Nak Tahu Lilitan HIJAB Paling Ideal Buat Wajahmu, Ini Jawapannya Supaya Nampak CANTIK & Terletak Kemas

Share

Setiap dari kita dikurniakan bentuk wajah yang berbeza-beza. Kebiasaannya terdapat lima bentuk wajah iaitu bujur sireh, bulat, segi empat sama, segi empat tepat dan bentuk hati. Jika anda salah melilit hijab, pasti wajah anda akan nampak sedikit pelik dan akan menonjolkan sisi yang mahu anda elakkan. Anda perlu mengetahui bahagian wajah mana yang anda perlu sorok dan serlahkan bagi memudahkan anda bergaya setiap hari. Ayuh, Hijabista berikan beberapa panduan penting di bawah:

1. Wajah berbentuk bujur sireh

Bentuk wajah ini merupakan bentuk yang sempurna

untuk banyak gaya. Jika anda memiliki wajah ini, anda tidak perlu terlalu ‘fussy’ dalam melilit. Anda hanya perlu biarkan hijab anda jatuh dengan cantik dan pastikan anda jangan melakukan ‘adjustment’ berlebih.

 

 

2. Wajah berbentuk segi empat sama

Bentuk ini lebih kepada wajah kelihatan ‘pendek’ (bahagian pipi ke pipi anda lebih lebar berbanding ketinggian dahi ke dagu), jadi fokusnya harus kepada pemanjangan bahagian dahi ke dagu.

Tip Hijabista:

  1. Pastikan hujung hijab rapat dengan kening anda (ia menutup sedikit kelebaran pipi anda).
  2. Bahagian atas hijab anda naikkan sedikit untuk menampakkan dahi anda, ini secara automatik memanjangkan wajah anda.

Ingat, Jangan sorok bahagian dahi dan kening ya!

3. Bentuk wajah bulat

Anda merupakan pemilik kepada pipi dan dagu yang lebih bulat dan berisi dari orang lain. Untuk menyorokkan kebulatan pipi dan dagu anda, jangan biarkan hijab melekap

pada mereka.

Pastikan hijab anda berada longgar di keduanya. Ini mencipta lebih lipatan dan tekstur pada jatuhan hijab yang akan menyamari kebulatan secara lebih natural.

4. Bentuk wajah segi empat tepat

Bentuk ini memberi definisi kuat kepada rahang, tulang pipi dan juga dahi anda. Elakkan wajah anda tampak maskulin dengan memastikan hijab anda longgar di bahagian bawah dagu (elakkan dari mengepin hijab di bawah itu, itu hanya memberi lebih fokus kepada rahang anda).

Biarkan hijab anda membulat dengan natural di bahagian dahi (jangan tutup dahi anda sepenuhnya!), ini akan memberi ilusi ‘membujur’ pada wajah anda.

5. Bentuk wajah hati

Bentuk ini memberi fokus kepada dahi yang luas dan dagu yang kecil, mudah untuk dagu anda ‘hilang’ tatkala berhijab! Atasi masalah ini dengan menarik hijab anda sehingga ke hujung rahang sebelum dipin di bawah dagu. Ini akan menyamaratakan ratio dahi

dan dagu anda.

Nota kaki : Tidak kira bentuk wajah anda bagaimana asalkan anda tahu di bahagian mana anda mahu fokuskan untuk memastikan wajah anda menonjol dengan baik (bukan sebaliknya!). Selamat mencuba! 

Artikel Berkaitan: 4 Tip Gayakan Hijab Bawal ‘User Friendly’

 

IKLAN