaga banyak untuk melakukan kerja lain.
4. Sebelum ini rasa selalu rasa senak dan pedih ulu hati
Tapi selepas amalkan minum air kosong di waktu pagi, sakit itu hilang dan tidak lagi rasa tidak selesa selepas makan makanan.
5. Perubahan kulit bertambah baik
Hilangkan kedutan di wajah dan kulit kelihatan sihat, berseri dan bercahaya. Malah kita akan rasa lebih muda berbanding usia sebenar.
6. Saya mudah buang air besar setiap hari pada waktu pagi
Rawatan air menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik daripada mana-mana antibiotik lain.
7. Jarang sakit
Amalan yang sederhana ini telah meningkatkan sistem ketahanan diri. Sesuatu yang mudah seperti minum air dalam keadaan perut yang kosong pada waktu pagi bantu menangani masalah menangani penyakit tanpa perlu ambil ubat.
Bagaimanakah anda juga boleh dapat manfaat ini?
Ikuti kaedah ini untuk merasa bertenaga sepanjang hari:
- Minum 4 gelas air putih selepas anda bangun pagi untuk solat sebelum gosok gigi dan pastikan perut kosong. Sekiranya anda susah nak mula dengan 4 gelas air, mula dengan satu cawan dahulu dan tingkatkan mengikut masa ke semasa.
- Jangan makan apa-apa untuk 45 minit selepas minum air
- Selepas 45 minit anda boleh dapatkan breakfast
- Jangan makan atau minum apa-apa selepas 2 jam selepas sarapan, makan petang dan makan malam.
Bila boleh nampak hasilnya ?
- Pesakit diabetes atau hypertension: 30 Hari
- Pesakit sembelit dan gastrik: 10 Hari
- Pesakit TB : 90 Hari
SUMBER FOTO: PINTEREST
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI