Jika anda berhajat untuk menurunkan berat badan, pastikan anda mendapatkan maklumat dan info terlebih dahulu. Apa jua yang kita lakukan mestilah dirancang bagi mendapatkan hasil seperti yang diinginkan.

Tidak dapat dinafikan ada berbagai jenis diet yang boleh diamalkan namun jika anda ingin mengamalkannya biarlah sesuai dengan diri anda. Luangkan sedikit masa untuk membuat kajian tentang kaedah-kaedah pelbagai jenis diet kemudian barulah pilih yang mana satu yang akan anda praktikkan.

Photo by Karolina Grabowska from Pexels

Berikut perkongsian Mied Majid

Ramai yang tanya pasal diet yang turun hingga 6 kg. Sebenarnya, itu adalah ‘experimental’ diri sendiri dengan GM DIET.

Apa itu GM DIET ?

GM = General Motor

Diet GM pertama kali diasaskan khusus untuk para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat.

Diet ni merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran di pengurusan General Motors, sekali gus menaikkan daya saing produk di perusahaan General Motors.

Diet GM ni sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ni mampu menurunkan berat badan sekitar 5-8 kg dalam tempoh seminggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta mampu memperbaiki pola makan seseorang.

Diet ni dilakukan dengan menu yang telah ditetapkan. Selama diet ini berlangsung, anda harus minum air kosong minimum 8 gelas setiap hari dan tidak boleh minum minuman manis.

Diet GM boleh diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi.

HARI PERTAMA

• Buah-buahan kecuali pisang.

 

Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.

HARI KEDUA

• Sayur-sayuran

 

Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang.

IKLAN

 


Digalakkan sarapan dengan kentang rebus.
Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.

HARI KETIGA

 

 

• Sayur-sayuran kecuali kentang.
• Buah-buahan kecuali pisang.

 

Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.

HARI KEEMPAT

 

IKLAN

• Pisang
• Susu rendah lemak

Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 – 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini. Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.

 

Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.

HARI KELIMA

 

 

• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato

Pada hari ini, anda boleh ambil 560 gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato.

Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan.

IKLAN

Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.

HARI KEENAM

• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran

Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.

 

HARI KETUJUH

 

• Nasi beras perang / parboiled
• Jus buah
• Sayur-sayuran

 

Merupakan hari terakhir dalam GM diet. Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.

NOTA TAMBAHAN :

*GM diet ini cukup dilakukan sebulan sekali.
*Jangan ambil minuman & makanan bergula sepanjang GM diet.
*Selesai 7 hari GM diet, teruskan dengan memilih diet suku suku separuh, atkins fasa 4, eat clean ataupun intermitten fasting untuk maintain berat badan.

HIJABISTA: Usaha untuk menurunkan berat badan memerlukan usaha yang konsisten dan kesabaran yang tinggi. Jangan ambil jalan mudah dengan cara mengambil pil diet dan sebagainya. Biar lambat, asal selamat.

Sumber: Mied Majid Top image: Canva