Kopi merupakan antara salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia. Disebabkan itulah banyak kemunculan kafe-kafe hispter demi memenuhi cita rasa para penggemar kopi. Sesetengah individu mengambil kopi untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Tidak kiralah apa pun sebabnya anda mengambil kopi, kopi sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat baik untuk kulit muka. Jika dilihat kini, penjualan skrub kopi boleh anda dapati di media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Nak tahu apa manfaatnya? Jom semak di bawah ini.

1. Kecilkan Pori-Pori Pada Wajah

Tekstur wajah yang tidak halus biasanya disebabkan oleh pori-pori yang terlalu besar. Apabila anda menggunakan masker kopi, lambat laun pori-pori pada wajah akan semakin mengecil dan akhirnya wajah akan jadi lebih halus.

2. Atasi Wajah Berminyak

Wajah yang berminyak boleh menyebabkan jerawat. Selain itu, wajah yang berminyak juga akan tampak kusam dan banyak kotoran boleh menempel pada wajah. Masker kopi boleh membantu mengatasi wajah yang berminyak hingga menyebabkan wajah menjadi lebih lembap jika dilakukan dengan kerap.

3. Atasi Wajah Yang Kusam

Kopi mengandungi kandungan antioksidan yang cukup tinggi sehingga dapat melindungi kulit daripada radikal bebas. Kopi juga dapat membuang kulit yang mati pada wajah dan akhirnya wajah akan kelihatan lebih cerah. Masker kopi akan membuat wajah menjadi lebih segar.

IKLAN

4. Melembut & Menghaluskan Kulit

Kopi dapat digunakan sebagai skrub dan akhirnya menyebabkan kulit menjadi lebih halus. Tidak semua wajah memiliki tekstur kulit yang halus. Kopi merupakan solusi yang terbaik.

5. Samarkan Bekas Jerawat

Masker kopi buat sendiri

Jerawat merupakan masalah utama bagi para wanita hingga mengganggu penampilan. Penggunaan masker kopi dapat menghilangkan bekas jerawat tanpa kesan sampingan.

6. Blackheads

Blackheads biasanya muncul di sekitar hidung. Masker kopi dapat mencegah kemunculan blackheads bahkan dapat menghilangkan blackheads pada hidung.

MENARIK UNTUK PENGEMAR KOPI:

Segarkan Diri Pada Musim Panas Ini Dengan The Coffee Bean & Tea Leaf

Cuaca panas membuatkan kita terasa inginkan hidangan sejuk. Sajian menu baharu daripada The Coffee Bean & Tea Leaf ® (CB&TL) pasti melegakan! Seleksi yang baharu ini menampilkan Cookies & Cream sebagai hidangan utama dan dua pilihan bagel, yang didatangkan tepat pada masanya ketika bisnes dibuka semula dan semakin ramai yang merasakan mereka perlukan hidangan pencetus keceriaan yang menyegarkan.

“Ketika rakyat Malaysia menyingsing lengan dan mula membiasakan diri dengan ‘norma baharu’, kami berharap sajian terbaharu ini akan dapat mengekalkan tahap tenaga mereka. Sama ada ia waktu makan tengah hari bekerja atau masa santai individu, sajian menyegarkan dan snek enak pasti akan dapat membantu menggembirakan dan memuaskan hati setiap pelanggan,” kata Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran & Pembangunan, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.

Dua minuman baharu ini – Midnight Cookies & Cream Ice Blended® dan Pure Midnight Cookies & Cream Ice Blended® dijamin dapat menggembirakan selera anda! Anda juga boleh memilih perisa kegemaran seperti Vanilla Cookies & Cream Ice Blended®, Pure Vanilla Cookies & Cream Ice Blended®, Mocha Cookies & Cream Ice Blended® dan Pure Chocolate Cookies & Cream Ice Blended®.

Nikmatilah juga minuman baharu Midnight Mocha yang kaya dan berkrim, menggabungkan sirap coklat pahit dengan Cold Brew CB&TL yang menghasilkan minuman lazat yang pastinya dapat memuaskan keinginan terhadap coklat dan kopi. Berikan ganjaran kepada diri anda dengan Midnight Mocha Cold Brew Latte atau Midnight Mocha Nitro Latte.

Manakala gandingan minuman ini dengan bagel baharu yang sedap, sesuai untuk makan tengah hari yang ringan atau waktu rehat petang. Cubalah The OG Bagel yang dibakar bersama bawang putih, bawang merah dan parsli atau Sambal Bilis Bagel bagi yang mahukan sentuhan Malaysia yang pedas.

Jika anda rasa masih tidak mencukupi, apa kata berikan sentuhan peribadi pada minuman kegemaran anda? Kini pelanggan mempunyai pilihan untuk mempertingkatkan minuman Ice Blended® dengan keenakan Cookies & Cream – hanya ‘Tambahkan Cookies’! Jika terlalu sukar untuk memutuskan apa yang anda ingin cuba dahulu, jangan khuatir – pilihan yang sedia dipesan ini pasti  tidak menghampakan anda – Hazelnut Cookies & Cream Ice Blended®, Single Origin Mocha Cookies & Cream Ice Blended® dan Pure Single Origin Chocolate Cookies & Cream Ice Blended®!

Akhir sekali, apalah maknanya musim panas tanpa buah-buahan segar dan bunga-bungaan yang cantik? Yuzu Apple Cake  adalah hidangan yang masam manis dengan gabungan rasa epal yuzu yang lembut dengan coklat putih, atau terpesona dengan keindahan rasa Peach Blooming Tea. Terakhir, teruskan kekal hidrat dan bergaya dengan seleksi terbaharu bekas air Be Wild yang cantik dengan untuk pemandangan bunga-bungaan yang indah ke mana saja anda pergi!

Nikmati semua ini dan banyak lagi untuk menyejukkan badan, menceriakan diri atau memberi keluarga dan rakan anda dengan sajian istimewa dengan Promosi Cookie Hour* ini, yang terdapat di semua cawangan yang beroperasi di Semenanjung Malaysia dari 26 Jun – 10 Julai 2020! Dari jam 3pm-8pm, nikmati tawaran beli 1 percuma 1 khas untuk minuman Mocha.