Nampaknya penguasaan membaca Jawi bukan sahaja dikuasai oleh orang kita, tetapi juga bangsa asing. Sebagai contoh Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga mempelajari Jawi ketika kali pertama ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1969.

Menurutnya, dalam laporan Utusan Online memberitahu semasa beliau kali pertama ditahan di bawah ISA pada tahun 1969, mengajar dirinya tentang tulisan Jawi sewaktu dalam tahanan.

“Ia tidak membuatkan saya kurang Cina, dan mungkin telah membantu menjadikan saya lebih rakyat Malaysia,” katanya dalam blog blog.limkitsiang.com.

Dan Hijabista juga terlebih dahulu telah melangkah setapak ke hadapan dengan memperjuangkan tulisan Jawi yang cukup sinonim penggunaannya sebagai bahasa Arab dalam Al-Quran.

Untuk Edisi Khas dengan bertemakan Jawi Lipstik ini menampilkan 100 % kandungan tulisan Jawi dari muka surat pertama hinggalah ke akhirnya.

Majalah fesyen pertama menampilkan Edisi Khas dalam tulisan Jawi.

Menampilkan Hanis Zalikha sebagai penghias muka depan ini juga di mana wanita cantik ini turut berkongsi pengalamannya pertama kali pandai membaca Jawi.

Menurut Hanis dia mula pandai membaca ketika bersekolah rendah agama. Dalam darjah 5 ke darjah 6, Hanis sudah boleh membaca dan menulis jawi untuk peperiksaan.

“Hanis memang sangat setuju kempen (Jawi Lipstik) ini kerana ia merupakan satu perkara yang dah lama orang tak buat.

“Bagi Hanis tulisan jawi ini seperti kod bahasa untuk kita orang Melayu. Untuk membaca Jawi tak perlu baris. Kalau orang lain ada kod bahasa tersendiri, jadi Jawi ini juga boleh kita angkat sebagai kod bahasa kita,” ujarnya yang mula dikenali sebagai blogger di awal kemunculannya.

Kini ligat menguruskan perniagaan.

Walau bagaimanapun kesibukannya menguruskan dua cahayamata kini menyebabkan beliau tidak lagi menulis di blog, sebaliknya bertukar medium lain.

“Sebenarnya Hanis dah lama tak update blog Hanis. Buat msa sekarang segala perkongsian hanya melalui media sosial, laman Instagram.

“Apa sahaja yang Hanis buat akan dikongsi dalam itu kepada pengikut Hanis. Misalnya Hanis berkongsi resipi di instastory menggunakan hashtag bersesuaian. Memang  Hanis gunakan medium ini untuk berhubung dengan pengikut Hanis,” tambah Hanis yang teruja diberi peluang muncul sebagai Cover untuk Edisi Jawi Lipstik ini.

Pandai baca Jawi ketika di bangku sekolah rendah lagi.