Hijabista merupakan satu-satunya majalah berbahasa Melayu untuk hijabista Malaysia yang menampilkan isi kandungan cukup mantap seiring dengan kehendak pembaca.

Kelahirannya lebih 7 tahun lalu nyata memberi inspirasi buat hijabi yang kami popularkan sebagai ‘New Ummah’ Seiring dengan moto majalah iaitu ‘Khas Untuk Si Fashionista Bertudung’. Hijabista membawakan trend terkini dalam segenap segi dari dunia fesyen, kecantikan dan gaya hidup.

Sempena kempen HijabVibes, Hijabista akan aktif menyebarkan unsur positif dalam setiap minda hijabi agar sentiasa maju ke depan tanpa membataskan ideologi gaya hidup masing-masing. Nantikan juga update terbaru dari kami dan jadi sebahagian dari aktiviti yang bakal dijalankan. Stay tuned sis!

#iamhijabi    #hijabvibes

HIJAB QUOTES

POPULAR

“Perlu ingat Tuhan dah bagi segalanya dan tiba masanya Vivy terus besyukur dengan apa yang ada. Sekiranya ada orang sekeliling belum berhijab tidak perlu ada paksaan biarkan ia datang dengan penuh keikhlasan.”

VIVY YUSOF

“Keep istiqomah mengguna hijabnya, selalu percaya diri untuk menggayakan stail hijab.”

RIA MIRANDA

“Hijab bagi Sherry adalah suatu tuntutan yang wajib pada semua wanita bergama Islam. Jika sudah bersedia why not dan yang sudah berhijab teruslah kekal istiqomah. Untuk kekal istiqomah pula pastikan ada teman-teman yang baik boleh tegur setiap kesilapan yang kita lakukan.”

SHERRY IBRAHIM

“Berpegang teguh kepada prinsip diri sendiri, sentiasa ingat siapa kita di dunia ini. Kita ini terlalu kecil jika berbanding denga yang Esa. Kala kita nak happy kita kena ikut peraturan, samalah dengan berhijab kalau kita nak rasa bahagia ikutlah apa yang diperintahkan.”

AMEERA ZAINI

POPULAR

error: