Menjadi idaman setiap wanita mempunyai wajah yang berseri tapa sebarang masalah kulit, bagi membina keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Ada individu gemar menggunakan produk-produk kecantikan namun ada juga menggunakan petua traditional.

Untuk wajah tampak cantik tanpa solekan dan lebih berseri-seri, anda boleh cuba petua tradisional yang senang dan selamat. Perkongsian wanita ini Saleha Maarof di laman sosial, facebook memberitahu cara membuat kulit muka jadi berseri-seri hanya menggunakan dua bahan sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Sentiasa Muda Berseri Biarpun Meningkat Usia, Amalkan 5 Petua Ini Setiap Hari!

KULIT MUKA BERSERI-SERI RAYA NI DENGAN 2 BAHAN JERR

IKLAN

Bahan

  • Susu full cream
  • Beras pulut – di blend halus ( tak perlu basuh )

CARAMENBUATNYA:

IKLAN
  1. Blend beras pulut sampai halus
  2. Bila dah halus, ambik dalam 2 sudu besar dan campurkan dengan susu. Agak agak je jangan bagi cair sangat dan tak pekat sangat.
  3. Simpan semalaman dalam peti ais.

CARA GUNA:

  1. Sapu kat muka dan biarkan kering. Masa ni korang akan rasa muka tu tegang sangat.
  2. Kemudian bilas dengan air dan lap bersih-bersih.
  3. Buat la dalam 2 hari sekali, nak cantik kena la rajin kann.

Korang cuba la buat, kompem tak nyesal laaa

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Berasaskan Air, Minyak Atau Susu, Ini Dia Panduan Memilih Pembersih Wajah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Kredit to arieza rieza

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI