Wajah yang sempurna menjadi dambaan kepada hampir setiap standard kecantikan di dunia. Kesempurnaan itu juga tidak tercipta dengan sendirinya. Ia merupakan hasil tangan kreatif dan usaha anda sendiri bagi memastikan penampilan terlihat menawan.

Beberapa tip dan trik daripada jurusolek terkenal ini boleh dijadikan rujukan bagi mendapatkan wajah yang cantik sempurna macam supermodel.

#Bibir – Menurut Luc Bouchard, mulakan dengan meletak balsam bibir, sapu bibir dengan dua campuran penggaris bibir atau gincu berwarna pilihan dengan tangan. Terakhir, gunakan jeli petroleum agar bibir kelihatan mulus dan jangan lupa untuk lap bibir dengan tisu.

Photo by Burst from Pexels

 

#Kuku – Sering berganti warna kuku boleh membuatkan kuku kekuningan dan pucat. ‘Manicurist’, Jackie Saulsbery berikan tip – celupkan jari ke limau yang telah dipotong selama lima minit. Kandungan dalam limau dapat mencerahkan warna kuku secara serta-merta!

Mencerahkan kuku serta-merta.

#’Concealer’ – Menurut Lisa Butler, setiap wanita memerlukan dua penutup cela – satu di kawasan wajah yang lebih cerah dan satu lagi untuk wajah yang lebih gelap seperti di bahagian bawah mata. Gunakan berus kecil ketika mengaplikasikan penutup cela dan ratakan dengan jari.

IKLAN
Ratakan guna cari penggunaannya.

#Wajah tidak kusam – Jurusolek artis, Lisa Butler menyarankan agar menyapu pembayang mata berwarna emas di bahagian tengah kelopak mata mulai dari hujung garis mata ke hujung lipatan mata. Gunakan satu warna sahaja untuk penampilan pada siang hari. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan ‘shimmer’ di bahagian dalam mata dekat ke hidung agar matamu kelihatan segar.

Gunakan satu warna sahaja.

Ekstra Info:

Bibir Berwarna Gelap

Jika bibir yang terlihat gelap, cara mengatasinya adalah dengan menggunakan lipstik warna gelap terlebih dahulu, lalu oleskan dengan alas bedak baru. Kemudian, gunakan lipstik dengan warna yang diinginkan dan boleh juga tambahkan pengilat bibir.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Kening Lebat Tanpa Calitan, Ini Rahsianya.

 

IKLAN

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI